Subscribe

Wednesday 30 November 2011

Pemilik kamera Canon 1000D sudah ditemui

Heboh sepanjang minggu ni pasal kamera dslr Canon 1000D yang telah dijumpai di dalam laut. Kamera itu dipercayai telah terjatuh ke dalam laut. Sudah pasti kamera itu tidak boleh lagi digunakan tetapi yang menariknya gambar-gambar di dalam memory card kamera itu tidak musnah. Terdapat lebih 50 keping gambar digital di dalamnya. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Cara pengkebumian yang unik dari Toraja, Indonesia (6 gambar)

Suku kaum Toraja yang berasal dari Sulawesi Selatan (Indonesia) mempunyai cara pengkebumian jenazah yang unik. Suku kaum ini berpegang teguh pada adat tradisi dan yang paling ketara bila tiba musim perayaan dan adat pengebumian jenazah. Mereka akan mengorbankan berpuluh-puluh kerbau dan babi semasa perayaan tersebut untuk dinikmati oleh masyarakat sekitar. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh entry.

Pasal dendam, macam-macam boleh jadi. (2 gambar)

Inilah kesan yang buruk kalau mempunyai teman lelaki yang tak betul. Seorang lelaki seolah-seolah seperti membalas dendam ke atas bekas teman wanitanya kerana menipu. Wanita itu telah mengambil keputusan untuk menyaman bekas teman lelakinya yang merupakan seorang artis tatoo. Menurut laporan, Fitzgerald terlebih dulu memberikan minuman alkohol kemudian meminta bekas teman wanitanya itu untuk menandatangi borang persetujuan sebagai bersetuju dengan bentuk tatoo yang akan dicacahkan kepadanya. Brovent meminta imej Narnia untuk reka tatoo di bahagian belakang tubuhnya. Sila klik tajuk post untuk terus membaca.

Mengembalikan duit yang dicuri selepas 60 tahun (3 gambar)

Mungkin disebabkan rasa bersalah, seorang lelaki berusia telah 'menghantar' semula wang yang pernah dicurinya dari sebuah kedai kira-kira 60 tahun yang lepas. Sepucuk sampul surat berisi not $ 100 dan nota ringkas telah dihantar ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Sila klik tajuk post untuk membaca entry sepenuhnya.

Kali pertama terkena cahaya matahari, operasi menyelamat (4 gambar + 1 video)

Kali ini berita pasal haiwan anjing pula. Gambar-gambar di bawah merupakan saat-saat sejumlah anjing jenis baka Beagles dilepaskan dari sangkar mereka buat kali pertamanya. Perkara ini telah mengambil perhatian masyarakat yang sayangkan haiwan peliharaan. Anjing-anjing ini sebenarnya adalah digunakan untuk tujuan ujian makmal di Sepanyol.  Sila tekan tajuk post untuk melihat seluruh isi berita.

Meja Kerja untuk ruang yang terhad (5 gambar)

Menepati gaya hidup pantas masa kini, ramai individu yang telah menjadikan rumah mereka juga sebagai pejabat mini mereka. Dengan adanya sambungan internet ke rumah, mesin faks dan telefon, segala urusan kerja dapat dilakukan dengan sempurna meskipun tidak perlu ke pejabat. Ini lazimnya berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam talian. Kali ini Blogpedia memberi cadangan perabot yang sesuai bagi ruang rumah yang kecil atau sederhana. Sila klik tajuk post untuk melihat cadangan-cadangan perabot ini.

Post ini dilabelkan pada label Interior Design. Sila klik DI SINI untuk melihat entry yang lain.

Binaan sekolah dari bahan semulajadi, Pakistan

Nama sekolah ini ialah Sekolah Tipu Sultan Merkez Gili yang terletak di Jar of Maulwi, Pakistan. Sekolah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi ini merupakan cedokan ilmu kejuruteraan 'Ziegert Roswag Seiler Achictekten Ingeniure', sebuah institusi kejuruteraan yang baru menerima Anugerah Holcim pada tahun ini.

Pada fasa pertama, bangunan dua tingkat dibina dengan bongkah dinding yang dihasilkan dari tanah liat, pasir, jerami padi, air dan tanah biasa. Selain daripada itu, keistimewaan bangunan ini ialah mempunyai ruangan dalaman yang dilindungi oleg faktor kelembapan dari tanah atau pun limpahan air hujan. Pada bahagian atas binaan ini merupakan kerangka-kerangka buluh yang dipenuhi dengan campuran yang dipanggil campuran Gili.

Hasil gabungan struktur bahan-bahan semulajadi ini mampu menyerap kelembapan, manakala dinding yang dilapik dengan struktur tanah mampu mengurangkan suhu ruang dalaman sebanyak 8 darjah celsius semasa musim panas yang biasanya mencatat sehingga 40 darjah celsius. Idea binaan dari Jerman ini mampu memberi panduan teknikal kepada penduduk kampung untuk teknologi pembinaan yang sesuai dengan faktor sekeliling. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan proses membina sekolah dari bahan-bahan semulajadi ini.

Suasana Pusat Pemulihan Dadah di China (8 gambar)

Reuters.com adalah medium terbaik sekiranya korang hendak melihat gambar-gambar sesebuah masyarakat. Sememangnya bidang photojournalism banyak memberi jasa kepada manusia. Masa tengok gambar Pusat Pemulihan Dadah di Yunan ini, saya terdetik tertanya senario photojournalism di Malaysia ini sendiri. Memang payah nak jumpa gambar-gambar macam ni. Ada pun setakat gambar event atau berita semasa untuk surat khabar. Tapi untuk subjek seperti human interest, rasanya payah nak jumpa. Harap-harap di masa depan nanti ada pihak yang boleh buat macam organisasi seperti Reuters ni.

Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan suasana di dalam pusat pemulihan dadah di China ni. Ada pembaca komplen asik cerita oversea je pun. Bila nak dalam negara pula?? habis, dah kurang sumber maklumat. Hahaha.. Di pusat pemulihan dadah ini, pelatih akan diberikan jadual harian tertentu sebagai proses pemulihan. Contohnya seisi latihan fizikal pada gambar akhir yang bertujuan dapat membantu mengurangkan kemarahan kesan dari ketagihan. Ada juga sesi outdoor seperti pada gambar pertama ni, dorg tengah main helang menangkap ayam dekat padang. Maybe ada yang cakap macam budak-budak la pula, tapi sebenarnya ini semua melatih pelatih pusat pemulihan ini keluar dari zon ketagihan mereka. Tidak secara total, tapi langkah-langkah telah diambil. 

Saya kira di mana-mana pusat pemulihan pun ada melatih para penghuni pusat dengan beberapa kemahiran teknikal seperti membuat kraftangan, menjahit pakaian, menghasilkan perabot dan lain-lain lagi. Hasil dari kemahiran tersebut dijual kepada orang awam dan pelatih boleh mendapat upah atau mungkin elaun dari hasil jualan. 

Wanita British yang super RACIST

Video ni tengah hot sebab wanita British ini didakwa telah mengeluarkan kata-kata berbaur rasis semasa di dalam sebuah tram. Good news, dia dah pun kena tangkap oleh polis selepas saksi-saksi di situ telah membuat laporan polis. Hiks..kerana mulut,  lu binasa.

Set pakaian untuk KUCING (7 gambar)

Hi penggemar-penggemar kucing semua. Kali ni Blogpedia hendak share pakaian untuk kucing kesayangan korang. Cecomel sangat bila tengok potrait-potrait kucing ni. Rasanya korang boleh hasilkan sendiri pakaian untuk kucing ni. Kalau tak pun korang boleh beli sendiri secara online DI SINI. Sebuah laman web dari Jepun  yang menjual macam-macam jenis barang untuk haiwan peliharaan. Apapun sila klik tajuk post untuk melihat rekaan pakaian kucing yang lain. MIAUUUU!

Frog Transmission Set.
Harga : YEN 3, 800 / RM 155.00

Produk terbaru dari Dumex. Baby tahun 80an mesti familiar dgn Dumex ni!


2-3 hari ni mata asyik tekelip-kelip pandang papan iklan Nuffnang dekat header dan tepi bar blog ni. Kebetulan pula dalam 2-3 bulan ada kawan dan saudara saya yang baru dapat baby baru dalam keluarga diorang. Kadang-kadang bila ada masa senggang, saling tanya khabar dengan ibu dan baby baru tu. Macam-macam jugalah info yang dapat kongsi. Walaupun belum punyai anak, saya rasa tak salah nak bertanya pada orang yang dah punya pengalaman menguruskan anak ni. Dulu saya tak berpeluang nak jaga adik pun, sebab kakak saya yang jaga adik-adik kecil. Masa tu saya umur 6 tahun, dah pandai mengeja pun haha. Tapi hal adik-adik yang usia 2 tahun, 1 tahun dan yang baru berapa bulan tu, kakak-kakak dan mak saya yang uruskan. So sekarang ni, dapat kongsi pula tips dengan kawan dan saudara, rasanya tak ralat kalau jadi baby sitter ke pemilik bayi pula kan??

Seingat saya la, Dumex ni dah lama berada dalam pasaran. Dulu masa kecik pun saya penah diberi minum susu jenis Dumex ni. Tu bermakna Dumex ni memang sentiasa mendapat tempat di dalam pasaran susu tin untuk bayi di Malaysia. Sekarang ni pula ada kandungan ekstrak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dari Dumex Dugro. Macam biasalah, setiap produk Dumex pasti mempunyai usia tertentu yang kena sesuaikan dengan bayi dan kanak-kanak. Yang saya pernah dengar, ada juga bayi yang awal berhenti menyusu badan dari ibunya. So oleh kerana masih belum boleh menerima makanan pepejal sepenuhnya, bolehlah diganti dan selang selikan dengan susu tin seperti Dumex Dugro ni.

Korang boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dumex Dugro ini di laman web official mereka di SINI. Kalau nak info lebih cepat, tekan LIKES pada laman fanpage Dumex Dugro ini di SINI. Jangan tunggu nak jadi mak-mak baru nak belajar pasal susu bayi ni.

*pernah makan mentah serbuk susu Dumex adik-adik punya. campur milo. EPIC WIN.

Seni Gula Getah, Seattle ( 4 gambar )

Hari ni memang berniat nakal sikit nak ganggu mood selera makan korang. Takanla saya sorang-sorang tanggung derita tengok gambar-gambar ni kan. Hahahaha. Sila klik tajuk post utk melihat semua gambar. Kawasan Wall Gum Seattle ini merupakan salah satu tarikan pelancongan di Amerika Syarikat. Namun yang demikian, kawasan ini juga dikatakan medan penyebaran bermacam-macam jenis Virus.


X'Mas Special: Hiasan bertemakan warna merah (10 gambar)

Nowadays, warna merah bukan saja menjadi pilihan bagi orang Cina untuk menghias rumah mereka. Gaya urban atau sederhana selalu memilih warna merah untuk warna dominasi di dalam sesebuah ruang yang ingin dihiaskan. Warna merah juga merupakan salah satu warna yang sering dikaitkan dengan perayaan Krismas, pertama sekali sebab ia sinonim dengan warna pakaian Santa Claus. Kedua, ia merupakan warna yang terang dan meriah dan boleh menambahkan kenyamanan di mana-mana ruang pun.

Bukan saja pokok krismas, malah merah juga boleh dipadankan pada dinding, meja, mangkuk merah, mini stokin untuk mengisi gula-gula marshmellow, baubles dan lain-lain lagi. Selain ruang makan, anda juga boleh menggunakan kain penutup tempat tidur atau kusyen dengan warna merah. Sila klik tajuk post untuk melihat cadangan hiasan bertemakan warna merah semasa perayaan krismas yang akan menjelang tiba.

Post ini diletakkan di bawah label 'Untuk Hari Natal'. Sila klik DI SINI untuk melihat post yang lain.

Suasana Pilihanraya di Mesir (20 gambar)

Kita semua tahu Liga Arab seringkali menghadapi kemelut kuasa politik di dalam negara masing-masing. Pemimpin diktaktor sudah ramai digulingkan. Rakyat semakin celik menilai tuntutan pemerintahan yang lebih telus dan tersusun. Dalam tempoh 9 bulan ini saja, sudah 2 kali negara Mesir menghadapi tentangan dari rakyat. Mereka gulingkan pemerintahan diktator Hosni Mubarak dan menuntut sebuah corak pemerintahan demokrasi selepas berdekad-dekad lamanya di bawah pemerintahan diktator.

Gambar-gambar di bawah merupakan situasi di mana rakyat Mesir keluar rumah untuk pergi mengundi kerajaan baru mereka. Masing-masing dengan azam baru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih terjamin dan tidak lagi berlaku keganasan. Kejatuhan Hosni Mubarak pada Febuari lepas, diikuti dengan pemerintahan tentera selama hampir 10 bulan cuma membuatkan rakyat Mesir sentiasa berada di dalam ketakutan. Dan semasa pembuangan undi, rakyat seperti mendapat semangat baru. Semangat untuk membina negara yang baru. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan gambar-gambar.

Membina curve badan bermula RM139 bersama Marie France Bodyline

Marie France Bodyline (MBF) masih lagi mengadakan promosi percubaan  dari syarikat mereka. Bermula dengan pembayaran RM139. 00 hanya untuk mereka yang kali pertama mencuba produk ini sahaja. Sila tekan pada papan iklan (paparan Marie France Bodyline) tersebut atau tekan di sini dan daftarlah sekarang. Tertakluk kepada terma dan syarat!

Penjaga-penjaga rumah di Cambodia (5 gambar)

Ini merupakan sebuah pemandangan di sebuah kampung di Siem Reap, Cambodia. Hampir setiap rumah mempunyai replika yang berpakaian seperti manusia dan berpenampilan ganas. Pada mulanya, saya fikir ini adalah scarecrows atau orang-orang penghalau burung di sawah padi. Tetapi replika ini tidak berada di ladang atau menjaga tanaman. Replika ini seolah-olah seperti pengawal bangunan yang akan memerhatikan sertiap penjuru kawasan luar rumah.

Menurut kepercayaan penduduk setempat, replika seperti manusia ini dapat menghalang roh-roh jahat dari masuk ke kawasan rumah mereka. Ada yang memegang pistol, pedang, bazooka dan lain-lain lagi. Kawasan ini seperti menakutkan dan untuk pengetahuan semua Cambodia pernah mengalami zaman yang menakutkan di mana semasa zaman Pol Pot ramai penduduk telah disembelih hidup-hidup. Masih ada rakyat yang trauma dengan perkara tersebut dan ada yang mengelak untuk membincangkan masa lepas apabila ditanya. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar yang lain.

klik sini.

Underwater Photography: Alice In The Waterland (20 gambar)

Gambar-gambar underwater di bawah merupakan hasil karya Elena Kalis yang dilahirkan di Rusia dan telah menetap di Bahamas. Beliau telah mendapat idea untuk menghasil gambar underwater berinspirasikan kisah kanak-kanak yang terkenal; Alice In The Wonderland. Elena telah menjadikan anak dan anak-anak jirannya sebagai subjek di dalam karya underwater ini. Karya ini dinamakan sebagai Alice In The Waterland. Gambar-gambar beliau begitu menakjubkan, bewarna-warni, bersifat surrealist dan berunsurkan fantasi. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Derma satu klik untuk iklan ini.

Raja Marble, jutawan termuda di dunia (3 gambar)

 Pada tahun 2010, Mark Zuckerberg pernah disifatkan sebagai Times 'Person Of The Year' dan merupakan antara jutawa termuda di dunia. Manakala pada tahun ini, Sebastian Vettel telah berjaya menjadi pelumba termuda di dalam Formula 1. Sekali lagi barisan jutawan ini telah diisi oleh seorang budak yang baru berusia 8 tahun dan kini dia adalah jutawan paling termuda di dunia. Sila klik tajuk post untuk membaca seisi entry.

Keajaiban 'Pohon Kehidupan' di Bahrain (4 gambar)

Pohon ini digelar sebagai Tree Of Life yang terletak di tengah-tengah padang pasir di Bahrain. Tree of Life dianggap sebagai satu fenomena yang luar di dunia. Sila klik tajuk post untuk membaca isi sepenuhnya.

Tuesday 29 November 2011

Untuk Lelaki : Tragedi Puting ber --- (10 gambar)

Ini boleh dipanggil fenomena? Hehehe..mula-mula saya agak tertanya, apa pula line merah dekat baju pelari? Adakah ianya baju trend semasa. Korang kena tekan tajuk post dan baca keseluruhan fakta tentang fenomena ini.

China Fashion Week (20 rekaan terbaik - part 2)

Sebelum ni dah tengok part 1 untuk China Fashion Week ini. Sekarang ialah part akhir untuk rekaan dari China. Sila klik tajuk post untuk melihat semua rekaan.

Belajar 'membentuk' pokok buah-buahan untuk hiasan luaran rumah (10 piktorial)

Best juga kadang-kadang tengok hiasan luaran rumah orang Barat. Ada yang buat pokok-pokok menjalar sehingga ke atap rumah. Kalau di Malaysia, rumah kolonial, hotel, resort atau mereka yang sukakan hiasan luaran ini kerap membuat kerja-kerja seperti ini. Rumah nampak istimewa kalau ada pokok-pokok macam dekat bawah ni. Hari ni Sekolah Blogpedia akan memberi tips-tips tertentu secara pictorial. Walaupun menggunakan pokok pear, apple, anggur, tapi saya rasa kita bleh apply dekat tumbuhan seperti bunga kertas, bunga ros, orkid atau pun pokok-pokok rendah yang lain. Yang penting berkesesuaian dengan iklim dan tanah yang akan digunakan. SIla klik tajuk post untuk melihat seluruh entry. Enjoy.

Post ini berlabelkan Sekolah Blogpedia. Sila klik DI SINI untuk melihat entry yang lain.



Single cordons like these pears are the simplest form of fruit tree training. Cordons are great for small gardens as they take up so little space.

Once Upon A Time In Egypt (30 gambar - part 2)

Last part untuk Mesir. Ternyata teknologi zaman ni memang menakjubkan. Tamadun Mesir merupakan tamadun yang penuh dengan nilai sejarah. Bersifat misterius dan arogan. Terbayangkan pada masa tu tenaga manusia digunakan sepenuhnya untuk membina kota-kota tertentu. Sila klik tajuk post untuk melihat baki gambar. Part 1 korang bleh lihat di sini.

Piramid Giza dibina dari tanah liat, bukan diterbangkan oleh jin.

Masa zaman budak-budak dulu saya suka baca ensiklopedia. Terpesona dengan senibina tamadun-tamadun hebat di dunia ni. Seperti yang kita tahu, setiap tamadun mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Mungkin saya slowpoke, sekitar 2-3 minggu yang lepas barulah saya mengetahui rupa-rupanya piramid Firaun itu dibuat dari tanah liat. Bertahun lamanya manusia moden mengkaji dari mana asal usul bongkah batu yang tepat itu. Ada yang mengatakan, bongkah batu itu diangkut oleh kerajaan jin dari kawasan yang lain. Kita tahu berdekatan dengan piramid tersebut tidak mempunyai bukit-bukit batu. (Sila klik tajuk post untuk membaca seluruh entry ini)

Passion dalam seni membuat kek (10 gambar)

Kalau tengok dekat wall post, ada juga kawan-kawan yang mengusahakan perniagaan membuat kek tempahan ni. Kalau sebelum ni, hiasan hanya letak cream, tapi sekarang ni dah macam hiasan atas kek tu. Kurang tahu sangat frasa-frasa tertentu dalam pembuatan kek ni. SAya yakin si pembuat mempunyai passion yang tinggi di dalam seni buat kek ni. Gambar-gambar di bawah merupakan rakyat negara Filipina, pemilik dari akaun facebook INI. Saya pun tak kenal dia, just sharing of her some beautiful design. Hiasan cupcake dia pun boleh tahan. Mungkin peminat kek boleh add dia dekat facebook. Ada 10 gambar semuanya, sila tekan tajuk post untuk melihat dekorasi yang lain.

Hiasan dalaman sebuah restoren (10 gambar)

Demam Masterchef Malaysia masih belum reda. Termasuklah saya sendiri pun suka tengok rancangan realiti tu. Ada juga impian bab-bab memiliki restoren, tapi apa kan daya tiada kemampuan material mahupun memiliki skill dalam bidang penyediaan makanan. Tapi apa kata kita tengok hiasan dalam sesebuah restoren ringkas. Ada 10 gambar semuanya. Sila tekan tajuk post untuk melihat seluruh entry. Enjoy.


China Fashion Week (20 rekaan terbaik - part 1)

Hari tu kita dah tengok KL Fashion Week dengan Jakarta Fashion Week. Saya seronok pula nak kongsi dekat korang pasal fashion ni. Apapun sememangnya pakaian terbaik akan dibawa ke pentas runway untuk diperagakan. Kali ni saya nak kongsi entry tentang China Fashion Week yang telah diadakan pada Oktober lepas di Beijing, China. Festival ini telah diadakan selama 10 hari, mencangkupi sebanyak 44 program persembahan, merangkumi 6 jenis tema dan seramai 200 orang pereka fesyen telah mengambil bahagian! Meriah! Sila klik tajuk entry untuk melihat rekaan yang lain.

Fakta pasal gaun wedding Bella dalam Twilight: Breaking Dawn (7 gambar)

Dalam berita online antarabangsa dan termasuk social networking seperti Twitter tengah bising-bising pasal filem Twilight, perkahwinan Bella dan Edward Cullen, Pippa Middleton, Ryan Gosling dan lain-lain lagi. Entry kali ni saya tribute untuk perkahwinan dalam filem vampire kegemaran korang Twilight yang baru. Saya tak tengok lagi movie ni, tapi pasal orang dah bising-bising pasal momen wedding diorang, so saya up entry pasal ini. Oh yeah! Ada kawan kata, dia rasa seperti tiba-tiba nak kawin lepas tengok movie ni! Auchhhh.. tapi kalau tengok gambar di bawah, memang cun sangatlah prop yang digunakan. Kali ni saya nak kongsi sikit info pasal pakaian pengantin yang Bella dah guna dalam movie ni. Sila klik tajuk post utk entry sepenuhnya. Are you ready vampire semua??

VIDEO : Cara buat kuih donut dari labu dan halia.

Oh ho! Ini sebuah resipi buat kuih donut yang boleh dicuba. Dengan menggunakan labu, halia, cinnamon dan beberapa bahan yang lain. Kalau korang dah cuba, jangan lupa share info. Baca di sini untuk resipi penuh!

Fotografi Seni Titisan Air (10 gambar)

Mungkin pembaca sudah tahu serba sedikit tentang water drops photography. Walaubagaimanapun, Blogpedia kali ini menyediakan sebuah karya seni oleh Heinz Maier, seorang jurugambar dari Jerman. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh entry.

Post ini diletakkan di bawah label PHOTOGRAPHY. Sila klik DI SINI untuk melihat entry yang lain.

Istana Negara Malaysia yang baru (20 gambar - Part 2)

Sambungan dari part 1. Biarpun macam-macam bunyi 'bising' yang didengari, biaq pi jer la. Saya sayang negara saya. Klik tajuk post untuk melihat semua gambar.

Obsesi memakai pakaian seperti zaman Victoria (4 gambar)

Kali ni kita melihat obsesi seorang wanita berumur 49 tahun pula. Lyn Marie Cunliffe mengalami obsesi dengan berpakaian seperti Charlotte Bronte. Lyn Marie adalah seorang penggemar novel sastera romantik penulisan Charlotte Bronte. Obsesi terhadap Charlotte Bronte telah membuatkan beliau memakai pakaian seperti zaman Victoria atau pun yang lebih jelas seperti kostum di dalam Donwtown Abbey, sejak tiga tahun lepas. Klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Pertarungan dengan binatang. (5 gambar)

Kengkadang tertanya juga apa tujuan individu tersebut sanggup pertaruhkan nyawa dalam bidang yang dia ceburi? Untuk nama? Walaupun mati itu pasti, tapi bertaruh nyawa itu satu kerugian. Haizzz...entry ngeri kedua selepas kejadian 13 pound yang mengerikan sebelum ini. Seorang matador Sepanyol baru saja kehilangan sebelah mata kirinya setelah 'bertarung' dengan eekor lembu jantan.
'Saya tidak mahu peminat berasa kesian untuk saya. Saya akan berjuang lagi dengan memakai pakaian matador ini untuk 'bertarung' dengan lembu jantan kerana ini adalah impian saya untuk bertemu dengan peminat', kata beliau. 

klik tajuk untuk melihat seluruh entry penuh

Penemuan yang mengerikan, India (3 gambar)

Oh Tuhan ku! Memang terkejut gila bila tengok gambar benda yang dia makan ni. Seorang petani dari India, Kamleshwar Singh telah meninggal dunia setelah mengadu sakit perut. Selepas doktor telah melakukan ujian sonography dan x-ray, dia telah menjalani sebuah pembedahan yang besar. Penemuan oleh doktor cukup mengejut. Korang kena klik tajuk post untuk lihat apa benda yang dia dah makan dan kemudiannya pergi meninggal. 

Monday 28 November 2011

Tasik Huron, Amerika Utara (5 gambar)

Di bahagian timur Amerika Utara, berdekatan dengan sempadan di antara Kanada dan Amerika Syarikat terdapat sekelompok lima buah tasik yang besar yang digelar Great Lakes iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior ataupun ringkasnya H.O.M.E.S. Great Lakes membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia dan adakalanya ia dianggap sebagai laut pedalaman.


Tasik Huron memiliki isipadu air ketiga terbesar dan luas permukaan kedua terbesar (seluas 59,596 km²) di kalangan kumpulan Great Lakes. Nama tasik ini diberikan oleh seorang penjelajah Perancis bernama Louis Jolliet bersempena dengan puak asli Huron yang menetap di sekitar persisiran tasik ini. Huron memiliki panjang 332 km, lebar 245 km dan kedalaman maksimum mencecah 230 m. 


Khinzir pandai jimnastik (3 gambar)

Sebelum ni cerita pasal anjing menyerupai harimau (ahaha), kali ni selagi lagi kita ke China. China ni banyak benda best la, macam-macam story ada. Ok right, kesiankan kinzir ni. Hep! Walaupun dia khinzir tapi tak perlu la nak muncung mulut. Haha. Khinzir ni nama dia Zhu Jianqiang yang bermaksud si Khinzir Yang Keras Kepala. Di kehidupan awalnya, macam susah khinzir nak hidup sebab dia tak boleh berjalan langsung. Pemiliknya, Ge Xinping telah membantu si Zhu Jianqiang untuk latihan terapi intensif lah. Kini khinzir comel ni dah besar, dah boleh berjalan ala-ala ahli jimnas. Penduduk kampung pun suka dekat Zhu sebab comel dan cara jalannya yang unik. Klik pada tajuk post dan lihat kesemua gambar khinzir comel seberat 30kg ini.

Misteri anjing berbulu harimau (5 gambar)

Ini bukan teknologi Dolly. Ini cuma kegilaan terbaru rakyat China. Mereka sanggup membelanjaka wang yang banyak untuk seisi grooming haiwan peliharaan mereka ni. Di China terdapat kedai grooming haiwan peliharaan untuk menghasilkan (prose mewarna) bulu-bulu anjing ini seperti binatang yang lain. Nak kata kesian pun ada, tapi rasa comel pun ada. Klik tajuk post untuk melihat seluruh entry.

klik <

Once Upon A Time In Egypt (20 gambar - part 1)

Kali ini Blogpedia berkongsi gambar dari negara Mesir. Gambar-gambar ini dipercayai diambil ketika ekspedisi pertama manusia ke Mesir. Maksudnya masa tu dunia tak tahu lagi pasal benda-benda yang ada di Mesir. Gamba-gambar ini diambil pada tajhun 1849. Tetapi paparan di bawah terdapat gambar yang sudah berwarna, mungkin gambar hitam putih ini sudah melalui proses digital pewarnaan gambar lama. Terpulang kepada pembaca untuk menilai gambar ini, walaubagaimanapun suasana di dalam gambar ini merupakan suasana yang rare! Blogpedia membawa anda ke tahun 1849. Sila klik tajuk untuk melihat gambar seterusnya. Nantikan Part 2 ekspedisi negara Firaun ini.

Post ini diletakkan di bawah label Once Upon a Time. Sila klik di sini utk melihat paparan lain.

Hiasan meja sempena perayaan Krismas (25 gambar)

Hohoho! Tak sampai sebulan lagi, mereka yang merayakan perayaan Hari Natal ni akan sibuk buat persiapan. Tadi jalan-jalan tengok website dapat idea nak buat entry khas untuk perayaan ini. So kita mulakan dengan Hiasan Meja dulu? Nanti akan menyusul idea-idea yang lain. Sila klik tajuk post untuk melihat idea hiasan yang lain.

Dermalah satu klik saja untuk hari ini (klik)

Majlis tercemar (10 gambar)

Hahahaha. Kesian betul gambar-gambar ni. Apa nak buat...the best moment katakan. Terkait ngan momen lain pula. Tentu rasa nak lempang orang. ALOLOLO!

Maybach Exelero, termahal di dunia (5 gambar)

Maybach Exelero dicatatkan sebagai kereta termahal di dunia setakat ini. Direalisasikan oleh German Maybach pada tahun 2005 mempunyai kelajuan sehingga 351/kmsjm. Harga sebuah Maybach Exelero ialah USD 8 juta SAHAJA. Gilala! Sila klik tajuk post dan lihat gambar kereta termahal ini yang lain.

KLIK <

Namba Parks yang unik, Jepun (4 gambar)

Namba Parks terletak di Osaka, Jepun. Bangunan 30 tingkat ini merangkui pusat membeli belah yang dikelilingi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan serta hiasan luarannya yang mementingkan aspek keindahan semulajadi. Terdapat air terjun, sungai dan kolam air yang dibina oleh manusia. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar yang lain.

Sunday 27 November 2011

Obsesi Angry Bird untuk Halloween (6 gambar)

Sambutan Halloween yang tak perlu nak hias benda2 yang menakutkan. AUhhhh Angry Bird Obsession. Klik tajuk post untuk melihat semua gambar.

Majlis perkahwinan Barbie & Kent (setelah pacaran slama 50 tahun) (50 gambar)

Akhirnya setelah 50 tahun menanti, Barbie dan Kent telah pun berkahwin sejak bulan Ogos yang lepas. Syabas diucapkan. Lama bebenor la Barbie ni menanti si Kent ni kan. Tu la setia namanya. Apapun, muka dorg tetap nampak muda. Ala teknologi dan macam-macam. Haha. Sebenarnya ini adalah idea dari seorang jurugambar Beatrice De Guigne. Terdapat 50 keping gambar semuanya. Sila klik tajuk post untuk melihat kesemua gambar majlis yang indah ini. Muachks.

Batu bongkah semulajadi di Tawau

TAWAU: Bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia 27,000 tahun di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung boleh menjadi produk pelancongan yang unik untuk memajukan kawasan tersebut, menurut penduduk Kampung Cocos di situ.

Shamsuri Samat, 29, berkata beliau yakin sekiranya kawasan itu dimajukan dengan baik ia mampu menjadikan Balung sebagai salah satu destinasi pelancongan bercirikan ekopelancongan di bahagian pantai timur Sabah.


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (Korporat dan Ekonomi Mineral) Dr Mustapah Mohd Lip (kiri) bersama kakitangannya meninjau bongkah batuan volkanik jenis ‘basalt’ yang tersusun rapi di tebing Sungai Balung, Tawau, -Foto BERNAMA


“Kawasan ini kami panggil “batu bersusun” kerana selain semua bongkah batu di sini berbentuk segi enam atau segi lima dan seragam, bongkah batu itu juga hampir kesemuanya sama saiz, seolah-olah disusun oleh manusia meskipun sebenarnya ia terbentuk secara semulajadi,” kata Shamsuri.

Menurutnya, kawasan bongkah batu volkanik berkenaan sudah lama mereka ketahui namun disebabkan kurangnya perhatian, keunikan kejadian semulajadi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Korporat dan Ekonomi Mineral) Dr. Mustapha Mohd Lip berkata, bongkah batu berkenaan terbentuk hasil penyejukan magma dari perut bumi ketika muncul di permukaan bumi.


“Batu volkanik ini tidak melebihi 27,000 tahun berdasarkan usia Gunung Maria (batuan volkanik “dacite”), yang setinggi 3,550 kaki (1,082.04m) dan berumur 27,000 tahun,” kata Dr Mustapha.
Batuan basalt itu terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu antara gunung tertinggi di Tawau yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini.
“Lebih penting, batuan volkanik ini cuma terdapat di sini sahaja. Tempat-tempat lain di Sabah malah di Malaysia tidak ada bongkah batuan unik seperti ini,” kata Dr Mustapha.
Seorang lagi penduduk di situ, Takun Austin, 58, berkata bongkah batu volkanik berkenaan boleh dijadikan salah satu produk dalam pakej pelancongan berkonsepkan Inap Desa (Homestay) yang sedang dirancang penduduk Kampung Cocos.