Subscribe

Thursday 17 November 2011

Vatican mengecam Benetton, iklan mencium mulut (5 gambar)

Hari ini Vatican mengecam tindakan sebuah syarikat pakaian dari Itali, Benetton, yang telah membuat iklan pampangan dengan menggunakan paparan Pope Benedict mencium seorang imam di mulut. Imej-mej lain termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mencium Presiden Venezuela Hugo Chavez. Walaubagaimanapun syarikat pakaian itu berpendapat, kempen itu membawa kepada erti 'UNHATE' (tidak membenci). Imej-imej lain di dalam kempen itu merupakan sokongan firma Itali itu terhadap Yayasan Unhate yang menunjukkan pelbagai pemimpin dunia yang sedang mencium mulut.

Jurucakap Vatican, Federico Lombardi telah memberi penegasan tidak membenarkan manipulasi penggunaan gambar Pope Benedict di dalam kempen tersebut dan sedang mencadangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pakaian itu. Beliau berpendapat,

This is a grave lack of respect for the Pope, an offence against the sentiments of the faithful and a clear example of how advertising can violate elementary rules of respect for people in order to attract an attention through provocation
Terdahulu Benetton telah menjalankan kempen pengiklanan yang disifatkan terlalu kontroversi tetapi pihaknya berharap kempen ini diwujudkan untuk menyumbang ke arah memerangi kebencian dan sekaligus memupuk budaya toleransi di dalam masyarakat.

Paparan di bawah merupakan sebahagian dari kempen yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Apapun, bagi pihak Blogpedia, paparan sebegini tidak bertepatan dengan budaya sesetengah negara. Semoga perkara sewajarnya dapat dilakukan secepat mungkin.



sumber: (link)

4 comments:

Anonymous said...

bodoh semua nih. dah macam takde idea lain jadikan iklan.

baby 7thbillion said...

Sape cakap orang lain bodoh,die ler bodoj

anwaric said...

pundek ah kau ni anon. guna akaun lah! tiada biji. hahahahha!

Blogpedia said...

BODOJ yew? miaaahahahah..

Post a Comment