Subscribe

Saturday, 26 November 2011

Kereta "Back to the Future" akan dikeluarkan semula.(4 gambar)


Kereta "Back to the Future" akan dikeluarkan semula dalam versi elektrik dengan kelajuan maksimum 201 km/j. Kereta lagenda DeLorean ini telah diusahakan selama 25 tahun oleh Stephen Wynne,55 tahun yang berasal dari Liverpool. Klik tajuk post untuk berita penuh.





DeLorean Motor Company (DMC) yang kini dimiliki oleh Wynne telah bekerjasama dengan pakar dari Epic Electric bagi menghasilkan model terbaru ini dengan menggunakan model DMC 12 dan juga mengubahsuai enjin petrol V6 bagi membolehkan ia menghasilkan kuasa bersamaan 260bhp menggunakan kuasa elektrik.
Wynne mendapat idea untuk menghasilkan kereta DeLorean berkuasa elektrik setelah menyaksikan kejayaan Tesla Roadster. Bateri 'Flux Power' pada kereta ini perlu dicaj selama 3.5 jam sahaja . Kereta ini mampu bergerak dengan kelajuan 0-97 km/j dalam masa 4.9 saat dan dijangka akan dijual pada harga £65,000.

Kereta DeLorean adalah idea ahli perniagaan kontroversi Amerika Syarikat iaitu John DeLorean yang berjaya mendapatkan pembiayaan berjumlah £100 juta daripada Northern Ireland Development Agency untuk membangunkan kereta ini.

Walaupun mempunyai reka bentuk yang luar biasa termasuk pintu "gullwing",DeLorean adalah satu kegagalan.Pengeluarannya terhenti selepas setahun apabila syarikat itu difailkan muflis pada tahun 1982.

Wynne telah menubuhkan semula DeLorean Motor Company pada tahun 1995, 16 tahun selepas meninggalkan UK pada tahun 1979. Beliau juga membeli peralatan yang ada, alat ganti dan hak-hak pengedaran untuk kereta DeLorean bersama-sama dengan nama DMC sebagai tandaniaga.




sumber 

0 comments:

Post a Comment