Subscribe

Thursday 17 November 2011

Manik dari abu mayat (Korea Selatan) - 5 gambar

“A law passed in 2000 requires anyone burying their dead after 2000 to remove the grave 60 years after burial.”
 Rakyat Korea Selatan terpaksa menerima garis akta tahun 2000 yang baru ini, sebagai salah satu cara untuk menjimatkan ruang tanah di Korea Selatan. Undang-undang baru ini memperuntukan, kubur yang berusia 60 tahun ke atas akan dimusnahkan. Oleh yang demikian, rakyat Korea Selatan telah mengambil keputusan dramatik dengan melakukan kaedah pembakaran mayat. Namun sebuah syarikat yang berpengkalan di Icheon telah mencipta revolusi baru dengan mencipta manik-manik daripada abu mayat si mati. Menurut pihak syarikat, mereka menggunakan suhu ultrahigh untuk mencairkan abu mayat sehingga menjadi cecair kristal yang kemudiannya akan dibentuk menjadi manik-manik. Proses ini mengambil masa 90 minit dan diproses dengan penwarnaan seperti warna biru-hijau, merah jambu, ungu dan hitam. Manik ini juga tidak berbau busuk mahupun berkulat. (klik)

Abu setiap mayat boleh menghasilkan 4 hingga 5 cawan manik dan abu dari mayat anak-anak muda boleh mencapai sehingga 8 cawan manik kerana mempunyai kepadatan tulang yang tinggi. Proses penghasilan manik daripada abu mayat ini memerlukan kos sebanyak US$870. Rentetan daripada permintaan ini, terdapat beberapa syarikat yang telah bersaing untuk merebut perniagaan ini. Ada juga yang mencampurkan abu mayat dengan bahan tertentu supaya lebih mudah dan cepat penghasilannya. Di bawah ialah paparan proses penghasilan manik daripada abu mayat.

**komenlah secubit dua

sumber: (link)




0 comments:

Post a Comment