Subscribe
Showing posts with label International News. Show all posts
Showing posts with label International News. Show all posts
Friday, 30 December 2011
Khinzir tersunyi di dunia, Jepun.
Jurugambar AP, David Guttenfelder telah membuat kerja journalis untuk National Geographic di sebuah kawasan yang telah dicemari dengan bahan nuklear. Di dalam gambar ini, kelihatan seekor khinzir berada di tepi jalan di dalam sebuah kawasan petempatan penduduk pusat bandar Namie yang terletak 6 kilometer dari pusat reaktor nuklear yang telah tercemar. Dilaporkan seluruh penduduk Namie kini telah berpindah untuk mengelakkan dari kesan nuklear yang berbahaya setelah bencana alam gempa bumi telah melanda sebahagian Jepun, tahun 2011.
Labels:
International News,
Kerajaan Binatang
Tuesday, 20 December 2011
Kim Jong II, pemimpin negara komunis yang sangat dihormati oleh rakyatnya. (10 gambar)
Pemergian Kim Jong II secara mengejut pada Sabtu yang lepas telah mencetuskan pelbagai emosi di kalangan rakyat Korea Utara mahupun masyarakat antarabangsa. Diktaktor Komunis terakhir di dunia itu telah meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika di dalam perjalanan di dalam sebuah keretapi pada Sabtu lepas. Kim Jong II meninggal pada usia 69 tahun dan kini anaknya yang berusia 28 tahun baru saja diishtiharkan sebagai pemimpin Korea Utara yang baru. SIla klik tajuk post untuk entry penuh.
Labels:
International News,
People Of
Sunday, 18 December 2011
Taufan Washi melanda selatan Filipina, 17 Disember 2011 (10 gambar)
Pada subuh 17 Disember 2011 semalam, ketika penduduk Mindanao tengah nyenyak tidur, sekali lagi kawasan selatan kepulauan Filipina telah direbut ribut taufan yang diberi nama Taufan Washi. Setakat ini, dilaporkan seramai 400 orang disahkan terbunuh dan jumlah ini dijangkakan akan meningkat selepas beribu-ribu lagi dilaporkan hilang. Taufan Washi ini telah mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh serta memaksa berpuluh ribu orang meninggalkan rumah. Angin selaju 90km/h (56mph) telah merempuh Mindanao sehingga memaksa beberapa penerbangan domestik dari dalam dan luar kawasan terpaksa dibatalkan. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Taufan Washi merupakan taufan ke 19 yang telah melanda negara ini untuk tahun ini. :)
Wednesday, 14 December 2011
Gambar kahwin manusia dengan..Effiel Tower, Diri Sendiri, Dolphin..err
Sebelum ni kita dah baca entry pasal perkahwinan dengan jin yang berlaku di Sukabumi, Indonesia. Kali ini, kita lihat gambar perkahwinan manusia dengan...er..korang tengok sendiri ok. Sila klik tajuk post dan jangan lupa say tahniah dekat diorang.
Bimbala Das kahwin dengan ular sawa di India
Labels:
International News
Upacara Perkahwinan Manusia Dengan Jin, Sukabumi
AMARAN: Entry ini sedikit panjang dan tidak menggalakkan pembaca untuk mempercayainya. Walaubagaimanpun, isu di dalam entry ini merupakan sisi manusia lain di dalam masyarakat lain. Sila klik tajuk post untuk membaca entry sepenuhnya.
Khamis, 15 Mei 2010, pasukan dari Majalah Misteri melawat seorang ahli spiritual di kaki Gunung Salak, Sukabumi. Menurut khabar yang didengar Misteri, di sana kerap dilakukan upacara perkahwinan manusia dengan jin. Perkahwinan ini dilakukan oleh orang-orang yang pokai atau terdesak keperluan ekonomi. Namun menurut khabar yang lain, manusia berkahwin dengan jin ini juga kerap dilakukan untuk memajukan perniagaan atau usaha seseorang agar lebih maju.

Tak lama berselang, Ustaz Yusuf Kabir, ahli spiritual yang didatangi Misteri ini muncul dari balik ruang tamu rumahnya. Seperti layaknya orang kampung, ustaz Yusuf menyambut ketibaan Misteri dengan hangat. Sejumlah kalimat dan kata-kata sambutan pun keluar dari mulut ustaz Yusuf. Ternyata ustaz yang kerap mengahwinkan manusia dengan jin ini masih cukup muda, usianya diperkirakan belum genap 40 tahun. Meskipun begitu daripada gaya bicara dan auranya nampak jelas bahawa ustaz muda ini mempunyai ilmu metafizika yang cukup.
Setelah cukup berbasa-basi, Misteri langsung mengutarakan maksud kedatangan mereka itu. Nampak ustaz Yusuf seperti berfikir sejenak, entah apa yang ada di kepalanya. Namun sesaat kemudian dia pun berkomentar. "Saya memang sering mengahwinkan orang dengan Jin Islam, tapi saya tidak sependapat jika ini dikatakan musyrik. Perkahwinan ini hanya sebatas usaha manusia untuk memperbaiki kehidupannya," tutur ustaz Yusuf.
Labels:
International News
Sembunyi kokain dalam perut.
SEORANG lelaki Britain ditahan selepas didapati cuba menyeludup 2kg dadah jenis kokain keluar dari Brazil dengan cara menyembunyikannya di dalam perut.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo semasa dia cuba menaikki pesawat menuju ke Senegal, di barat Afrika.
Sinar X menunjukkan bahawa perut lelaki terbabit penuh dengan 89 kapsul dadah kelas A yang dipercayai ditelan terlebih dahulu. Lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan telah ditahan saat dia cuba untuk melapor diri "check in" untuk menaikki pesawat apabila pihak polis mendapati keganjilan pada pasportnya.
Seorang ketua Polis, Jose Alonso berkata, lelaki tersebut memiliki passport Nigeria dan Britain manakala maklumat di kedua-dua passport tersebut di dapati tidak sepadan.
Sejumlah besar Kokain berjaya disingkirkan daripada perut dan ususnyanya beberapa jam kemudian di hospital selepas ditahan Khamis lalu. Polis mendakwa rampasan itu dianggarkan bernilai £286,000 (RM1.4 Juta) dan dipercayai ia akan dijual untuk pasaran Eropah.
Lelaki tersebut kini menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun atas tuduhan menyeludup dadah.
Labels:
International News
Satu lagi kes rasis di Kota London (8 gambar + 1 video)
Sebuah lagi kes rasis dari London dilaporkan selepas video hangat wanita INI telah mendapat banyak kritikan dari seluruh dunia. Sebenarnya isu rasis berlaku di mana-mana ceruk dunia, cuma kecanggihan muatnaik video ke internet telah menambahkan lagi kehangatan isu ini. Terbaharu seorang wanita berambut perang yang belum dikenal pasti identitinya telah mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkauman. Yang menarik perhatian, ketika beliau hendak cuba meluru ke arah seorang lelaki di dalam bas yang sedang bergerak, wanita tu telah jatuh terlentang terlebih dahulu. Memang tak elok ketawakan orang terjatuh, tetapi padan muka dengan wanita tu bila dah malu sendiri kebetulan dengan sikap perkauman yang dia tunjuk. So, sila tekan tajuk post untuk melihat momen-momen percakaran mulut dan sebuah video. Ahaks.
Labels:
International News
Monday, 12 December 2011
Replika kambing yang ditakuti (3 gambar kambing hijau)
Kadang-kadang di sudut bumi mana sekalipun, manusia selalu tidak mengamalkan berfikiran secara kritis. Apakah manusia sudah malas untuk berfikir? Inilah yang terjadi kepada sebilangan penduduk di Shoreham-by-Sea. Sekumpulan replika kambing biri-biri telah diletakkan di sebuah bulatan jalan. Pemandu di kawasan sekitar daerah itu membuat aduan tentang kewujudan kambing biri-biri yang disangkakan hidup dan berpendapat sekiranya kambing-kambing itu tidak ditangkap, ia boleh mengakibatkan kemalangan.
Kemudian bila pihak berkuasa mewarna kambing-kambing replika tersebut dengan warna hijau, keadaan ini menyebabkan pemilik kenderaan terkejut dan terpaksa brek mendadak. Laporan demi laporan diterima oleh pihak berkuasa yang telah meminta kambing-kambing tersebut dilepaskan di tempat yang sesuai. Yang sebenarnya, kehadiran kambing palsu tersebut merupakan sebahagian daripada tajaan oleh pihak taman negara di daerah itu.
Isu kambing palsu ini telah menjadi bualan hangat di dalam forum-forum internet di kalangan mereka yang tinggal dan melalui jalan itu setiap hari. Hahahah. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Kemudian bila pihak berkuasa mewarna kambing-kambing replika tersebut dengan warna hijau, keadaan ini menyebabkan pemilik kenderaan terkejut dan terpaksa brek mendadak. Laporan demi laporan diterima oleh pihak berkuasa yang telah meminta kambing-kambing tersebut dilepaskan di tempat yang sesuai. Yang sebenarnya, kehadiran kambing palsu tersebut merupakan sebahagian daripada tajaan oleh pihak taman negara di daerah itu.
Isu kambing palsu ini telah menjadi bualan hangat di dalam forum-forum internet di kalangan mereka yang tinggal dan melalui jalan itu setiap hari. Hahahah. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Labels:
International News,
Kerajaan Binatang,
LOL
Tertawa riang sebelum dihukum mati, China (5 gambar)
He Xiuling baru berusia 25 tahun ketika menjalani hukuman tembak di belakang kepala selepas disabitkan kesalahan mengedar dadah di China. Melihat kepada gambar-gambar di bawah, Xiuling telah meminta pakaian t-shirt berwarna hitam untuk tampil 'kurang gemuk' ketika menerima hukuman. Beliau dilihat sering ketawa dan berjenaka ketika masa-masa terakhir beliau sebelum menghadapi hukuman tersebut. Namun dia dilihat menangis ketika sedang berjalan menuju ke padang hukuman. Xiuling berasal dari kawasan desa yang telah menjadi 'keldai dadah' selepas diperdaya oleh teman lelakinya. Yang mengharukan, apabila dia mempercayai dia hanya menerima hukuman ringan penjara selama 15 tahun.
Xiuling tidak bernasib baik apabila permohonannya meminta hukumannya diringankan telah ditolak oleh kerajaan China. Selepas 9 bulan melalui proses pertuduhan, Xiuling akhirnya dihukum mati dengan ditembak dari belakang kepala. Teman lelakinya masih bebas sehingga kini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.
Xiuling tidak bernasib baik apabila permohonannya meminta hukumannya diringankan telah ditolak oleh kerajaan China. Selepas 9 bulan melalui proses pertuduhan, Xiuling akhirnya dihukum mati dengan ditembak dari belakang kepala. Teman lelakinya masih bebas sehingga kini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.
Labels:
International News
Friday, 9 December 2011
Angry Chicken bakal menyaingi Angry Bird
Apple baru sahaja mengeluarkan senarai mingguan aplikasi terlaris di UK untuk iPad dan iPhone bagi minggu yang berakhir pada 4 Disember 2011.
Senarai aplikasi terlaris untuk iPhone ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu percuma dan berbayar. Dari senarai dibawah,Game Angry Chicken sPro dan Angry Chickens LITE kedua-duanya berada di tangga teratas.
Senarai aplikasi terlaris untuk iPhone ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu percuma dan berbayar. Dari senarai dibawah,Game Angry Chicken sPro dan Angry Chickens LITE kedua-duanya berada di tangga teratas.
Angry Chickens dibangunkan oleh Digital-Minds dan menjadi saingan kepada Angry Birds keluaran Rovio.
Berikut adalah senarai lengkap aplikasi terlaris di UK:
Aplikasi iPhone Teratas (berbayar):
1.) WhatsApp Messenger - WhatsApp Inc
2.) Angry Chickens Pro - Digital-Minds
3.) Angry Birds Seasons - Rovio Mobile Ltd.
4.) Angry Birds - Clickgamer.com
5.) Amazing Breaker - Dekovir, Inc
6.) Who Wants To Be A Millionaire? 2011 - 2waytraffic UK Rights Ltd
7.) Infinity Blade II - Chair Entertainment Group, LLC.
8.) Fruit Ninja - Halfbrick Studios
9.) Camera+ - tap tap tap
10.) Sonic the Hedgehog - SEGA
Aplikasi iPhone Teratas (percuma):
1.) Christmas Countdown 2011 - The Best 25 Free Apps - MagicSolver.com Ltd
2.) Angry Chickens LITE - Digital-Minds
3.) Eye Check by Boots Opticians - 3 Sided Cube
4.) The Merry Manor - AlphaWeb Plus LLP
5.) Christmas Advent Calendar: The Best 25 Free Apps - MagicSolver.com Ltd
6.) The Sims Medieval (World) - Electronic Arts Nederland B.V.
7.) Modern War - Finzio Inc.
8.) Free Music Download - Limit Point Software
9.) Need for Speed Shift (World) - Electronic Arts Nederland B.V.
10.) My Town 2 - Booyah, Inc.
Labels:
International News
Saturday, 3 December 2011
Musim salji 2011 dah tiba (15 gambar)
Dapatan dari Reuters.com. Sekarang tiba masuk musim sejuk, berikut adalah paparan gambar jurugambar dari Reuters di selurh dunia. Sila klik tajuk post untuk melihat semua keindahan.
Labels:
International News
Friday, 2 December 2011
Rampasan 32 tan marijuana & terowong pengedaran dadah di sempadan US-Mexico (10 gambar)
Sebuah lagi kejayaan terbesar pihak tentera Mexico apabila telah menemui rangkaian terowong pengedaran dadah di beberapa buah bandar dan di sempadan Amerika dan Mexico. Terowong yang dilengkapi rel kereta, bekalan air dan eletrik dan tempat tinggal ini telah diserbui pada November 2011 yang lepas. Sejumlah 32 tan marijuana yang bernilai jutaan dollar telah dirampas di dalam operasi ini. Sila klik tajuk post untuk melihat keadaan terowong ini.
Labels:
International News
Thursday, 1 December 2011
International Exhibition: Tokyo Motor Show 2011 (15 gambar)
Negara matahari terbit Jepun, kini sedang mengadakan pameran kereta Tokyo Motor Show 2011 di Tokyo. Sejumlah kereta dari dalam dan luar negara telah dipamerkan di dalam pameran antarabangsa yang ulung ini. Negara inovatif seperti Jepun tidak kurang hebatnya mempamerkan ciptaan-ciptaan kenderaan yang terbaru. Mata berpinar sekejap melihat kereta-kereta yang dipamerkan. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar seterusnya.
Labels:
Celebration,
International News
Dapat jari yang baru (3 gambar)
Melihat pada gambar pertama, seolah tiada apa yang istimewa pun. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh entry. James Byrne, 29, telah kehilangan ibu jari tangannya semasa sedang menggergaji kayu. Pada mulanya pakar bedah cuba untuk mencantumkan semula ibu jari yang telah terputus tetapi darah tidak dapat mengalir ke bahagian yang terputus itu. Oleh yang demikian, doktor bedah telah mencadangkan supaya ibu jari tangannya itu digantikan dengan ibu jari kakinya. Kesan kehilangan ibu jari kaki hanyalah sementara waktu sahaja tetapi sekiranya kita kehilangan ibu jari tangan, kita akan kehilangan upaya untuk melakukan gerakan fizikal seperti menggenggam sesuatu benda.
tambahan: Pertandingan Fotografi bertemakan 'Tak Nak Merokok'. (KLIK)
tambahan: Pertandingan Fotografi bertemakan 'Tak Nak Merokok'. (KLIK)
Labels:
International News
Festival Musikal Disney Live, Jakarta (10 gambar)
Gandaria City Exhibition Hall, Jakarta, telah mengadakan event Disney Live! Mickey Music Festival di mana menampilkan watak-watak utama di dalam Disney seperti Mickey Minnie Mouse, Donald Duck, Aladdin, Genie, Little Mermaid, Buzz Lightyear dan askar-askar hijau dari Toy Story. Festival muzikal seumpama ini dapat mendedikasikan bukan sahaja kepada remaja atau orang yang lebih tua tetapi juga menghiburkan kanak-kanak dan seluruh seisi isi keluarga. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.
Labels:
International News
Wednesday, 30 November 2011
Pemilik kamera Canon 1000D sudah ditemui
Heboh sepanjang minggu ni pasal kamera dslr Canon 1000D yang telah dijumpai di dalam laut. Kamera itu dipercayai telah terjatuh ke dalam laut. Sudah pasti kamera itu tidak boleh lagi digunakan tetapi yang menariknya gambar-gambar di dalam memory card kamera itu tidak musnah. Terdapat lebih 50 keping gambar digital di dalamnya. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Labels:
International News
Tuesday, 29 November 2011
Fakta pasal gaun wedding Bella dalam Twilight: Breaking Dawn (7 gambar)
Dalam berita online antarabangsa dan termasuk social networking seperti Twitter tengah bising-bising pasal filem Twilight, perkahwinan Bella dan Edward Cullen, Pippa Middleton, Ryan Gosling dan lain-lain lagi. Entry kali ni saya tribute untuk perkahwinan dalam filem vampire kegemaran korang Twilight yang baru. Saya tak tengok lagi movie ni, tapi pasal orang dah bising-bising pasal momen wedding diorang, so saya up entry pasal ini. Oh yeah! Ada kawan kata, dia rasa seperti tiba-tiba nak kawin lepas tengok movie ni! Auchhhh.. tapi kalau tengok gambar di bawah, memang cun sangatlah prop yang digunakan. Kali ni saya nak kongsi sikit info pasal pakaian pengantin yang Bella dah guna dalam movie ni. Sila klik tajuk post utk entry sepenuhnya. Are you ready vampire semua??
Labels:
Fashion,
International News
Penemuan yang mengerikan, India (3 gambar)
Oh Tuhan ku! Memang terkejut gila bila tengok gambar benda yang dia makan ni. Seorang petani dari India, Kamleshwar Singh telah meninggal dunia setelah mengadu sakit perut. Selepas doktor telah melakukan ujian sonography dan x-ray, dia telah menjalani sebuah pembedahan yang besar. Penemuan oleh doktor cukup mengejut. Korang kena klik tajuk post untuk lihat apa benda yang dia dah makan dan kemudiannya pergi meninggal.
Labels:
International News
Saturday, 26 November 2011
Kereta "Back to the Future" akan dikeluarkan semula.(4 gambar)
Kereta "Back to the Future" akan dikeluarkan semula dalam versi elektrik dengan kelajuan maksimum 201 km/j. Kereta lagenda DeLorean ini telah diusahakan selama 25 tahun oleh Stephen Wynne,55 tahun yang berasal dari Liverpool. Klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
International News
Jambatan Mahakam runtuh, Kalimantan
JAKARTA, suaramerdeka.com - Jembatan Mahakam yang menghubungkan Tenggarong dan Tenggarong Seberang, Kalimantan Timur, runtuh pukul 16.20 WITA. Pada saat kejadian, jembatan sedang ramai aktivitas lalu lalang kendaraan.
"Jembatan sepanjang satu kilomter itu runtuh total. Sekarang ini tim SAR sudah di lokasi mencari korban," kata Sapto Anggoro, seorang saksi mata, Sabtu (26/11).
Banyak korban yang terjatuh ke sungai terbesar dan terpanjang se-Indonesia itu kemudian dilarikan ke rumah sakit terdekat.
"Tadi pas runtuh lalu lintas sedang ramai, jadi kemungkinan banyak korban juga," kata Sapto, salah satu saksi mata saat berbincang dengand detikcom, Sabtu (26/11/2011).
Belum diketahui penyebab runtuhnya jembatan yang menghubungkan Samarinda dan Balikpapan itu.
Labels:
International News
Subscribe to:
Posts (Atom)