Subscribe

Wednesday, 14 December 2011

Fashion: Hidup seperti dalam zaman Victoria (8 gambar)

Semalam kita telah melihat obsesi seorang rakyat Filipina yang ingin sama sekali menyerupai seperti Superman. Sebelum ini pula, kita sudah melihat obsesi seorang wanita yang mula memakai pakaian dari zaman Victoria. Hari ini pula, Blogpedia sekali lagi akan berkongsi satu lagi obsesi seorang wanita yang juga 'hidup' seperti dari zaman Victoria. Bithynia Julia Wood telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 10, 000 pounds untuk melakukan pengubahsuaian rumahya ke dalam rumah impian yang merujuk pada zaman Victoria.

Baru berusia 42 tahun, beliau juga sering dilihat memakai pakaian dan membawa payung seperti zaman tersebut. Bithynia telah melakukan pengubahsuaian dengan hiasan seperti pada zaman abad ke 19. Sila klik tajuk post untuk melihat berita penuh.

Bithynia berpendapat beliau telah dilahirkan pada era yang salah dan menganggap sedang hidup di dalam era abad ke 19 di mana Britain sedang menghadapi pasca era perindustrian yang pesat. Secara peribadi, beliau mempunyai seorang perunding imej yang akan berbincang dengan beliau tentang fesyen era Victoria yang bakal digayakan. Dan kebanyakan barangan yang dibeli adalah diperolehi dari laman web ebay.com.


0 comments:

Post a Comment