Subscribe

Tuesday 3 January 2012

Eskalator di luar pertama di dunia, Colombia (6 gambar)

Kalau tak silap, China pun ada esklator skala besar macam ni. Tapi ianya berada di dalam sebuah kompleks yang besar. Colombia terkini mempunyai eskalator berskala besar dan mungkin merupakan eskalator yang terpanjang di dunia. Ianya terletak di sebuah daerah miskin, bandar kedua terbesar di Colombia. Selama beberapa generasi, 12, 000 orag penduduk yang tinggal di Medellin Comuna terpaksa membuat perjalanan yang sukar sehingga beratus-ratus meter di atas jalan daif yang dikatakan menyamai sebuah perjalanan memanjat bangunan 28 tingkat!

Sekarang peduduk sekitar telah mempunyai eskalator yang hanya mencatatkan 35 minit perjalanan sehingga ke hujung destinasi. Eskalator gergasi ini mempunyai ukuran panjang 384 meter (1, 260 kaki) dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Kos pembinaan mengambil sebanyak 4 juta pounds.

Nampak sangat menarik. Tetapi saya tertanya, kalau hujan agaknya camana? Bukankah ianya digerakkan dengan kuasa elektrik? Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


0 comments:

Post a Comment