Subscribe

Showing posts with label Obsesi. Show all posts
Showing posts with label Obsesi. Show all posts

Wednesday, 14 December 2011

Fashion: Hidup seperti dalam zaman Victoria (8 gambar)

Semalam kita telah melihat obsesi seorang rakyat Filipina yang ingin sama sekali menyerupai seperti Superman. Sebelum ini pula, kita sudah melihat obsesi seorang wanita yang mula memakai pakaian dari zaman Victoria. Hari ini pula, Blogpedia sekali lagi akan berkongsi satu lagi obsesi seorang wanita yang juga 'hidup' seperti dari zaman Victoria. Bithynia Julia Wood telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 10, 000 pounds untuk melakukan pengubahsuaian rumahya ke dalam rumah impian yang merujuk pada zaman Victoria.

Baru berusia 42 tahun, beliau juga sering dilihat memakai pakaian dan membawa payung seperti zaman tersebut. Bithynia telah melakukan pengubahsuaian dengan hiasan seperti pada zaman abad ke 19. Sila klik tajuk post untuk melihat berita penuh.

Bithynia berpendapat beliau telah dilahirkan pada era yang salah dan menganggap sedang hidup di dalam era abad ke 19 di mana Britain sedang menghadapi pasca era perindustrian yang pesat. Secara peribadi, beliau mempunyai seorang perunding imej yang akan berbincang dengan beliau tentang fesyen era Victoria yang bakal digayakan. Dan kebanyakan barangan yang dibeli adalah diperolehi dari laman web ebay.com.

Tuesday, 13 December 2011

Obsesi hendak jadi macam Superman (10 gambar LOL)

Haha. Kali ni label OBSESI ditambah lagi dengan cerita menarik dari Filipina. Seorang obserser Superman, Herbert Chavez telah dinobatkan sebagai Pageant Trainer apabila beliau telah beberapa kali menjalani pembedahan plastik semata-mata hendak menyerupai seperti Superman!

Sejak tahun 1996, beliau telah melakukan pembesaran dagu, mengubah struktur hidung dan beberapa suntikan silikon serta implan pada peha untuk menyerupai seperti Superman. Walaubagaimana ciri wajah Filipino pada Herbert amat menyukarkan sedikit untuk menyerupai totally macam Superman. Seluruh bahagian rumah Herbert juga mempunyai benda-benda yang berkaitan dengan Superman termasuk replika hero dunia itu. Tetapi apa yang pasti, dia masih belum boleh terbang! Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Tuesday, 29 November 2011

Obsesi memakai pakaian seperti zaman Victoria (4 gambar)

Kali ni kita melihat obsesi seorang wanita berumur 49 tahun pula. Lyn Marie Cunliffe mengalami obsesi dengan berpakaian seperti Charlotte Bronte. Lyn Marie adalah seorang penggemar novel sastera romantik penulisan Charlotte Bronte. Obsesi terhadap Charlotte Bronte telah membuatkan beliau memakai pakaian seperti zaman Victoria atau pun yang lebih jelas seperti kostum di dalam Donwtown Abbey, sejak tiga tahun lepas. Klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Sunday, 27 November 2011

Obsesi Angry Bird untuk Halloween (6 gambar)

Sambutan Halloween yang tak perlu nak hias benda2 yang menakutkan. AUhhhh Angry Bird Obsession. Klik tajuk post untuk melihat semua gambar.

Saturday, 26 November 2011

Obsesi bergambar dengan selebriti dan orang terkenal (10 gambar)

Mula-mula ianya sekadar keinginan zaman remaja, di mana dirinya mahu sentiasa kelihatan lebih hebat di mata remaja lain. Semenjak umur 15 tahun, Richard Simpkin yang kini merupakan seorang jurugambar, berjaya merakamkan bergambar dengan hampir 2, 000 orang yang terkenal. Obsesi ini sudah menjangkau selama 23 tahun. Biasanya orang hanya mendapatkan autograf dari orang-orang yang terkenal itu tetapi baginy autograf hanyalah sekadar tulisan cakar ayam. Lalu dia pun memulakan obsesinya bergambar dengan orang yang akan dikenang dalam sejarah.

Kini beliau sedang merancang untuk membuat buku dan mengadakan pameran fotografi hasil dari obsesinya selama bertahun-tahun itu. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Post ini dilabelkan sebagai label Obsesi. Sila klik DI SINI untuk melihat entry obsesi yang lain.

Friday, 25 November 2011

Obsesi Pink oleh Lady Pink (11 gambar)

Ingatkan obsesi terhadap warna pink hanya dihidapi oleh kanak-kanak saja. Rupanya orang tua pun turut sama. Kitten Kay Sera seorang aktres berusia 46 tahun dari Los Angeles, mula memakai sebarang benda berwarna pink sejak 25 tahun yang lepas. Dia mendapat jolokan nama Lady Pink kerana obsesinya itu. Walaupun obsesi dengan warna ini, dia sentiasa memperbaharui fesyennya mengikut zaman. Obsesinya ini turut memberi tumpuan apabila memakai pakaian bewarna pink ketika pergi ke majlis pengebumian. Sila klik pada tajuk post untuk melihat gejala PINK ini.


Thursday, 24 November 2011

Obsesi bentuk bibir seperti watak kartun animasi (5 gambar)

Untuk kelihatan cantik seperti idola, Kristina Rei berumur 22 tahun, sanggup melakukan 100 suntikan silikon ke atas bibirnya semata-mata ingin kelihatan seperti Jessica Rabbit. Jesicca Rabbit sebenarnya hanyalah sekadar watak animasi. Obsesi Kristina ini menelan belanja sebanyak 4,000 poun. Terdahulu, dia hanya mempunyai bibir nipis dan berpendapat bentuk bibirnya adalah hodoh. Menurutnya, setiap suntikan kos adalah 40 poun dan suntikan silikon itu adalah menyakitkan sehingga susah hendak makan.

Pada usia 17 tahun, Kristina mula mendapatkan suntikan ini. Walaubagaimanapun, dia kini telah mengurangkan kekerapan suntikan sekali untuk sebulan sahaja. Dia berkata, bibir besarnya itu membantu meningkatkan keyakinan diri untuk pergi ke mana-mana. Semasa di sekolah, beliau selalu diejek oleh kawan-kawannya kerana mempunyai bibir yang nipis. Selain dari obsesi terhadap bibir seperti Jessica Rabbit, dia turut merancang untuk membesarkan payudaranya, dari cawan C ke cawan DD, mengubah bentuk hidung dan teringin mengubah telinganya seperti telinga peri-peri.

Klik tajuk post untuk melihat gambar bibir besarnya yang lain.

Monday, 21 November 2011

Obsesi tatoo, papan tanda jalan di Amerika Syarikat (6 gambar)

Macam-macam betul keinginan manusia ni. Terbaru seorang lelaki dari Oklahoma, Ron Jones, telah membuat dedikasi kepada 66 Laluan (Route 66) dengan mencacah sebagai 103 tatu ke seluruh  badannya. Cacahan tatu tersebut merupakan tanda-tanda papan tanda iklan yang terdapat di sepanjang jalan utama di Amerika Syarikat.

Beliau mula obses dengan tatoo papan tanda jalanraya ini pada usia 51 tahun. Semenjak itu, setiap kali beliau sampai di tempat yang baru, beliau akan meminta tukang cacah tatu untuk mencacah mengikut papan tanda jalan yang ditemuinya.


sumber: (link)