Subscribe

Thursday, 10 November 2011

Celebration : Jemaah Haji dan Sambutan Aidil Adha (30 gambar)

Sumber : Big Picture 




1. Keadaan jemaah Islam yang memanjat bukit berbatu yang dipanggil sebagai Gunung Rahmat, di Padang Arafah berhampiran dengan Kota Mekah, di Arab Saudi ketika musim haji 2011. (Hassan Ammar/AP)

2. Berpuluh ribu jemaah haji sedang berdoa di dalam Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi. (Hassan Amar/AP)

3. Seorang jemaah haji sedang berdoa ketika melawat Gua Hira' di puncak gunung Noor, di pinggir Kota Mekah. Gua Hira' merupakan lokasi pertama di mana Baginda Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama ajaran  agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. (Hassan Ammar/AP)

4. Menara Jam Mekah. Kelihatan jemaah haji sedang melakukan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram. (Fayznureldine/AFP/Getty Images)

5. Keadaan jemaah haji sedang mengerjakan ibadah haji tahun 2011. (Hassan Ammar/AP)

6.  Keadaan sekitar Lapangan Terbang Jeddah, bakal jemaah sedang melakukan pemeriksaan sebelum masuk ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji 2011. (Fayez Nureldine/AP/Getty Images)



7. Burung-burung merpati yang terbang bebas di sekitar berhampiran Masjidil Haram. (Fayez Nureldin/AFP/Getty Images)

8. Salah seorang jemaah wanita sedang berdoa di kaki bukit berbatu yang dipanggil Gunung Rahmat, di Padang Arafah, berhampiran Kota Mekah. (Hassan Ammar/AFP)

9. Jemaah sedang melakukan lontaran Jamratul di tiang yang melambangkan sedang merejam syaitan. Upacara ini dikenali sebagai 'Jamrah', merupakan upacara akhir di dalam melakukn ibadah haji di Mina, berhampiran Kota Mekah. (Hassan Ammar/AFP)

10. Seorang pegawai polis Arab Saudi sedang bertugas memantau keadaan Kota Mekah melalui teknologi monitor skrin ke kamera yang diletakkan di semua kawasan di Mina. (Hassan Ammar/AFP)

11. Keadaan kawasan khemah para jemaah yang tersusun di Kota Mina. (Ammar Awad/Rueters)

12. Jemaah dari negara Nepal yang sedang menangis ketika sedia berangkat ke Mekah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuwan di Kathmandu, Nepal. (Naves Chitrakar/Reuters)


13. Bakal jemaah haji dari negara Thai sedang berdoa sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci melalui Lapangan Antarabangsa Hat Yai di selatan Thailand. (Muhammad Sabri/AFP/Getty Images)

14. Seorang wanita Palestin yang sedang berada di dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan menuju ke Mekah untuk melaksanakan perintah ibadah haji, di sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir. (EyadBaba/AP)

15. Bakal jemaah dari negara Indonesia sedang melakukan latihan ibadah haji di dalam pusat latihan haji di Jakarta sebagai persiapan akhir sebelum berangkat menunaikan haji di Mekah. Negara Indonesia menghantar  sejumlah 200ribu jemaah pada setiap tahun. (Baylsmoyo/AFP/Getty Images)

16. Seorang wanita berketurunan Yaman sedang membeli belah barang keperluan di dalam sebuah pasar di Sana'a sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban sebagai tanda berakhirnya musim haji bagi umat Islam di seluruh dunia. (Muhammad Huwais/AFP/Getty Images)

17. Kelihatan para peniaga berketurunan Pakistan sedang menunggu pelanggan untuk menjual ternakan mereka sempena perayaan ini di dalam sebuah pasar di Islamabad, Pakistan. (B.K Bangash/AP)

18. Seorang peniaga biri-biri, Vendor Kyrgyz sedang menyusun ternakan beliau di luar bangunan di Bishkek pada malam takbir perayaan. Di Bishkek, perayaan ini dipanggil sebagai Kurban Bairam dalam bahasa tempatan. (Vyascheslav Oseledko/AFP/Getty Images)


19. Sekmpulan kanak-kanak sedang gembira di dalam sebuah karnival yang diadakan di dalam kem pelarian Shatila Palestine di Beirut. Ini adalah hari pertama pada perayaan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2011. (Anwar Amro/AFP/Getty Images)

20. Seorang anggota tentera Yaman sedang bersalaman dengan seorang teman selepas selesai mengerjakan solat sunat AidilAdha di Sana'a. (Muhammad Huwais/AFP/Getty Images)

21. Orang Islam Palestin yang baru tiba di Pagar Damascus (Damascus Gate) untuk masuk ke kawasan ke bandar lama BaitulMaqdis. Mereka di dalam perjalanan menuju ke kawasan Masjid Al-Aqsa untuk bersolat sunat AidilAdha. Masjid Al- Aqsa yang merupakan salah sebuah kawasan dari 3 tempat suci umat Islam di dunia. (Menahem Kahana/AFP/Getty Images)

22. Keadaan para penumpang yang sanggup duduk di atas bumbung keretapi, di pinggirDhaka, Bangladesh, semata-mata untuk pulang ke kampung bagi merayakan perayaan AidilAdha. (Pavel Rahman/AP)

23. Jemaah wanita yang sedang bersolat di sebuah kawasan kampung berlatarkan Gunung Berapi Merapi pada hari raya pertama Aidiladha. Kampung ini dipanggil sebagai Kalitengah Lor yang terletak di luar bandar di Yogyakarta, Jawa Tengah Indonesia. (Dwioblo/Rueters)

24. Sekumpulan anak-anak dari etnik Turki sedang mempersembahkan sebuah tarian tradisional sempena perayaan ini di Bucharest. (Vadim Ghirda/AP)


25. Umat Islam yang sedang melakukan pembelian kambing biri-biri di dalam sebuah bazar di Linxia, China. (Gao Jianjun/AP)

26. Sekumpulan kanak-kanak yang menghadiri solat sunat Aidiladha di Abuja, Nigeria. (Afolabi Sotunde)

27. Sekumpulan lelaki Sunni Muslim di Iran sedang cuba melakukan penyembelihan korban unta pada perayaan ini.Siminsahr merupakan sebuah kawasan yang mempunyai ramai pengikut Sunni.

28. Keadaan wanita Islam Kashmir yang sedang berdoa di dalam solat sunat di Srinagar.

29. Penduduk tidak lupa untuk melawat pusara bagi mereka yang telah dulu meninggalkan dunia di Najaf, Iraq. (Ali Abu Shish/Rueters)

30. Seorang peniaga belon sedang mengayuh basikal bersama belon-belon pada hari pertama perayaan Aidiladha di Kabul, Afghanistan. (Muhammad Muheisen/AP)

0 comments:

Post a Comment