Subscribe

Showing posts with label Sekolah Blogpedia. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Blogpedia. Show all posts

Sunday, 18 December 2011

Melawat ke kilang pembuatan Barbie (20 gambar)

Hari ini Sekolah Blogpedia akan berkongsikan maklumat serba sedikit sejarah Barbie dan gambar-gambar editorial kepada pembaca, terutama sekali yang meminati Barbie. Ternyata penghasilan patung-patung kegemaran di seluruh dunia ini memerlukan komitmen yang tinggi. Tak hairanlah kalau harganya mahal. Terdapat banyak produk telah dihasilkan berteraskan Barbie seperti buku, filem, kosmetik, pakaian dan lain-lain lagi. Manakala pelanggan bukan saja di kalangan kanak-kanak tetapi terdapat juga orang dewasa yang obses dengan Barbie. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Thursday, 8 December 2011

Proses melapah ikan paus oleh orang Eskimo (9 gambar)

Gambar-gambar di bawah merupakan proses melapah ikan paus oleh masyarakat Eskimo di kawasan kutub. Sebelum ini Blogpedia pernah memaparkan pasal fakta ikan paus biru dan festival menangkap ikan paus di Indonesia. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh entry.

Friday, 2 December 2011

Sejarah KODAK (9 gambar)

Hari ni Sekolah Blogpedia akan memberitahu tentang serba sedikit sejarah Kodak yang merupakan perintis pertama di dalam industri fotografi secara filem dan digital. Kodak atau Eastman Kodak Company memulakan penubuhannya pada tahun 1880 oleh Georga Eastmen. Bersama dengan rakan fotografi yang lain mereka telah mencipta filem fotografi seumpamanya di dunia. Ini termasuklah Thomas Edison, William Walker, Hannibal Goodwin dan Emile Reynaud.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Kodak juga menghadapi isu-isu persaingan di dalam bidang penghasilan gajet fotografi. Berpusat di Rochester, New York sejak 120 tahun yang lalu, Kodak kini hanya mempunyai 19, 000 pekerja di seluruh dunia. Berbanding di awal kewujudannya, seramai 50, 000 telah pernah berkerja di Eastmen Kodak Company ini. Kepesatan teknologi digital pada hari ini telah mengakibatkan mereka telah kehilangan ratusan juta setiap tahun. Terdapat spekulasi menyatakan, Kodak juga diramal akan mengalami kebangkrapan.

Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Tuesday, 29 November 2011

Belajar 'membentuk' pokok buah-buahan untuk hiasan luaran rumah (10 piktorial)

Best juga kadang-kadang tengok hiasan luaran rumah orang Barat. Ada yang buat pokok-pokok menjalar sehingga ke atap rumah. Kalau di Malaysia, rumah kolonial, hotel, resort atau mereka yang sukakan hiasan luaran ini kerap membuat kerja-kerja seperti ini. Rumah nampak istimewa kalau ada pokok-pokok macam dekat bawah ni. Hari ni Sekolah Blogpedia akan memberi tips-tips tertentu secara pictorial. Walaupun menggunakan pokok pear, apple, anggur, tapi saya rasa kita bleh apply dekat tumbuhan seperti bunga kertas, bunga ros, orkid atau pun pokok-pokok rendah yang lain. Yang penting berkesesuaian dengan iklim dan tanah yang akan digunakan. SIla klik tajuk post untuk melihat seluruh entry. Enjoy.

Post ini berlabelkan Sekolah Blogpedia. Sila klik DI SINI untuk melihat entry yang lain.



Single cordons like these pears are the simplest form of fruit tree training. Cordons are great for small gardens as they take up so little space.

Friday, 25 November 2011

Korean Mermaid atau Haenyo (10 gambar)

Mungkin ada di antara korang dah tahu pasal kehidupan nelayan wanita di Pulau Jeju, Korea Selatan ini. Kalau ada yang belum tahu, jom Sekolah Blogpedia akan bercerita untuk korang. Purata umur nelayan wanita ini iala 50 tahun dan ada juga yang menjangkau sehingga 70 tahun. Dilaporkan hanya 2 orang wanita bawah umur 30 tahun yang telah menjadi nelayan yang unik ini.

Mereka digelar 'haenyo' atau penyelam wanita. Mereka juga dikenali sebagai Duyung Korea. Tradisi menyelam di kalangan wanita ini sudah dijalankan berabad lamanya. Perairan kepulauan di Pulau Jeju ini kaya dengan pelbagai spesis makanan laut seperti sotong kurita, kerang, abalone dan landak. Sekitar tahun 1800-an, kerajaan telah menetap pelbagai jenis cukai yang telah mengakibatkan wanita-wanita turut sama bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga. Walaubagaimanapun, pada masa itu tiada cukai ditetapkan untuk haenyo menjual hasil tangkapan mereka. Sejak itu, ramai wanita telah menjadi nelayan penyelam sepenuh masa.

Dikatakan seramai 30 ribu orang wanita pernah menjadi penyelam di Pulau Jeju. Walau bagaimanapun ianya telah berkurangan sehingga hanya tingga 5000 orang saja yang masih bekerja sebagai haenyo. Pulau Jeju juga telah mengalami pembangunan dan sudah menjadi tumpuan pelancong. Ini sekaligus membina banyak peluang pekerjaan di pulau itu. Haenyo kini tidak menggalakkan anak-anak mereka mewarisi pekerjaan ini sebagai satu profesion. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar haenyo ini.

Post ini terletak di bawah label Sekolah Blogpedia. Sila klik di sini untuk melihat pembelajaran yang lain.

Friday, 18 November 2011

Tradisi memburu paus di Indonesia (16 gambar)

url Sekolah Blogpedia yang lain : (link)
sumber artikel : Google.com


Hari ini Sekolah Blogpedia akan membawa para pembaca ke satu daerah kecil di Indonesia iaitu Pulau Lamalera, di dalam daerah Lembata. Kita akan mempelajari sebuah tradisi turun temurun yang telah memperkenalkan penduduk kaki gunung di Labalekan di seluruh dunia. Aiseh macam cikgu pula.

Jika kita selalu mendengar aktiviti pemburuan ikan paus, anjing laut mahupun penguin di negara Barat, di Indonesia juga terdapat sebuah tradisi memburu ikan paus. Dan tradisi ini hanya boleh didapati di Kampung Lamalera ini. Tradisi ini dikatakan sudah wujud sejak kurun ke 16 lagi. Menurut sumber, satu upacara ritual akan diadakan sebelum memulakan pemburuan ikan paus. Mereka akan akan mengadakan seisi berdoa kepada Pencipta supaya dapat meraih hasil, menyiapkan kelengkapan memburu yang masih bersifat tradisional serta ritual adat.


Nelayan tradisi ini hanya dilengkapi sejenis senjata yang dipanggil sebagai 'tempuling'. Ianya berupa sebatang bambu panjang dan di hujungnya diikat dengan sejenis besi tajam. Hanya dengan berkat doa dan senjata tradisi inilah yang akan menumpaskan sejumlah ikan paus yang berkali ganda besarnya dari pemburu itu sendiri. Walaubagaimanapun, kadang-kadang nelayan menghadapi kesukaran pada mulanya. Mamalia ini kadang-kadang sukar ditumpaskan dan mampu menarik perahu tradisi nelayan ini sehingga ke perairan Australia. Tetapi nelayan hanya akan mengikuti saja paus yang sudah tertangkap itu, yang kemudiannya ikan paus sudah tidak berdaya dan lemah. Di situlah, para nelayan akan menarik ikan tangkapan itu ke pantai Lamalera.

Aktiviti ini juga membahayakan nyawa nelayan itu sendiri. Hempasan ekor ikan paus mampu memecahkan perahu tradisi yang digunakan. Kalau nasib tidak menyebelahi, nelayan itu sendiri boleh terkorban nyawa, tetapi menurut mereka kejadian ini jarang-jarang berlaku. Kematian kemalangan ini dikaitakan dengan kepercayaan mereka bahawa, nelayan tersebut mungkin ada persengketaan keluarga di kampungnya. Seperti pertengkaran dengan isteri mahupun melanggar adat-adat kampung. Disebabkan itulah, nelayan akan dipastikan 'bersih' sebelum menyertai pemburuan ikan paus ini.


Aktiviti ini biasanya dilakukan pada bulan Mei setiap tahun. Perahu yang dihasilkan dari kayu dipanggil sebagai paledang. Manakala nelayan yang bertugas 'menembak' paus dengan menggunakan tempuling digelar sebagai 'lama fa'. Lama fa akan berdiri di hujung perahu atau buritan dan akan menjadi 'radar' mengesan kewujudan paus. Tombak atau tempuling akan dilontarkan ke arah badan paus dan lama fa akan terjun ke dalam air laut sambil menombak paus tersebut.


Hasil tangkapan kemudiannya akan diagih-agihkan ke seluruh kampung. Selain dimakan, penduduk kampung juga menghasilkan produk seperti minyak urut, ubat-ubatan dan bahan bakar untuk lampu tradisional mereka yang dipanggil lampu teplok. Kegiatan tahunan ini menarik ribuan pelancong untuk datang melihat sendiri pengalaman memburu paus secara tradisi. Tetapi ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan tradisi tersebut di atas dasar menjaga spesis terancam paus ini. Hal ini segera dinafikan oleh nelayan tradisi dan mereka dengan tegas mengatakan mereka tahu paus yang sesuai untuk diburu. Mereka tidak akan menangkap ikan paus yang sedang bunting ataupun masih kecil. Mereka juga prihatin terhadap populasi ikan paus yang terdapat di perairan Lamalera.

Aktiviti tahunan ini telah dimasukkan ke dalam kalender pelancongan negara Indonesia. Festival yang dipanggil Festival Baleo akan diadakan pada setiap tahun di Lamalera. Kerajaan Indonesia begitu prihatin dengan uniknya aktiviti ini dan berharap Lamalera boleh menjadi kampung yang maju dan terkenal di serata dunia.

Thursday, 17 November 2011

Ahli Astronomi Purba (5 gambar)

Hari ini Sekolah Blogpedia akan memberi sedikit maklumat tentang aktiviti nenek moyang kita suatu ketika purbakala. Astronomi ialah salah satu bidang sains yang tertua mengkaji objek-objek cakerawala dan fenomena yang berlaku di luar atmosfera Bumi. Ini berkenaan dengan evolusi, fizik, kimia, meteorlogi dan gerakan objek cakerawala. Jom kita lihat info-info terkenal dalam astronomi purba dulu kala.

  • Lukisan dinding gua ini adalah lukisan yang tertua dan terkenal (dipercayai berusia 16,000 hingga 20, 000 tahun) yang telah ditemui di Lascaux, Perancis. Pada mulanya ia dianggap sebagai simbol sihir yang digunakan untuk membantu pemburu pergi berburu. Tetapi akhirnya telah didapati ia sebenarnya adalah titik-titik lukisan yang mewakili gambarajah buruj sekumpulan binatang. 

  • Stoneage ini adalah sebuah monumen purba pertama yang telah dikenal pasti oleh pakar astronomi. Sesetengah pihak berpendapat bahawa monumen ini telah dibina dan dibina semula oleh tiga budaya yang berlainan sekitar 3, 000 hingga 5, 000 tahun yang lepas. Tiada maklumat yang tepat diperolehi tentang kegunaannya sehingga kini. Ada yang berpendapat ia adalah monumen simbolik untuk pergerakan matahari terbit pada pada musim panas dan musim sejuk, fungsi terbit dan terbenamnya bulan dan lain-lain lagi. Stoneage juga dikatakan sebagai alat untuk meramalkan keadaan gerhana bulan.
  • Stoneage South ini sebuah kawasan bulatan batu misteri yang telah ditemui di Nabta, Mesir. Ia dipercayai berusia 7, 000 tahun dan merupakan sebuah balai cerap astronomi purba. Seperti Stoneage di England, ia juga dikatakan sebagai alat simbolik untuk mengukur matahari terbit dan terbenam ada pertengahan musim panas. Laman ini dipercayai sudah lama ditinggalkan, sebelum kebangkitan Kerajaan Lama Mesir lagi.  Mungkinkah orang Mesir purba memperolehi ilmu astronomi ini dari tamadun yang lebih lama di Sahara?
  • Disebabkan terlalu banyak persoalan yang timbul bila penemuan-penemuan purba ini diperolehi, ruang luas telah terbuka terhadap banyak spekulasi. Manusia zaman baru mempercayai Piramid Mesir merupakan mesin masa, merupakan pangkalan kegiatan UFO ataupun pintu gerbang masa dari dimensi dunia yang lain. Bagi puak kaum Maya, mereka sendiri telah mencipta sistem kalendar mereka sendiri dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang mengaitkan dengan astronomi untuk menetapkan sesebuah tarikh yang paling sesuai bagi upacara-upacara misteri mereka. 

  • Bukit Wyoming di Amerika Syarikat mempunyai binaan batu kuno yang dipanggil Big Horn Medicine Wheel, atau lebih dikenali sebagai Stoneage Amerika. Binaan yang sama juga boleh didapati di Moose Mountain Wheel di Alberta, Canada. Kedua-dua binaan dipercayai tempat-tempat suci dari masyarakat Orang Asli Amerika. Big Wheel Horn ini dikatakan berusia 1,000 hingga 1, 400 AD, manakala Moose Mountain pula berusia sekitar 2, 000 tahun. Masyarakat pada masa itu percaya binaan kuno ini adalah untuk menentukan ramalan-ramalan di masa depan berdasarkan kiraan-kiraan astronomi pada sistem cakerawala.
Sumber: Google.com

Wednesday, 16 November 2011

'Badak percaya dia boleh terbang'. (8 gambar )

African Black Rhinos atau Badak Hitam jenis Afrika merupakan salah satu spesies badak yang terancam pada tahap kritikal. Menurut laporan pada tahun 2011, sebanyak 341 ekor badak hitam ini telah dibunuh. Malah pada tahun sebelumnya, dicatatkan 333 ekor badak hitam telah dibunuh semata-mata hendak mendapatkan tanduknya. Tanduk badak hitam adalah sangat berharga di dalam pasaran gelap. Oleh yang demikian, badan dunia seperti kumpulan pemuliharaan WWF telah membantu kerajaan Afrika Selatan untuk melindungi spesies ini. Salah satu caranya adalah memindahkan spesies dari Timur Cape ke kawasan wilayah utara Limpopo, yang jauhnya 1000km dari tempat asal badak ini.
Walaubagaimanapun, proses pemindahan ini bukannya mudah. Badak hitam ini terpaksa disuntik dengan ubat pelali dan mata mereka telah ditutup dengan kain. Veterinar telah membawa badak hitam ini dengan menggunakan helikopter pengangkut. Pada asalnya cara pemindahan ini menimbulkan isu dari pelbagai pihak, tetapi pakar-pakar veterinar memberi jaminan bahawa cara ini adalah lebih mudah berbanding menggunakan kenderaan darat. Badak hitam ini mempunyai berat 2000 kilogram dan mempunyai panjang badan hingga 4 meter. Walaubagaimanapun, yang menyedihkan tanduk badak hitam ini terpaksa dipotong untuk mengelak spesis ini daripada dibunuh oleh pemburu tanduk haram. Ini kerana untuk mendapatkan tanduk berharga ini, badak terpaksa dibunuh terlebih dahulu. Jadi untuk memelihara spesis ini, badak hitam ini terpaksalah hilang sedikit seri wajahnya kerana tanduk sudah tiada. Ok silalah lihat proses perpindahan badak yang comel ini. Serius, sangat kesian.




Tuesday, 15 November 2011

Belajar pasal ikan paus biru (Blue Whale). (3 gambar)

Mari sesekali kita belajar pasal ikan paus biru (Blue Whale). Di Malaysia, rasanya paus biru tak pernah datang, mungkin disebabkan perairan yang cetek. Ada pun paus-paus yang bersaiz kecil, tp besar pada kita.