Subscribe

Showing posts with label Local News. Show all posts
Showing posts with label Local News. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

Orang Minyak versi Tawau.


TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.
Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.


Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.

Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.
“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.
Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.
Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.


Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.


sumber

Sunday, 27 November 2011

Johan kurang ajar!– Ogy Ahmad Daud


INI bukan cerita rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi. Tidak!Ini cerita bagaimana terlukanya seorang primadona tanah air terhadap seorang junior dalam industri hiburan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menghormati orang yang lebih dewasa.

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.
Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton.
Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan.

Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.
Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.
Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia.

Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka.

Wednesday, 23 November 2011

Trofi Lagu Terbaik lagu Penakut oleh Yuna, akan ditarik balik.

Trofi Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik oleh RIM/AIM. Ini dipastikan sendiri oleh Yuna menerusi laman Twitternya. Menurut artikel akhbar, pihak RIM/AIM telah membuat perkiraan yang salah dan pemenang jatuh kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain. Sangat haizz.....



sumber:


NAMPAKNYA, bulan ini memang bulan kontroversi. Yalah, kalau ada saja acara anugerah, pastinya ada kontroversi menyusul. Ibaratnya, anugerah dan kontroversi itu sungguh sinonim sekali, bagai isi dengan kuku. 

Belum habis orang ramai bercerita mengenai kemenangan tiba-tiba lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang dijulang sebagai Lagu Terbaik, timbul pula ketidakpuasan hati sesetengah pihak apabila nama Jurey Latiff Rosli diangkat sebagai Pengarah Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang baru berlalu. (baca selanjutnya)

Pasukan Harimau Muda disambut meriah, LCCT (12 gambar)

SEPANG - Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini. Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas. Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok. Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang.
KLIK TAJUK POST UNTUK BERITA PENUH


Monday, 21 November 2011

Hantaran Khawin RM 5 juta (part 2)

Sebelum tu baca part 1 dulu. Kemudian lihat gambar-gambar di bawah. Apapun sangkaan korang, syukurlah Syella Kamaruddin dah selamat berkahwin pun. sumber gambar : beautifulnara


Thursday, 17 November 2011

Pelajar Disengat Tebuan Ketika Duduki Peperiksaan

JERANTUT 16 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang 'bergelut' menjawab soalan kertas Bahasa Inggeris 2, terpaksa menahan kesakitan apabila pahanya disengat seekor tebuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin di sini semalam.


Kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd. Irfan Abdul Khalid, 17, sedang leka menjawab soalan peperiksaan kertas itu yang bermula pukul 10.30 pagi.


Pelajar itu dikatakan tidak menyedari seekor tebuan tiba-tiba muncul dan menyengat pahanya.


Ibu pelajar terbabit, Normah Hasim, 61, berkata, selepas disengat, anaknya mula berasa sakit namun dia sempat menepis serangga itu dan membunuhnya.


"Sewaktu menahan kesakitan, anak saya sempat menjawab soalan kerana bimbang dia tidak dapat menghabiskan kertas peperiksaan itu.


"Namun, beberapa minit kemudian, anak saya mendapati air keluar dari telinga dan hidungnya menyebabkan dia meminta kebenaran untuk keluar ke tandas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Dinding dekat sini semalam.


Normah memberitahu, Mohd. Irfan bagaimanapun tidak memaklumkan kejadian itu kepada guru pengawas peperiksaan sehingga badannya kian lemah dan segera dibawa oleh guru ke Hospital Jerantut.


Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, pegawai perubatan memaklumkan anaknya mengalami alahan namun tidak serius dan boleh kembali ke sekolah selepas diberi suntikan dan ubat.


Kata ibu tunggal itu lagi, anaknya pernah disengat tebuan sebelum ini tetapi kesan yang paling teruk kali ini, dia mengadu badannya kesejukan selain hilang selera makan.


"Saya berterima kasih kepada guru yang segera menghantar anak saya ke hospital dan berharap agar anak saya dapat menamatkan peperiksaan SPM kerana ini melibatkan masa depannya," kata Normah.


Sementara itu, Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Devaraj Salam berkata, pelajar itu mengalami alahan akibat sengatan tersebut iaitu beberapa bahagian badannya menjadi bengkak dan kemerahan termasuk di mata dan lengan.


SUMBER : Utusan

FFM24: Tiga anugerah untuk Merong Mahawangsa




17 Nov - Bertemakan "Gemilang Filem Malaysia", malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) semalam menyaksikan filem epik terbitan KRU Studios, "Hikayat Merong Mahawangsa" memenangi tiga anugerah iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik menerusi lagu nyanyian Anuar Zain berjudul "Sedetik Lebih".
Selain daripada itu, pengarah filem "Libas", Jurey Latiff Rosli telah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan. Manakala Pelakon Harapan telah dimenangi oleh Nadiyatul Nisaa dan Salehhudin Bakar untuk kategori masing-masing.
Pelakon cilik terkenal Mia Sara Nasuha telah memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem "Sekali Lagi" yang turut dilakonkan oleh Lisa Surihani dan Shaheizy Sam.
Sebanyak sepuluh anugerah trofi telah disampaikan di malam Anugerah Gemilang Cipta yang diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana dan ia disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
FFM yang mengangkat martabat dan karya hasil seni penggiat filem tempatan bakal mempertandingkan 32 kategori pada tahun ini dan baki 22 kategori akan diumumkan pada malam Anugerah Gemilang Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini.
Berikut adalah senarai pemenang bagi Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24:
Poster Terbaik: "Hikayat Merong Mahawangsa" (KRU Studios)
Kesan Visual Terbaik: Yusry Abdul Halim - "Hikayat Merong Mahawangsa" (KRU Studios)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Sara Nasuha - "Sekali Lagi" (Metrowealth Pictures)
Pelakon Harapan Wanita: Nadiyatul Nisaa - "Cun" (Tayangan Unggul)
Pelakon Harapan Lelaki: Salehhudin Bakar - "Hantu Bonceng" (Excellent Pictures)
Lagu Tema Asal Terbaik: Sedetik Lebih - Edry Abdul Halim - "Hikayat Merong Mahawangsa" (KRU Studios)
Pengarah Harapan: Jurey Latiff Rosli – "Libas" (MDAG Marketing)
Filem Pendek Terbaik: "The Other One" (Ng Ken Kin)
Filem Animasi Terbaik: "Altitude Alto" (Mushroomhead)
Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: "Great Day" (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

UPSR 2011 terbaik dalam tempoh empat tahun

PUTRAJAYA 17 Nov. - Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini. - Bernama

SUMBER: (link)

Gambar Anugerah Industri Muzik 18 (20 gambar)

via : BN

‘Cukuplah 15 emas’




Faktor umur, kecederaan lama paksa Ken Nee berundur 
“CUKUPLAH dengan 15 emas, kini saya boleh tersenyum bangga mengundurkan diri."
 Itulah luahan kegembiraan Yeoh Ken Nee sejurus meraih emas 3 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik Jakabaring semalam, yang juga emas ke-15 dalam penampilannya di Sukan SEA sejak 1995.
Mula aktif dalam sukan terjun ketika berusia 10 tahun dan tampil kali pertama di pentas Sukan SEA dua tahun selepas itu, penerjun yang kini berusia 28 tahun itu akan bersara selepas tamatnya Olimpik London 2012 untuk beralih ke bidang kejurulatihan. 

“Takkan saya saja mahu menang, saya perlu juga memberi peluang kepada penerjun muda lain yang kini jaraknya agak jauh ketinggalan berbanding atlit senior. 
“Lagipun umur mengejar saya dengan kecederaan lama di lutut masih menghantui dan kini jurulatih juga mula berkongsi ilmu kejurulatihan dengan saya selepas mereka mengetahui perancangan saya untuk bersara,” katanya.  
 Ken Nee yang sebelum ini memenangi emas 3m papan anjal seirama, bergandingan dengan Bryan Nickson Lomas, sekali lagi memukau pengadil dengan terjunan menarik untuk mengumpul 458.15 mata, jauh di depan pemenang perak dari Indonesia, Akhmad Sukran Jamjami (401.85 mata) manakala seorang lagi penerjun negara, Ahmad Amysyar Azmar meraih gangsa (397.30). 
Seperti diduga, kehebatan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong yang berstatus dunia tidak mampu digugat apabila merangkul emas dalam satu-satunya acara disertainya, 10m platform individu wanita. 

Tanpa ada saingan ratu terjun negara mengutip 342.90 mata dengan perak dimenangi rakan senegara, Kam Ling Kar, 260.85 manakala gangsa menjadi milik penerjun tuan rumah, Della Dinarsari Harimurti (250.50 mata). 


SUMBER: (link)

Wednesday, 16 November 2011

Remaja 15 tahun terlanjur 20 kali

PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.


Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.
“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.


Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.
“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.
Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu. Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.


SUMBER: Harian Metro

Lintah masuk kemaluan

sumber: berita harian



Pelajar dinasihat elak main air banjir
 

KOTA BHARU: Pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan tidak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian lintah memasuki kemaluan hingga menyebabkan pendarahan.

Tahun lalu, 13 kes pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke beberapa hospital selepas berlaku pendarahan dan terpaksa diberi rawatan susulan.
Pengarah Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang, berharap peringatan itu tidak dipandang ringan kerana mengikut laporan tahun lalu, ada pelajar yang diberi rawatan kecemasan akibat kemaluan mereka dimasuki lintah selepas bermain air banjir. 
Beliau turut mengingatkan pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya menjaga aspek kebersihan makanan kerana pelbagai kuman penyakit bawaan air dikesan ketika musim banjir akibat kegagalan menjaga kebersihan air dan makanan. 

"Saya mahu mengingatkan supaya pelajar perempuan tidak leka bermain banjir terutama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengelak mereka diserang lintah ketika banjir nanti," katanya selepas melawat tiga daripada 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital seluruh negeri ini termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini, semalam. 

Hussain berkata, pihaknya mengenal pasti 9,224 daripada 36,333 calon SPM di negeri ini dijangka terbabit dengan lokasi banjir apabila kediaman mereka terletak di 67 kawasan yang biasa terdedah ancaman banjir di seluruh negeri ini. Katanya, bagi memastikan calon SPM itu dapat menduduki peperiksaan dengan selamat, pihaknya menyediakan 14 pusat alternatif sebagai pusat peperiksaan selamat jika banjir berlaku dalam tempoh terdekat ini. 

"Daripada 67 pusat terbabit banjir, 10 sekolah terletak di Kota Bharu, diikuti tiga di Tumpat; lima di Pasir Mas dan masing-masing dua di Tanah Merah, Machang, dan Gua Musang. 


"Selebihnya, enam lokasi banjir di Pasir Puteh dan sembilan lagi di Kuala Krai, namun semua calon SPM terbabit diberi jaminan boleh menduduki peperiksaan dengan selesa kerana JPN menambah bilangan petugas peperiksaan seramai 492 orang yang menjaga di kawasan berisiko banjir," katanya. 

Sementara itu, 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital membabitkan tiga calon di HRPZ, diikuti tiga HUSM, dan masing-masing satu calon di Hospital Tumpat, Hospital Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli selain seorang lagi di Hospital Pakar Perdana, di sini. 

INFO 

Lintah
 



  • Lintah hidup di kawasan berair terutama berhampiran bendang padi, kawasan ternakan lembu dan paya. 


  • Lintah akan mengikut aliran air dan hinggap terhadap mana-mana hidupan lain termasuk manusia. 


  • Lintah memasuki saluran kemaluan termasuk dubur dan menggigitnya. 


  • Akibat gigitan itu, mangsa akan mengalami pendarahan teruk. 


  • Pegawai Perubatan akan menggunakan air garam yang dimasukkan ke kemaluan atau dubur agar lintah keluar. 


  • Mangsa memerlukan rawatan pemindahan darah dan jika terlewat diberi rawatan, mangsa boleh maut akibat kekurangan darah. 


    (Info disediakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Kota Bharu, Zaid Ahmad) 
  • Dokumentari MJ Yang Tidak Pernah Ditonton Akan Dilelong Lebih RM20 Juta

    LONDON: Sebuah dokumentari yang merakamkan aksi legenda pop Michael Jackson pada tahun 1992-93 ketika beliau sedang mempromosikan konsert 'Dangerous' dijangka akan dilelong melebihi RM20 juta pada hujung bulan ini.
    Pita rakaman dokumentari tersebut kini dikatakan berada di tangan salah seorang bekas pemandu peribadi Michael dan dia telah memberi persetujuan kepada sebuah firma lelongan untuk melelong dokumentari berkenaan.
    Rakaman di belakang pentas itu dibuat oleh sekumpulan krew dokumentari yang diupah oleh Michael ketika berlangsungnya konsert 'Dangerous' di seluruh dunia antara tahun 1992-93 tetapi beliau akhirnya tidak berpuashati dengan rakaman berkenaan dan membuat keputusan untuk tidak dihasilkan secara komersil.
    Satu-satunya pita rakaman tersebut kemudian diserahkan oleh Michael kepada pemandunya ketika itu.
    Pemandu berkenaan yang mendakwa beliau memperolehi pita rakaman itu sebagai hadiah istimewa daripada Michael di atas perkhidmatan yang diberikannya telah menyimpan pita rakaman itu dan tidak memaklumkan kepada sesiapa pun termasuklah kakitangan Michael.
    Tidak ada siapa pun mengetahui mengenai kewujudan pita rakaman tersebut sehinggalah klip ringkas mengenainya tersiar dalam laman You Tube baru-baru ini.
    Michael yang meninggal dunia pada Jun 2009 kerana mengambil sejenis ubat penenang yang sangat kuat bernama Propofol tidak meninggalkan sebarang wasiat atau nota mengenai rakaman video berkenaan.
    Sejak tersiarnya klip berkenaan dalam YouTube, para peguam syarikat rakaman Michael cuba membuat tuntutan hak ke atas dokumentari tersebut tetapi telah ditolak oleh sebuah mahkamah yang bersetuju bahawa ia adalah hadiah yang diberikan oleh Michael kepada pemandunya itu.
    Bagaimanapun mahkamah menghalang pemandu tersebut daripada membuat salinan.
    Dokumentari berdurasi dua jam itu dijangka membuat keuntungan berjuta-juta ringgit apabila ia dilelong kerana dikatakan mengandungi rakaman kandid di belakang pentas termasuklah mengandungi rakaman Jordy Chandler yang pernah menuduh Michael mencabul kehormatannya sebelum kes mereka diselesaikan di luar mahkamah.
    CEO Fame Bureau Auctioneers, Ted Owen, yang akan bertanggungjawab melakukan lelongan tersebut berkata; "Rakaman dokumentari itu sangat bernilai tinggi kerana kualiti rakamannya termasuklah insiden-insiden kandid di belakang pentas serta jumlah kamera yang digunakan dan juga keistimewaan ia dirakamkan begitu hampir dengan persembahan Michael sepanjang konsert Dangerous."
    Dalam pada itu, pemegang hak harta peninggalan Michael telah memberi lampu hijau kepada Kumpulan Queen untuk mengeluarkan album rakaman penyanyi mereka mendiang Freddie Mercury dengan Michael yang dibuat pada awal tahun 1980-an di Amerika Syarikat.

    sumber: mstar online

    Najwa Latif Selesa Dengan Imejnya


    Najwa ketika mengadakan persembahan bersama Greyson Chance di AIM.
    KUALA LUMPUR: Penyanyi Youtube, Najwa Latif memberitahu selesa dengan imejnya bersesuaian dengan usia dan statusnya sebagai pelajar sekolah.
    Najwa berkata, sebagai seorang yang bertudung dan masih memegang status pelajar sekolah dia perlu menjaga pemakaian kerana sentiasa menjadi perhatian umum.
    "Saya masih baru sebagai seorang penyanyi dan masih menyesuaikan diri dan ketika ini saya rasa imej yang saya bawa bersesuaian dengan saya.
    "Tambahan pula saya masih bersekolah dan perlu menjaga pemakaian kerana sedar menjadi perhatian umum dan paling penting saya selesa ketika menggayakan sesuatu pakaian itu," ujarnya.
    Najwa ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di sini, Selasa.
    Najwa ketika muncul di Anugerah Skrin.
    Dalam pada itu, Najwa memberitahu dia gembira apabila video Cinta Muka Buku yang dimuat naik di dalam laman Youtube telah mencecah sebanyak empat juta penonton.
    "Alhamdulilah sokongan daripada peminat dan penggemar lagu tersebut yang telah merialisasikan angka tersebut. Saya sendiri terkejut dengan angkat berkenaan," katanya.
    Bakal muncul dengan video terbaru menerusi single keduanya, Carta Hati pada 20 November ini, Najwa berkata dia berharap peminat akan menyukai hasilnya nanti.
    Sementara itu, bercakap mengenai duetnya dengan Greyson, Najwa berkata, dia cukup seronok berganding dengan penyanyi berusia 14 tahun itu.
    Ujarnya, Greyson sendiri menyarankan agar mereka berduet dalam lagu Paparazzinyanyian asal oleh Lady Gaga.
    "Pada awalnya saya sangat gemuruh tetapi dia sangat mesra membuatkan saya selesa bekerja dengannya dan walaupun masih muda dia banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada saya," katanya.

    SUMBER: MSTAR ONLINE


    Tuesday, 15 November 2011

    152,000 Anak Luar Nikah Direkodkan Pada 2008-2010

    KUALA LUMPUR: Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
    Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).
    Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan "reproductive" dan sosial.
    "Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
    Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.
    Heng berkata enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.
    "Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.
    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.
    "Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).
    Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. -BERNAMA

    Nilai hantaran VVIP RM 5 Juta ??? (10 gambar LEAKING)

    SUMBER : Oh Bulan!
    Satu ketika dahulu, nama Syella Kamaruddin agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya. Bagaimanapun, OHBULAN! menerima berita eksklusif daripada seorang sumber yang dipercayai mengenai kehidupan peribadi pelontar lagu ‘Menangis Dalam Hujan’. Difahamkan, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.
    Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.
    Kebiasaannya, perkahwinan selebriti sudah tentu dihujani dengan tajaan daripada pelbagai pihak, namun situasi tersebut tidak berlaku kepada Syella. Kagum betul kami dibuatnya, fuh!
    Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. OHBULAN! mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat penyanyi ini, semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Amin!
    Koleksi foto dibawah turut menyertakan replika rumah sebagai simbolik hantaran yang diterima oleh Syella.


    Monday, 14 November 2011

    Rakyat M'sia paling gemuk di kalangan negara Asean


    Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
    Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

    "Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

    Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

    Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

    Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.

    "Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.

    NONEMengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.

    "Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.

    - Bernama


    klik

    Kena demam kuning pula. Kesian calon SPM.

    Sumber : Berita Harian Online


    KUALA BERANG: Seramai 32 penduduk Kampung Basong dan Pasir Dula, Telemong di sini termasuk seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama tiga adiknya, ditahan di Hospital Hulu Terengganu (HHT) semalam kerana menghidap gejala demam kuning dipercayai Hepatitis A berpunca daripada virus air kencing tikus.

    Mangsa termasuk 11 kanak-kanak berusia antara 36 bulan hingga 50 tahun dari kampung berkenaan menghidap demam kuning kerana menggunakan sumber air bukit yang disalurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipercayai tercemar virus kencing tikus. 
     
    Seorang mangsa, Nur Ain Nabila Rasid, 17, dari Kampung Basong, terpaksa menduduki peperiksaan SPM hari ini di wad khas HHT selepas dia dan tiga adiknya, Muhammad Shafiq, 11, Arni Natasya, 7, dan Muhammad Irwan Aiman, 3, ditahan kerana menghidap demam kuning. 



    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, berkata semua mangsa dirujuk ke HHT sejak Khamis lalu tetapi ditahan di wad mulai semalam berikutan gejala demam kuning mereka perlu distabilkan menerusi rawatan intensif.

    Katanya, seorang daripada mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.


    “Setakat ini, kita belum dapat mengesahkan sama ada mangsa yang menghidap demam kuning atau Hepatitis A berpunca daripada virus air kencing tikus.

    “Jabatan Kesihatan negeri sudah mengambil sampel darah untuk dianalisis bagi menentukan punca demam kuning,” katanya, semalam.
    Bulan lalu, 24 orang masyarakat Orang Asli di perkampungan Sungai Berua, Kuala Telemong turut ditahan di HHT kerana menghidap demam kuning selepas menggunakan air sungai disyaki virus air kencing tikus.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong (ADUN), Rozi Mamat, berkata penduduk dua kampung itu masih menggunakan bekalan air bukit yang tidak dimasak, walaupun kerajaan negeri sudah menyediakan bekalan air bersih disediakan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd.


    “Kita sudah meminta Jabatan Kesihatan negeri dan daerah melakukan siasatan bagi menentukan keadaan air bukit digunakan mangsa.


    “Kita tidak menolak kemungkinan air bukit digunakan mangsa daripada sumber air Sungai Berua yang digunakan masyarakat Orang Asli yang juga menghidap gejala itu sebelum ini,” katanya.


    Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Anwa Sulaiman, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian itu tetapi tidak dapat membuat pengesahan kerana keputusan sampel belum diperoleh.

    SUKAN SEA 2011 (Jakarta) : Pingat emas pertama negara diraih

    sumber : Kosmo Online

    (KLIK UNTUK BERITA PENUH)



    JAKARTA - Buat pertama kali, lagu Negaraku berkumandang di bumi Jakarta apabila atlet karate, Shaharudin Jamaludin menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2011 semalam.

    Lebih manis, Shaharudin berjaya menebus kekecewaan kakaknya, Jamalliah yang gagal menyumbang pingat emas pertama Malaysia kelmarin selepas hanya mampu menyumbang gangsa.

    Pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan kali ini yang diadakan di dua venue - Jakarta dan Palembang telah disumbangkan oleh penembak wanita negara, Nur Suryani Ahmad Taibi di Lapang Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang kelmarin.

    Pada saingan akhir kategori kumite bawah 75 kilogram lelaki di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam, Shaharudin mengesahkan pingat emas menjadi miliknya apabila membenam cabaran atlet Vietnam, Nguyen Minh Phung dengan kiraan mata 5-2.
    Sebelum itu, Shaharudin tampil bergaya apabila menyingkirkan atlet Thailand, Songwut Muntaen 9-1 di peringkat suku akhir sebelum menang 5-2 ke atas atlet Filipina, Mondolu Christo pada aksi separuh akhir.
    Sejurus selepas disahkan sebagai pemenang, Shaharudin dilihat bersujud seketika di tengah gelanggang sebelum dia menjerit kegembiraan bagi meraikan kejayaannya itu.
    "Emas yang saya menangi hari ini (semalam) untuk keluarga saya. Saya cukup bangga dan gembira kerana selepas beraksi dalam tiga Sukan SEA, kali ini saya berjaya meraih pingat emas.

    "Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya, barisan jrulatih, pengurus dan rakan-rakan sepasukan yang selama ini banyak memberi sokongan kepada saya.
    "Saya mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka termasuk rakyat Malaysia yang sentiasa menantikan detik-detik sebegini," jelas Shaharudin semalam.
    Mengulas kembali perhitungan dengan Minh Phung, Shaharudin berkata, dia tampil dengan keyakinan yang tinggi selepas merakamkan kemenangan ke atas atlet Vietnam itu dalam kesemua empat pertemuan mereka sebelum ini.

    "Selain rekod pertemuan saya dengan Ming Phung, saya juga menjadikan kegagalan Jamalliah semalam (kelmarin) sebagai motivasi tambahan untuk memburu kejayaan hari ini (semalam).

    JAMALLIAH mengucapkan tahniah kepada adiknya, Shaharudin selepas memperoleh pingat emas dalam acara karate di Jakarta semalam. 
     
    "Saya turun beraksi dengan semangat yang tinggi dan mahu membalas dendam kegagalan Jamallian dan saya gembira kerana akhirnya berjaya meraih emas," tambahnya yang membuat penampilan dalam dua temasya Sukan SEA sebelum ini.

    Pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, Shaharudin sekadar mampu menyumbang pingat gangsa dan dia sekali lagi mengulangi pencapaian tersebut pada Sukan SEA di Vientianne, Laos dua tahun kemudian.

    "Jurulatih (P. Arivalagan) banyak memberi kata-kata semangat kepada saya di luar gelanggang dan ia ternyata melonjakkan motivasi saya bagi meraih emas," jelas Shaharudin.
    Terdahulu, dua atlet negara, L. Kunasilan yang beraksi dalam kategori kumite bawah 67kg lelaki dan Shakkila Sani Jefry Krisnan (kumite bawah 68kg wanita) menyumbang pingat gangsa.