Subscribe

Thursday 10 November 2011

Most Record In The World: Guiness Book Of Record 2012 (8 rekod baru)



Pemilik lidah terpanjang (wanita) sepanjang 9.75 cm - Chanel Tapper (Amerika Syarikat)

Pemilik rambut afro paling besar di dunia, 1.32m (4 kaki 4 inci) - Aiven Dugas (Amerika Syarikat)

Famous In The World : Anda gilakan Angrybird?? (Info-grafik - 2 gambar)

Blogpedia telah pernah mengeluarkan entry Angrybird sebelum ini. Kali ini Blogpedia berkongsi pula info tentang Burung Marah ini melalui kajian yang dilakukan oleh AYTM. Sejauh mana kajian ini boleh dipercayai? Korang nilai sendiri sebab hanya Burung Mengenal Dirinya Sendiri. Hahahah....

sumber: DCP

(KLIK UNTUK MEMBACA ENTRY SEPENUHNYA)


Celebration : Jemaah Haji dan Sambutan Aidil Adha (30 gambar)

Sumber : Big Picture 




1. Keadaan jemaah Islam yang memanjat bukit berbatu yang dipanggil sebagai Gunung Rahmat, di Padang Arafah berhampiran dengan Kota Mekah, di Arab Saudi ketika musim haji 2011. (Hassan Ammar/AP)

2. Berpuluh ribu jemaah haji sedang berdoa di dalam Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi. (Hassan Amar/AP)

3. Seorang jemaah haji sedang berdoa ketika melawat Gua Hira' di puncak gunung Noor, di pinggir Kota Mekah. Gua Hira' merupakan lokasi pertama di mana Baginda Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama ajaran  agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. (Hassan Ammar/AP)

4. Menara Jam Mekah. Kelihatan jemaah haji sedang melakukan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram. (Fayznureldine/AFP/Getty Images)

5. Keadaan jemaah haji sedang mengerjakan ibadah haji tahun 2011. (Hassan Ammar/AP)

6.  Keadaan sekitar Lapangan Terbang Jeddah, bakal jemaah sedang melakukan pemeriksaan sebelum masuk ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji 2011. (Fayez Nureldine/AP/Getty Images)

Most Cutiest Place In The World: Tokyo's Cat Cafe (30 gambar)

Rasa-rasanya kucing mungkin antara haiwan peliharaan paling senang nak jaga di dunia ni. Setiap pemelihara kucing purata mempunyai lebih daripada seekor, sekurang-kurangnya 2 ekor kucing pada setiap rumah. Ada juga yang terlalu sayangkan kucing, mereka sanggup membina binaan khusus untuk tempat tinggal kucing mereka. Kafe Kucing merupakan sebuah trend yang telah popular di Jepun semenjak tahun 2004. Osaka, ialah negeri pertama yang telah membuka kafe haiwan ini.

Salah satu terapi yang baik untuk emosi, rakyat Jepun biasanya akan datang selepas waktu bekerja. Ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang sibuk dengan kerja formal harian dan tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk memelihara kucing di kediaman mereka sendiri. Di kafe ini, bayaran yang dikenakan adalah murah bermula sehingga $5-$8, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman sambil dikelilingi oleh berpuluh ekor kucing.

Walaubagaimanapun, terdapat rules yang perlu diikuti oleh para pengunjung kafe kucing ini. Ini termasuklah perlu menanggalkan kasut dan memakai selipar yang disediakan oleh pihak kafe. Pekerja kafe akan membuat semburan pembasmi kuman pada tangan pengunjung untuk mengelakkan jangkitan. Pengunjung juga tidak dibenarkan menggunakan flash ketika mengambil gambar, menarik ekor kucing dan mengganggu anak kucing yang sedang tidur. Hmmm...seronoknya kalau ada kafe macam ni. Tapi bagi mereka yang alah kepada bulu kucing, bolehlah menggunakan mask/penutup mulut dan hidung ketika berkunjung. Kalau tak boleh juga, boleh sekadar tengok gambar pada wall facebook kawan anda yang telah datang berkunjung. Haha..ok sila lihat 30 keping gambar dalam bentuk kolaj.

Sumber : DCP

(KLIK UNTUK MELIHAT ENTRY SEPENUHNYA)

Most Popular Food In The World - 12 gambar (part 1)

Jadi, apa makanan kegemaran korang? Blogpedia bawakan anda 80 jenis makanan yang paling terkenal di serata dunia. Walaubagaimanapun, saya akan upload mengikut part-part tertentu. Ok sekarang dah lapar. Selamat mencuba resipi-resipi antarabangsa ini.

(KLIK UNTUK MEMBACA ENTRY SEPENUHNYA)


1. Jamaica - Jerk Chicken (recipe)
2. Egypt - Ful Medames (Egyptian Brown Fava Beans) (recipe)
3. India - Rice and Lentil Crepes with Potato (recipe)


4. Malaysia - Chicken Curry (recipe)
5. Ethiopia - Chicken Stew (Doro Wett)  (recipe)
6. India - Lamb Khorma  (recipe)

Travel Tour : Indonesia (for November 2011 Schedule)

Musim cuti sekolah baru bermula. Ke mana hendak dituju? Indonesia merupakan salah sebuah negara yang harus dikunjungi oleh penggemar percutian luar negara.Terkenal dengan budaya, kawasan-kawasan pelancongan, event-event yang menarik, Indonesia pasti tidak mengecewakan anda. Berikut merupakan jadual aktiviti untuk 2 bulan terakhir bagi tahun 2011 ini.

1. ASEAN ART EXHIBITION
Tarikh : 30 Oktober 2011 - 12 November 2011
Tempat : Nusa Dua, Bali
URL : Asean Art Exhibition (sila klik)

2. SUKAN  SEA KALI 26
Tarikh: 11 - 22 November 2011
Tempat : Palembang & Jakarta
URL: 26th SEA GAMES INDONESIA  (sila klik)

3. Jakarta Fashion Week 2012
Tarikh : 12 - 18 November 2012
Tempat : Pacific Place, Jakarta

4. Sanur Village Festival
Tarikh : 19 - 23 November 2011
Tempat: Bali
URL: Sanur Festival Official   (sila klik)

5. The 5th Balinale International Film Festival
Tarikh :15 -20 November 2011
Tempat:Galeria 21 Cineplex, Mal Bali Galeria, Simpang Dewa Ruci, Kuta Roundabout
URL: Balinale Official  (sila klik)

6. The 19th ASEAN Summit and The 6th East Asia Summit
Tarikh: 17 - 19 November 2011
Tempat: Bali Island
URL: ASEAN SUMMIT  (sila klik)


7. Disney Live! Mickey's Music Festival (Jakarta)
Tarikh: 17 - 20 November 2011 (Gandariah City, Jakarta)

Tarikh: 1 - 4 December 2011 (Grand Citu, Surabaya)
URL: Disney Jakarta   (sila klik)

8: Elton John and Band - Jakarta Greatest Tour
Tarikh: 18 November 2011
Tempat:  Sentul International Convention CenterJakarta
URL: Elton John Jakarta Tour  (sila klik)

9. World Delta Summit 2011
Tarikh: 21 - 24 November 2011
Tempat :  Jakarta Convention Center
URL : WDS Jakarta  (sila klik)

10. The World Nature and Culture Heritage 2011 Exhibition
Tarikh: 22 - 25 November 2011
URL : Official  (sila klik)

Most Expensive In The World - Jualan Photo Termahal Di Dunia (10 keping gambar)

*TERDAPAT PAPARAN KURANG ELOK.
Hari ini ledakan bidang fotografi boleh dirasai di seluruh dunia. Bermacam-macam jenis kamera boleh didapati di pasaran, dari monolog sehinggalah ke era digital. Harga kamera juga bermula dari sejumlah yang murah sehinggalah mencapai hampir 100k. Itulah kegilaan pada masa kini, merakam detik-detik tertentu. Blogpedia menyajikan kepada pembaca 10 keping gambar yang dikatakan merupakan jualan gambar yang paling termahal di dunia.


Mungkin ada yang tidak kena pada mata anda, tetapi inilah hakikatnya.


Dapatan dari : MostExpensivePhotos


(KLIK UNTUK ENTRY SEPENUHNYA)
(KLIK UNTUK ENTRY SEPENUHNYA)


1. 1.99 Cent Diptychon II (2001) - Andreas Gursky 

  • Febuari 2005, telah dijual menerusi lelongan Sotheby di London bernilai $3, 346, 456
  • Cetakan kedua November 2005 telah dijual di sebuah galeri New York, bernilai $2.48 juta
  • Cetakan ketiga (terakhir) telah dijual di Sotheby, London, pada Mei 2006 dan bernilai $2.25 juta


2.The Pond-Moonlight (1904) By: Edward Steichen: $ 2, 928,000
  • Dijual bernilai $ 2, 928, 000 pada bulan Februari 2006 di dalam jualan lelongan Sotheby’s New York.


3.Tobolsk Kremlin-(2009) By: Dmitry Medvedev
  • Foto yang bertajuk Kremlin Tobolsk ini merupakan hasil tangkapan gambar oleh Presiden Rusia, Dmitry Medvedev sendiri. Mungkin ia salah satu faktor yang menjadikan gambar ini sebegitu mahal. Ini adalah pemandangan sebuah bandar di Rusia. Ia telah dijual pada nilai    $ 1, 750, 000 di St. Petersburg.