Subscribe

Monday 21 November 2011

Ubud Hanging Garden Hotels, Bali (6 gambar)

Binaan kolam setinggi 2 tingkat yang indah menghadap ke hutan tebal ini terletak di Ubud Hanging Garden Hotels, Ubud (Bali). Cantik sungguh senibina hotel ini dan kawasan persekitarannya. Bali seperti yang kita ketahui masih popular dengan keindahan alam semulajadi yang tersendiri. (KLIK)


Jambatan terpanjang di dunia, di China (3 gambar)

Ini adalah jambatan yang terpanjang sekali di dunia yang terletak di China. Dibuka pada Jun 2011 yang lepas setelah 4 tahun dalam pembukaan. Jambatan ini sepanjang 36.48 kilometer yang menghubungkan bandar Qingdao dan bandar kurang maju Huangdoa yang menelan kos kira-kira 14.8 billion yuan atau USD 2.3 billion. Pihak berkuasa China mengharapkan dengan adanya medium perhubungan yang baru ini dapat meningkatkan pembangunan zon perindustrian di negeri Huangdoa serta memudahkan peningkatan hubungan perdagangan dengan orang asing dengan adanya kapasiti pengendalian pelabuhan yang terkini.

Pasar Sihir Togo, Afrika (7 gambar)

Inilah pemandangan Pasar Sihir Togo di Lome. Pasar sihir ini menjual pelbagai jenis bahan-bahan penyembuh secara tradisional dan sihir. Malah ada yang berpendapat, pasar ini juga adalah sebuah pasar yang mempunyai kesaktiannya tersendiri. Penduduk di sekitar Lome sesetengahnya mengamalkan tradisi sihir menyihir yang mempercayai bahawa kehidupan manusia berasal dari kuasa-kuasa semulajadi bumi, air, udara dan api.

Pasar sihir ini diumpamakan sebagai farmasi apabila tidak dapat sembuh selepas rawatan dari hospital. Mereka menjual pelbagai jenis kepala haiwan seperti kepala buaya, monyet dan kucing. Haiwan eksotik seperti burung hantu, sesumpah dan pelbagai jenis ular juga dijual di sini.

Perubatan secara tradisional ini mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan mereka sendiri. Bekalan ubat-ubatan ini diperolehi dari seluruh Afrika Barat seperti Ghana, Burkino Faso, Benin, Ivory Coast dan Nigeria. Kebanyakan bomoh dan peniaga di sini mewarisi ilmu sihir dan perniagaan secara turun temurun.

Mereka menggunakan tangan kiri monyet atau tapak tangan gorila kemudian dimasak dengan pelbagai jenis herba. Kemudian serbuk dihasilkan dan dijual kepada mereka yang bekerja sebagai penjaga gol di dalam sesebuah pasukan bolasepak. Mereka percaya serbuk dari tangan kiri monyet dan tapak tangan gorila mampu menjadikan mereka sebagai penjaga gol yang hebat.

Hantaran Khawin RM 5 juta (part 2)

Sebelum tu baca part 1 dulu. Kemudian lihat gambar-gambar di bawah. Apapun sangkaan korang, syukurlah Syella Kamaruddin dah selamat berkahwin pun. sumber gambar : beautifulnara


Obsesi tatoo, papan tanda jalan di Amerika Syarikat (6 gambar)

Macam-macam betul keinginan manusia ni. Terbaru seorang lelaki dari Oklahoma, Ron Jones, telah membuat dedikasi kepada 66 Laluan (Route 66) dengan mencacah sebagai 103 tatu ke seluruh  badannya. Cacahan tatu tersebut merupakan tanda-tanda papan tanda iklan yang terdapat di sepanjang jalan utama di Amerika Syarikat.

Beliau mula obses dengan tatoo papan tanda jalanraya ini pada usia 51 tahun. Semenjak itu, setiap kali beliau sampai di tempat yang baru, beliau akan meminta tukang cacah tatu untuk mencacah mengikut papan tanda jalan yang ditemuinya.


sumber: (link)

Cahaya Aurora musim baru, Norway (3 gambar)

Tommy Eliassen seorang jurugambar amatur, menggunakan kamera nikon D700 dan lensa 14-24mm dan telah menunggu berhari-hari untuk gambar cahaya aurora musim baru ini. Gambar ini diambil di Ifjord, Finnmark (Norway). Cuaca hari-hari sebelum itu adalah keruh, menurut beliau. Dia bertuah kerana akhirnya mendapat gambar yang indah seperti ini. Ifjord mempunyai penduduk seramai 10 orang, terletak 130km dari bandar.

Smber: (LINK)

Melihat bangunan lama diletupkan, Lanarkshire (5 gambar + 1 video)

Gambar-gambar dan klip video di bawah merupakan momen semasa sebuah blok bangunan 17 tingkat dan berusia 50 tahun telah diletupkan. Bahan letupan sebanyak 55kg telah digunakan untuk meruntuhkan bangunan ini. Pelbagai langkah keselamatan telah diambil selain mengambil kira faktor setempat seperti keselamatan penduduk dan bangunan berhampiran. Penduduk sekitar pada hari itu mengambil peluang melihat bangunan ini dimusnahkan setelah hampir 50 tahun ia bertapak di situ.  (KLIK)

Tindakan meletupkan bangunan ini telah dijalankan oleh Techinical Demolition Service, Lanarshire. Saksikan 5 gambar dan 1 klip video untuk entry ini.

sumber: (LINK)





Bagi mereka yang minimalis, sofa multifunction

Mereka yang mempunyai ruang rumah yang kecil boleh menggunakan sofa mix with katil dua tingkat ni. Konsep modenisme yang begitu unik sekali.

Sumber: (link)



Erupsi Gunung Berapi Nyamulagira - Republik Congo (6 gambar)

Beruntungnya dapat melihat momen-momen erupsi gunung berapi. Terbaru 12 November yang Nyamulagira telah mula mengeluarkan lava, namun masih belum membahayakan. Ia terletak di Taman Negara Virunga, antara taman hutan yang tertua di Afrika. Sehingga kini Nyamulagira masih mengeluarkan lava tetapi tidak mengalir jauh dari situ. Walaubagaimanapun, pihak taman negara telah mengisytiharkan taman negara dan kampung sekitar dalam keadaan berjaga-jaga. Taman Negara Virunga terkenal dengan spesies cimpanzi dan gorila yang diancam kepupusan.

Pada masa yang sama, saintis dan kakitangan taman negara mula mendirikan khemah untuk tujuan kajian erupsi ini. Khemah untuk para pelancong juga disediakan.

Sumber : (link)

LINK menarik : (satu), (dua), (tiga)


Festival Menangkap Ikan di Nigeria (8 gambar)

Festival tahunan ini diadakan di pekan Argungu dalam daerah Kebbi di Nigeria. Pekan Argungu merupakan sebuah pekan nelayan. Salah satu tujuan utama festival pertandingan ini ialah memberi peluang bagi lelaki menunjukkan kelakian mereka kepada kaum wanita di sana. Festival yang dikenali sebagai Argungu International Fishing Festival merupakan festival kebudayaan yang diadakan selama 4 hari. Dikatakan pelancong luar akan datang ke Kebbi sebulan lebih awal untuk menyaksikan semua program yang dijalankan sempena festival ini.

Seramai 10, 000 orang telah menghadiri festival menangkap ikan ini yangdi adakan di tepi sungai Matan Fada. Beribu-ribu nelayan dengan hanya menggunakan jaring ikan dan sejenis peralatan tradisional yang dipanggil gourds akan digunakan selama 45 minit berlangsungnya pertandingan ini. Ikan paling besar semestinya akan mendapat hadiah yang paling besar.  Pada tahun 2008, seorang peserta telah ditarik balik kemenangannya dan dipenjara kerana menipu. Beliau telah menggunakan ikan yang lebih dulu ditangkap dari kawasan luar. Buktinya apabila insap pada ikan tersebut menunjukkan ikan tersebut sudah lama mati sebelum pertandingan.

Semasa perayaan, perahu akan dipenuhi dengan pemain alat muzik dram untuk memberi semangat kepada nelayan yang bertanding. Festival ini merupakan gabungan pameran pertanian dan sebagai tanda berakhirnya musim menanam dan menuai hasil pertanian. 8 gambar untuk dinikmati. oh! Gagahnya abang hitam ni!