Subscribe

Monday 12 December 2011

Replika kambing yang ditakuti (3 gambar kambing hijau)

Kadang-kadang di sudut bumi mana sekalipun, manusia selalu tidak mengamalkan berfikiran secara kritis. Apakah manusia sudah malas untuk berfikir? Inilah yang terjadi kepada sebilangan penduduk di Shoreham-by-Sea. Sekumpulan replika kambing biri-biri telah diletakkan di sebuah bulatan jalan. Pemandu di kawasan sekitar daerah itu membuat aduan tentang kewujudan kambing biri-biri yang disangkakan hidup dan berpendapat sekiranya kambing-kambing itu tidak ditangkap, ia boleh mengakibatkan kemalangan.

Kemudian bila pihak berkuasa mewarna kambing-kambing replika tersebut dengan warna hijau, keadaan ini menyebabkan pemilik kenderaan terkejut dan terpaksa brek mendadak. Laporan demi laporan diterima oleh pihak berkuasa yang telah meminta kambing-kambing tersebut dilepaskan di tempat yang sesuai. Yang sebenarnya, kehadiran kambing palsu tersebut merupakan sebahagian daripada tajaan oleh pihak taman negara di daerah itu.

Isu kambing palsu ini telah menjadi bualan hangat di dalam forum-forum internet di kalangan mereka yang tinggal dan melalui jalan itu setiap hari. Hahahah. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


0 comments:

Post a Comment