Subscribe

Thursday, 17 November 2011

Serangan 'Massive' di Qingdao, China (24 gambar)

Ini adalah keadaan sebuah pemandangan semasa satu musim panas, di tepi sebuah pantai wilayah Qingdao, China. Sejenis alga, Enteromorpha dari spesis Prolifera telah 'menyerang' kira-kira 440km sepanjang pesisir pantai wilayah ini. Menurut laporan Jabatan Pentadbiran Laut Negeri Utara China, keadaan suhu air laut yang mencapai 30 darjah celcius dan suhu luar persisir yang mencapai 20 darjah celcius, telah mengakibatkan pertumbuhan alga ini begitu cepat. Akibatnya hampir seluruh persisir pantai di Qingdao telah mengalami serangan rumpai laut ini.

Suasana musim panas mereka telah dikejutkan dengan fenomena bersifat 'massive' ini. Mereka tidak dapat beriadah di tepi pantai seperti selalu. Keadaan yang dianggap memalukan wilayah ini telah menimbulkan kesedaran di kalangan penduduk untuk bekerjasama membersihkan pantai ini. Beribu-ribu nelayan, pelajar, polis maritim mahupun penduduk setempat telah menghabiskan masa untuk membersihkan pantai ini dari serangan alga ini. Kira-kira 100, 000 tan alga telah dibuang dari pantai ini. Kawasan ini telah diishtiharkan sebagai kawasan 'dead zone' berikutan ancaman bakteria. Namun ada juga di kalangan penduduk yang tidak menganggap ini sebagai ancaman yang besar, ada juga yang masih sanggup mandi manda di kawasan 'hijau' ini kerana menganggap ianya seperti padang rumput yang luas, sejuk dan lembut.

sumber: (link)




CLICK

0 comments:

Post a Comment