Hwacheon merupakan kawasan utama beku di Korea Utara di mana sungai yang beku boleh menjadi setebal 16 inci ketika bulan Januari. Semasa inilah, penduduk di kawasan ini akan keluar beramai-ramai untuk menangkap ikan trout. Hwacheon Sancheoneo Ice Festival merupakan acara tahunan yang disambut ketika musim sejuk dan mampu menarik 1 juta pengunjung setiap tahun. Untuk mempromosikan acara tahunan terbesar ini, pihak pennganjur akan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik tetapi acara memancing ikan di dalam Sungai Bukhangang yang membeku adalah yang paling digemari sekali. Prosesnya adalah muda, peserta hanya perlu membeli pelampung kecil dan mencari lubang di atas sungai beku dan mulakan memancing. Hampir 11, 000 lubang ais sungai beku ditemui setiap kali acara tahunan ini. Manakala 32 tan ikan trout telah dilepaskan ke dalam sungai untuk kemeriahan ini. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.
Subscribe
Showing posts with label Kerajaan Binatang. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Binatang. Show all posts
Tuesday, 10 January 2012
Monday, 9 January 2012
Rekaan cenderahati yang dapat tentangan, China (6 gambar)
Ini ialah fakta dari negara China apabila mereka telah mencipta keychain cenderahati seperti di dalam gambar-gambar di bawah. Rekaan produk ini telah mendapat tentangan sesetengah pihak kerana dianggap kejam kerana meletakkan haiwan di dalam bekas keychain yang tidak mempunyai salur udara. Tetapi pihak pengusaha cenderahati berkenaan menegaskan mereka telah meletakkan bekalan makanan yang berkhasiat di dalam bekas tersebut yang membolehkan haiwan ini hidup lebih lama. Malangnya barangan ini tidak disekat di China. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Kerajaan Binatang
Kambing biri-biri yang akan menceriakan harimu (5 gambar)
The Blogpedia pernah membuat paparan pasal KAMBING BIRI-BIRI dan fungsinya terhadap trafik DI SINI. Kali ini Blogpedia memberi paparan pula tentang cerita dari Scotland. Sekiranya berpeluang untuk memandu di Scotland, korang akan dapat melihat kambing biri-biri berwarna merah dan biru sedang bebas makan di ladang ternakan yang terletak di lebuhraya utama negara itu. Salah seorang pioneer idea tersebut, petani Andrew Jack telah mewarnakan kambing biri-birinya dengan pewarna khas sebagai idea kepada pengguna jalanraya akan tersenyum setiap kali melalui kawasan tersebut untuk ke tempat yang dituju setiap pagi. Cute kan? Jom p warnakan setiap anjing liar yang ada di kawasan rumah kita. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Kerajaan Binatang
Misteri Riot Dog yang menyertai rusuhan, Greece (10 gambar)
Ini ada berita yang menarik tentang anjing yang baru saya jumpa. Riot Dog merupakan sekumpulan anjing jalanan yang telah dikenal pasti sering mengikuti demo jalanan di Athens, Greece beberapa tahun kebelakngan ini. Kanellos, Thodoris dan Loukanikos adalah anjing-anjing yang sering dikenal pasti oleh media sendiri ketika membuat liputan semasa demo jalanan. Dipercayai Thodoris adalah anak kepada Loukanikos. Yang menariknya, tiada siapa yang tahu siapakah pemilik anjing-anjing ini. Terkini Riot Dog ini merupakan ikon kepada kebangkitan rakyat di Athens dan sudah mempunyai beribu follower di seluruh dunia. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan entry. Riot Dog ini sudah dikenal pasti semenjak bermulanya pergolakan politik Athens 2008 sehingga sekarang.
12 Disember 2008
17 Disember 2008
Labels:
Kerajaan Binatang
Jom bela SINGA (10 gambar)
Gila sweet kan dapat bela singa dalam rumah? Oh saya mahu juga! Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Kerajaan Binatang
Sunday, 8 January 2012
Fakta seekor burung kiwi betina.
Di dalam dunia perburungan, burung kiwi merupakan sejenis burung yang mengandungkan telurnya dan mempunyai keseimbangan dengan tubuh badannya sendiri. Sepanjang hidup, burung kiwi mampu bertelur sekitar 100 biji. Manakala jangka hayat seekor burung kiwi sekitar 50 hingga 60 tahun. Di bawah merupakan rangka burung kiwi yang sedang mengandungkan telurnya.
Labels:
Kerajaan Binatang
Fakta Semut Hantu yang menarik (3 gambar)
Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.
Ghost Ants atau semut hantu, secara saintifik dikenali sebagai tapinoma melanocephalum memakan manisan sebagai makanan utama mereka. Yang menariknya, perut mereka adalah bersifat transparent. Kita boleh tengok apa yang ada di dalam perut mereka.

Hadiahkan perabot untuk kucing-kucing anda (10 gambar)
Teringat pasal Paris Hilton sanggup membelanjakan USD300k untuk binaan rumah haiwan peliharaannya di SINI. Kali ini The Blogpedia berkongsikan pula cadangan perabot yang sesuai untuk kucing-kucing anda di rumah. Agak menarik juga ni, boleh juga dihasilkan sendiri dan kucing memang sukakan benda-benda macam ni. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Kerajaan Binatang
Gambar posing yang pelik bersama haiwan peliharaan ( 10 gambar)
Korang ada posing amik gambar dengan haiwan peliharaan? Tapi saya yakin tak ada lah pelik macam kat bawah ni kan. Hahaha. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Kerajaan Binatang
Saturday, 7 January 2012
Rumah anjing Paris Hilton (5 gambar)
Bila dah kaya, macam-macam boleh buat. Paris Hilton telah membelanjakan kira-kir USD 325, 000 untuk pembinaan rumah dua tingkat untuk 6 ekor anjing peliharaannya. Rumah miniatur tersebut berkeluasan 300 kaki persegi dan terletak di sebelah rumah mansion beliau di Beverly Hills. Rumah tersebut mempunyai 2 tingkat, dihiasi dengan lampu chandeliar, aliran pengudaraan dan almari pakaian untuk anjing-anjing beliau. Paris Hilton telah mengupah pengarah interior Faye Resnick untuk membina rumah anjing yang cute ni. Macam-macamlah kan. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Design,
Kerajaan Binatang
Thursday, 5 January 2012
Tikus, alat pengesan periuk api di Mozambique (8 gambar)
Pernah dengar ayat 'Tidaklah sesuatu ciptaan Allah itu adalah sia-sia'? Begitulah juga dengan haiwan kebenciaan ramai orang. Tikus telah bekerja sebagai pengesan periuk-api yang beratus-ratus lagi masih tertanam di sekitar negara Mozambique. Semenjak berakhirnya perang di negara itu pada tahun 1992, setiap bulan dicatatkan purata sebanyak 20 kes kecederaan atau kematian dilaporkan. Dilaporkan 60% sebahagian daripada penduduk negara itu berharapkan kepada tanah untuk menjana ekonomi mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko periuk api setiap hari demi sesuap nasi.
Mozambique telah menemui cara paling berkesan dan murah untuk mengatasi masalah tinggalan periuk api yang bersepahan di negara itu. Tikus-tikus yang digunakan telah dilatih sekurang-kurangnya selama 9 bulan di pusat latihan. Ini kerana tikus mempunyai deria bau yang sangat bernilai manakala jisimnya pula cukup untuk tidak meletupkan periuk api yang masih tertanam. DIlaporkan sekumpulan tikus boleh membersihkan seluas 200 meter persegi kawasan yang disyaki dalam tempo masa 2 jam sahaja.
Sebagai ganjaran setiap kali menemui periuk api yang aktif, mereka akan diberikan pisang. Dilaporkan pada tahun 2008 dan 2009 sebanyak 30 ekor tikus telah ditauliahkan dan mereka digelar sebagai Hero Rats. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Betulkah anjing boleh memakan apa saja? (13 gambar)
Mengejutkan! Saya pernah tengok doktor haiwan mengeluarkan sisa pepejal plastik dari kerbau-kerbau di India, tetapi ini kan anjing! Inilah hakikatnya, anjing juga boleh memakan apa saja. Barang kemas, plastik? Ianya lebih dari itu! Dikatakan, anjing boleh memakan apa saja yang menjadi bahan permainannya! Gambar-gambar entry ini menunjukkan sejauh mana kebenarannya. Sila klik tajuk post untuk entry penuh! Anda pasti terkejut!
Labels:
Kerajaan Binatang
Populasi pelik obor-obor menutup pusat reaktor nuklear (10 gambar)
The Blogpedia pernah melaporkan tentang fenomena rumpai laut yang pelik di SINI. Kali ini The Blogpedia berkongsi pula fenomena populasi obor-obor yang dianggap pelik. Sila klik tajuk post untuk entry penuh. Jumlah populasi obor-obor ini dikatakan menghasilkan fenomena yang pelik sehingga boleh menyebabkan beberapa pusat reaktor nuklear di Jepun, Scotland dan Israel telah ditutup. Ini berikutan apabila loji-loji ini telah mengambil air dari laut atau sungai-sungai yang berkaitan untuk menyejukkan reaktor mereka. Tetapi sejumlah ribuan obor-obor telah ditemui di dalam saluran penyejukan tersebut sehingga tersumbat.
Menurut laporan, populasi massive ini berlaku kebiasaannya pada musim panas dan musim bunga. Setengah saintis berkata, suhu air laut pada masa itu akan meningkat serta perubahan iklim pada masa itu juga boleh meningkatkan jumlah populasi haiwan ini.

Wednesday, 4 January 2012
Genetik Ayam Tanpa Bulu Pelepah, Israel (6 gambar)
Kesian pula tengok ayam-ayam ni bila tidak berada di dalam keadaan yang asal. Camana nak survive dari kesejukan ni? Ayam tanpa bulu pelepah ini merupakan hasil kajian seorang pakar genetik dari Israel, Avigdor Cahaner. Beliau telah mencipta genetik ayam tanpa bulu pelepah yang pertama di dunia melalui Institut Rehovot Agronomi berhampiran Tel AViv, PALESTIN. Menurut Avigdor, idea ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos untuk memproses daging ayam. Pengusaha tidak perlu mengupah lebih untuk mencabut bulu pelepah sebelum dipasarkan.
Tindakan Avigdor ini mendapat provokasi daripada masyarakat sekitar bahawa perubahan genetik ini tidak memberi manfaat kepada haiwan dan sebaliknya menjadikan haiwan itu lebih teruk keadaannya. Ayam jantan tidak dapat mengawan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai kepak untuk memikat ayam betina. Ayam-ayam ini juga lebih mudah terdedah dengan parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk dan variasi suhu serta faktor cuaca yang sesuai.
Walaubagaimanapun hal ini disangkal oleh Avigdor dan mempertahankan pendapatnya bahawa ayam-ayam ini bukan diubahsuai secara genetik dan memberi pendapat bahawa ia datang dari sat baka semulajadi yang mula wujud sejak suku abad yang lepas. Profesor tersebut spesis ini juga boleh membekalkan ayam daging pada kadar yang tinggi. Kajian ini kali pertama didengar sekitar 2002, tetapi setakat ini sudah tiada kedengaran. Kekurangan maklumat terkini di dalam media mengenai ayam ini menunjukkan ciptaan Avignor adalah tidak komersial. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Sunday, 1 January 2012
Potongan style radikal kepada binatang peliharaan (5 gambar)
Bila nampak gambar ni, teringin nak grooming kucing-kucing saya dekat rumah ni. Hehehhehe. Inilah yang dilakukan oleh syarikat agensi Staudinger + Franke yang telah beroperasi untuk memberikan seisi grooming kepada haiwan peliharaan. Potongan rambut ala Mohawk paling best kalau nak buat. Hahahaha. Sila klik tajuk post untuk entry sepenuhnya.
Labels:
Kerajaan Binatang
Friday, 30 December 2011
Khinzir tersunyi di dunia, Jepun.
Jurugambar AP, David Guttenfelder telah membuat kerja journalis untuk National Geographic di sebuah kawasan yang telah dicemari dengan bahan nuklear. Di dalam gambar ini, kelihatan seekor khinzir berada di tepi jalan di dalam sebuah kawasan petempatan penduduk pusat bandar Namie yang terletak 6 kilometer dari pusat reaktor nuklear yang telah tercemar. Dilaporkan seluruh penduduk Namie kini telah berpindah untuk mengelakkan dari kesan nuklear yang berbahaya setelah bencana alam gempa bumi telah melanda sebahagian Jepun, tahun 2011.
Labels:
International News,
Kerajaan Binatang
Wednesday, 21 December 2011
Tuesday, 20 December 2011
Kelahiran cute 15 ekor anak anjing Dalmation (5 gambar)
Teringat movie Barat 101 Dalmatian bila tengok puppy-puppy ni. Gila comel bila Pebbles, ibu anjing jenis Dalmatian ni bila melahirkan 15 ekor anak anjing. Bila tengok gambar kat bawah ni, tengah tepikir camana nak urus bab kebersihan anjing-anjing ni pula. Mesti sangkar anjing kena besar, belanjawan untuk bekalan makanan pun kena besar. Tetapi mengikut tuan punya anjing-anjing ni, mereka uga merancang untuk menjual anak-anak anjing tersebut disebabkan faktor kewangan keluarga tersebut. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Labels:
Kerajaan Binatang
Subscribe to:
Posts (Atom)