Subscribe

Sunday 27 November 2011

Obsesi Angry Bird untuk Halloween (6 gambar)

Sambutan Halloween yang tak perlu nak hias benda2 yang menakutkan. AUhhhh Angry Bird Obsession. Klik tajuk post untuk melihat semua gambar.

Majlis perkahwinan Barbie & Kent (setelah pacaran slama 50 tahun) (50 gambar)

Akhirnya setelah 50 tahun menanti, Barbie dan Kent telah pun berkahwin sejak bulan Ogos yang lepas. Syabas diucapkan. Lama bebenor la Barbie ni menanti si Kent ni kan. Tu la setia namanya. Apapun, muka dorg tetap nampak muda. Ala teknologi dan macam-macam. Haha. Sebenarnya ini adalah idea dari seorang jurugambar Beatrice De Guigne. Terdapat 50 keping gambar semuanya. Sila klik tajuk post untuk melihat kesemua gambar majlis yang indah ini. Muachks.

Batu bongkah semulajadi di Tawau

TAWAU: Bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia 27,000 tahun di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung boleh menjadi produk pelancongan yang unik untuk memajukan kawasan tersebut, menurut penduduk Kampung Cocos di situ.

Shamsuri Samat, 29, berkata beliau yakin sekiranya kawasan itu dimajukan dengan baik ia mampu menjadikan Balung sebagai salah satu destinasi pelancongan bercirikan ekopelancongan di bahagian pantai timur Sabah.


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (Korporat dan Ekonomi Mineral) Dr Mustapah Mohd Lip (kiri) bersama kakitangannya meninjau bongkah batuan volkanik jenis ‘basalt’ yang tersusun rapi di tebing Sungai Balung, Tawau, -Foto BERNAMA


“Kawasan ini kami panggil “batu bersusun” kerana selain semua bongkah batu di sini berbentuk segi enam atau segi lima dan seragam, bongkah batu itu juga hampir kesemuanya sama saiz, seolah-olah disusun oleh manusia meskipun sebenarnya ia terbentuk secara semulajadi,” kata Shamsuri.

Menurutnya, kawasan bongkah batu volkanik berkenaan sudah lama mereka ketahui namun disebabkan kurangnya perhatian, keunikan kejadian semulajadi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Korporat dan Ekonomi Mineral) Dr. Mustapha Mohd Lip berkata, bongkah batu berkenaan terbentuk hasil penyejukan magma dari perut bumi ketika muncul di permukaan bumi.


“Batu volkanik ini tidak melebihi 27,000 tahun berdasarkan usia Gunung Maria (batuan volkanik “dacite”), yang setinggi 3,550 kaki (1,082.04m) dan berumur 27,000 tahun,” kata Dr Mustapha.
Batuan basalt itu terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu antara gunung tertinggi di Tawau yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini.
“Lebih penting, batuan volkanik ini cuma terdapat di sini sahaja. Tempat-tempat lain di Sabah malah di Malaysia tidak ada bongkah batuan unik seperti ini,” kata Dr Mustapha.
Seorang lagi penduduk di situ, Takun Austin, 58, berkata bongkah batu volkanik berkenaan boleh dijadikan salah satu produk dalam pakej pelancongan berkonsepkan Inap Desa (Homestay) yang sedang dirancang penduduk Kampung Cocos.

Johan kurang ajar!– Ogy Ahmad Daud


INI bukan cerita rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi. Tidak!Ini cerita bagaimana terlukanya seorang primadona tanah air terhadap seorang junior dalam industri hiburan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menghormati orang yang lebih dewasa.

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.
Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton.
Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan.

Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.
Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.
Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia.

Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka.

Beautiful Wedding Ideas (38 pictures)

Hari ni kita boleh lihat macam-macam idea yang menarik untuk dibuat di dalam sebuah majlis perkahwinan. Tuntutan email seorang pembaca Blogpedia, beliau meminta slot idea perkahwinan untuk dimuatkan di dalam blog ini. Ok, sounds interesting. Let see what we have here. Enjoy the pictures and click the title post to see the entire entry. 

Proses pemandulan monyet di India (10 gambar)

Kerajaan negeri Himachal Pradesh di India menawarkan kepada orang awam sejumlah 500 rupees (USD9.50) bagi seekor monyet yang ditangkap dan dihantar ke pusat pengumpulan monyet liar ini di dalam usaha untuk mengawal bilangan monyet-monyet ini. Di Shimla, kekerapkalian laporan direkodkan berikutan terdapat serangan monyet kepada manusia. Monyet yang ditangkap akan dibawa ke empat pusat pensterilan di mana monyet-monyet ini akan dimandulkan sebelum dilepaskan kembali ke kawasan tempat mereka ditangkap. Dilaporkan terdapat 317, 000 ekor monyet yang terdapat di wilayah Himachal Pradesh ini. Sumber REUTERS. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Sila derma satu klik untuk iklan ini.

Ciptaan Origami paling amazing di dunia (10 keping origami)

Origami, dari Oru bermaksud 'lipatan' dan Kami bermaksud 'kertas' merupakan seni tradisional lipatan kertas dari negara Jepun. Matlamat utama seni origami ini adalah untuk mewujudkan satu perwakilan objek yang menggunakan lipatan-lipatan geometri dan corak-corak tertentu dan sebaik-baiknya tidak menggunakan gam atau memotong kertas origami tersebut. Di bawah merupakan 10 ciptaan origami yang dianggap terbaik di dunia setakat ini. Sila klik tajuk post untuk melihat ciptaan origami yang lain.

Sila derma satu klik untuk iklan ini. TQ. :)

Istana Negara Malaysia yang baru (20 gambar - Part 1)

Jom melawat Istana Negara yang baru. Hmmm...lampu kecil-kecil dekat jalanraya utama depan Istana Negara yang lama tu cantik sangat. 20 keping untuk part 1. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar selebihnya.

Post ini diletakkan di bawah label Design. Sila klik DI SINI untuk melihat bentuk design yang lain.

Hasil kreativiti kitarsemula (10 gambar)