Subscribe

Sunday 11 December 2011

Tragedi Dan Suratan Part 1. (13 gambar)

Sebelum Blogpedia2u diwujudkan, saya juga seorang blogwalker dan mempunyai blog personal yang lain. Kadang-kadang rasa malas hendak membaca tu selalu berlaku. Sebab itulah dah takdir hidup kita ni mempunyai bidang fotografi. Melalui sekeping gambar, dikatakan ia dapat bercerita secara jelas dan kita boleh memahaminya sendiri. Pada hemat saya, gambar yang baik adalah gambar yang mempunyai caption atau sedikit maklumat bertulis yang dipamerkan bersama. Contohnya gambar-gambar di bawah, gambar dan caption yang seiring mampu menitiskan air mata. Pergolakan dunia beserta hukuman alam kepada kejahatan manusia cukup mencabar emosi melalui sebuah gambar. Sila klik tajuk post dan melihat entry sepenuhnya.

  • Robert Peraza di Memorial 9/11, yang telah kehilangan anak lelakinya Robert David Peraza yang terlibat di dalam tragedi 11/9
  • Sebuah bot peranginan mewah yang telah tersasar sejauh 1,300 kaki dari jeti asal ke atas kawasan perumahan penduduk ketika tsunami melanda sebahagian negeri di Jepun pada tahun ini.
  • Para penunjuk perasaan yang telah disembur dengan penyembur lada oleh polis anti rusuhan semasa Protes Occupy, Portland.

  • Gambar keadaan sebelum dan sesudah di sebuah kawasan perumahan di Joplin, Missouri selepas serangan puting beliung yang sangat kuat telah melanda beberapa kawasan di Amerika Syarikat.

  • Ahli keluarga dan sahabat handai yang telah berkumpul di dalam sebuah gereja di Oslo sebagai tanda penghormatan akhir kepada mangsa letupan Oslo dan tembakan rambang di Pulau Utoya yang telah berlaku serentak pada 24 Julai yang lepas. Kedua-dua tragedi ini mengorbankan nyawa seramai 93 mangsa.

  • Ribut pasir yang sangat menakutkan telah melanda bandar Pheonix, Arizona pada Julai lepas.
  • Pemuda-pemuda Mesir yang beragama Kristian sedang melindungi pemuda Mesir beragama Islam yang mengerjakan solat. Sebelum ini, Cairo digemparkan dengan serangan letupan bom di tempat awam dan ahli Islam Radikal telah dituduh penyebab tragedi tersebut.
  • Pemandangan aerial di sebuah kawasan yang telah musnah akibat rempuhan tsunami tahun ini di negara Jepun.
  • Seorang gadis yang sedang menjalani pemeriksaan kesan radiasi sedang melihat anjing peliharaannya dari dalam bangunan di Nihonmatsu, Jepun.
  • Seorang penduduk yang sedang bersedih setelah apartment dan hampir sebahagian kawasan Joplin telah musnah setelah serangan angin puting beliung di Missouri.
  • Para penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti California yang sedang disembur dengan semburan lada ketika sedang membuat demonstrasi bantahan di Davis, California.
  • Ketika upacara penghormatan terakhir, Hawkeye, seekor anjing kepada seorang anggota SEAL Amerika SYarikat Jon Tumilson yang telah terkorban ketika helikopter yang sedang dalam misi perjalanan untuk membantu rakan yang lain telah ditembak jatuh di Afghanistan Ogos lepas. Seramai 30 orang anggota tentera telah terkorban di dalam tragedi tersebut.
  • Ratusan kenderaan yang telah tersadai di sebuah kawasan di Chicago selepas mengalami hujan salji yang dianggap luarbiasa pada tahun ini.

0 comments:

Post a Comment