Subscribe

Tuesday 15 November 2011

Belajar pasal ikan paus biru (Blue Whale). (3 gambar)

Mari sesekali kita belajar pasal ikan paus biru (Blue Whale). Di Malaysia, rasanya paus biru tak pernah datang, mungkin disebabkan perairan yang cetek. Ada pun paus-paus yang bersaiz kecil, tp besar pada kita. 

152,000 Anak Luar Nikah Direkodkan Pada 2008-2010

KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan "reproductive" dan sosial.
"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.
Heng berkata enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.
"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.
"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).
Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. -BERNAMA

Future: The Patient Gardener Project. (10 gambar)

Sebagai tanggungjawab kecintaan kepada alam sekitar, sebuah universiti di Stockholm telah mengadakan sebuah projek yang mengambil masa 80 tahun untuk disiapkan. Terdahulu, para peserta yang terdiri daripada profesor, pelajar dan orang-orang tertentu telah menghadiri sebuah majlis ilmu yang membincangkan tentang isu-isu alam sekitar, kesan kepada ekologi dan perkaitan projek ini melalui bidang seni bina. 


The Patient Gardener Project ini merupakan projek tersebut yang mana sebuah pokok ceri  Jepun akan ditanam mengikut struktur tertentu setinggi 2 tingkat. Silalah lihat paparan graphik di bawah tentang projek untuk masa depan ini. Peserta bertanggungjawab untuk menjaganya termasuklah proses pengawalan sehinggalah kepada tanggungjawab menyampaikan amanah ini untuk masa depan.




Stalking : LISA SURIHANI (17 gambar)

Stalking : Fasha Sandha (12 gambar)



TOP URL STALKING

Nilai hantaran VVIP RM 5 Juta ??? (10 gambar LEAKING)

SUMBER : Oh Bulan!
Satu ketika dahulu, nama Syella Kamaruddin agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya. Bagaimanapun, OHBULAN! menerima berita eksklusif daripada seorang sumber yang dipercayai mengenai kehidupan peribadi pelontar lagu ‘Menangis Dalam Hujan’. Difahamkan, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.
Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.
Kebiasaannya, perkahwinan selebriti sudah tentu dihujani dengan tajaan daripada pelbagai pihak, namun situasi tersebut tidak berlaku kepada Syella. Kagum betul kami dibuatnya, fuh!
Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. OHBULAN! mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat penyanyi ini, semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Amin!
Koleksi foto dibawah turut menyertakan replika rumah sebagai simbolik hantaran yang diterima oleh Syella.


Stalking : YUNA (Yunalis Zarai) - 36 gambar !!

Gambaq besaq 36 keping dari akaun Twitter Yuna. Jangan lupa sharekan di wall facebook anda. ahhahahaha. 



Stesen Metro Stockholm yang tercantik di dunia (15 gambar)

Stesen Metro Stockholm telah dianggap antara salah sebuah stesen pengangkutan bawah tanah yang tercantik di dunia. Stesen ini mempunyai rangkaian 100 buah stesen, 47 darinya adalah di bawah tanah dan selebihnya di atas permukaan tanah. Stesen ini dibuka pada tahun 1950 dan stesen di bawah tanah ini merupakan berasal dari kandungan batuan yang telah dipotong. Sila tinjau 15 gambar terbaik dari stesen ini.

Gambar Pilihan Editor dari Reuters (10 gambar)

Men wait for women on a bridge during a blind date party in Shanghai, November 12, 2011. 

Britain's Queen Elizabeth closes her eyes during the annual Remembrance Sunday ceremony at the Cenotaph in London, November 13, 2011. 

A Tajik migrant worker looks through a window of a building at a vegetable market on the outskirts of Moscow, November 11, 2011. 

Selamat hari jadi untuk awak. LAWL!



sumber : Kedai Kek

Kad Kawin Zahiril Adzim dan Sheira Ayob

Pelakon drama Juvana, Zahiril Adzim bakal menamatkan zaman bujangnya bersama hos Wanita Hari Ini, Shera Aiyob di kediaman pengantin perempuan bertempat di Ipoh pada 20 November ini. Majlis bermula seawal 9.30 pagi ini menyaksikan Zahiril Adzim akan melafazkan akad nikah diikuti dengan majlis persandingan pada waktu tengah hari pula.


Majlis persandingan akan berlangsung pada hari yang sama di Kinding Hills Grand Ballroom dengan anggaran jemputan berjumlah 1000 orang. Difahamkan, kedua-dua mempelai ini akan memperagakan baju rekaan Hatta Dolmat di hari berbahagia kelak.
Yang menariknya tentang kad ini ialah, kad ini boleh dipusing-pusinkan untuk melihat maklumat jemputan majlis di dalamnya.

sumber: oh Bulan

Bernilai 1 Juta, pakaian bertatah berlian (4 gambar)

Sehelai pakaian bertatahkan berlian telah dicipta oleh Ralph and Russo yang bernilai   GBP 230 000 (RM 1.1 Juta) khas untuk gedung pakaian Harrod's. Gaun ini dihasilkan sempena pertunjukkan Crystal Christmas gedung tersebut. Sebanyak 150, 000 batuan kristal Swarovski Elements dijahit pada pakaian seperti di bawah. Ratusan jam dihabiskan untuk menyiapkan baju ini dan jika anda di London anda boleh melihatnya di Harrod sekarang.