Subscribe

Sunday 11 December 2011

Bilik hotel ala bilik Barbie (4 gambar)

Ini mungkin berita slowpoke. Sebagai untuk menarik perhatian tetamu untuk mengunjungi Hotel The Plaza Athenee yang terletak di Kota Paris, tahun lepas mereka telah membuka beberapa unit bilik yang mengandungi set perabot dan hiasan berteraskan kehidupan Barbie. Pihak pengurusan hotel akan memilih remaja perempuan dan kanak-kanak yang bertuah untuk tinggal di bilik yang istimewa ini kepada tetamu yang berusia 3 hingga 16 tahun. Belatarbelakang kehidupan Barbie, tetamu yang bertuah juga meneriam pek hadiah masing-masing. Sila klik tajuk post untuk melihat post keseluruhan.

Fashion: Pemakaian jacket atau blazer (25 gambar)

Pemakaian jaket atau blazer kini tidak lagi terhad untuk negara beriklim sejuk ataupun menghadiri majlis-majlis formal tertentu. Cuaca beriklim seperti di Malaysia juga sesuai mengenakan jaket asalkan tahu memilih patern kain yang sesuai untuk tujuan lokasi yang sesuai. Samada untuk keluar bersiar-siar, pergi kuliah, menghadiri majlis, separa normal mahupun ketika minum-minum bersama kawan-kawan juga sesuai mengenakan pakaian ini. Sila klik tajuk post untuk melihat cadangan-cadangan jaket dari blogpedia.

Sumbangkan satu klik saja untuk hari ini DI SINI.

Desserts berasaskan buah-buahan (20 gambar)

Biasanya buah-buahan yang digunakan adalah seperti pisang, strawberi, blueberry, apple, anggur, kiwi dan banyak lagi. Mungkin korang boleh apply desserts berasaskan buah-buahan ketika ada majlis minum teh bersama-sama teman-teman mahupun sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah sanak saudara. Atau mungkin boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan juga kan? Sudah pasti, harganya memanglah kena berpatutan sebab buah-buahan ini juga boleh tahan jugalah harganya di pasaran. Sila klik tajuk post dan melihat idea-idea dari Blogpedia2u.

Label Food Lover pun ada. Klik DI SINI.

Kuasa Photoshop (10 gambar)

Iklan simple menarik minat untuk masuk kos Creative Studies (6 gambar)

Perasan juga bila sebilangan kawan-kawan masa dekat kampus dulu berperah otak untuk menghasilkan design iklan yang menarik untuk sesebuah projek akhir tahun. Sila klik tajuk post untuk melihat iklan yang telah dihasilkan oleh pelajar kursus kreatif dari Kolej USA, Amerika Syarikat. Simple, menarik dan berkesan.

Tragedi Dan Suratan Part 1. (13 gambar)

Sebelum Blogpedia2u diwujudkan, saya juga seorang blogwalker dan mempunyai blog personal yang lain. Kadang-kadang rasa malas hendak membaca tu selalu berlaku. Sebab itulah dah takdir hidup kita ni mempunyai bidang fotografi. Melalui sekeping gambar, dikatakan ia dapat bercerita secara jelas dan kita boleh memahaminya sendiri. Pada hemat saya, gambar yang baik adalah gambar yang mempunyai caption atau sedikit maklumat bertulis yang dipamerkan bersama. Contohnya gambar-gambar di bawah, gambar dan caption yang seiring mampu menitiskan air mata. Pergolakan dunia beserta hukuman alam kepada kejahatan manusia cukup mencabar emosi melalui sebuah gambar. Sila klik tajuk post dan melihat entry sepenuhnya.

  • Robert Peraza di Memorial 9/11, yang telah kehilangan anak lelakinya Robert David Peraza yang terlibat di dalam tragedi 11/9
  • Sebuah bot peranginan mewah yang telah tersasar sejauh 1,300 kaki dari jeti asal ke atas kawasan perumahan penduduk ketika tsunami melanda sebahagian negeri di Jepun pada tahun ini.

Transformasi anjing jalanan (8 gambar)

Kesian tul bila lihat keadaan anjing ni. Anjing yang sebenarnya bertubuh kecil ini adalah seekor anjing jalanan yang telah dibawa ke Quebec Society Pusat Perlindungan Haiwan (SPA). Melihat kepada keadaannya, dipercayai anjing comel ini sudah lama terbiar dengan keadaan bulunya yang tebal dengan kekotoran dan kusut. Setelah dibersihkan, pusat jagaan berjaya membuang kotoran yang bersaiz 2 kali ganda dari tubuh sebenar anjing ini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Rekaan Kad Nama yang menarik (30 gambar)

Penat mencari rekaan nama yang menarik untuk pelanggan kedai anda? atau rekaan untuk pengenalan diri sendiri? Sila klik tajuk post untuk melihat rekaan-rekaan yang menarik.

Tinggal bersama 2 orang teman lelaki?

Keterbukaan masyarakat Barat secara SANGAT TERBUKA boleh menimbulkan pelbagai provokasi sesama mereka. Kali ini blogpedia berkongsi cerita tentang polyamorous. Ia ditakrifkan sebagai amalan yang mempunyai lebih daripada satu hubungan intim pada bila-bila masa dan dipersetujui oleh semua pihak. Inilah hal yang berlaku kepada Jaiya Ma yang tinggal serumah bersama 2 orang teman lelakinya dan seorang bayi.

Kedua-dua teman lelaki Jaiya Ma bersetuju untuk tinggal bersama. Kebetulan Jaiya Ma telah mengandungkan anak salah seorang teman lelakinya. Yang menariknya, kedua-dua teman lelakinya turut bersamanya ketika dia sedang melahirkan anak melalui proses kelahiran di dalam kolam air kelahiran. Mereka mengaku bahawa mereka gembira dengan amalan kekeluargaan seperti itu. Dan yang pelik, salah seorang teman lelakinya merancang untuk mencari hubungan atau pasangan yang baru untuk dimasukkan ke dalam keluarga pelik itu.

Apa nak jadilah diorang ni ek?