Subscribe
Showing posts with label People Of. Show all posts
Showing posts with label People Of. Show all posts
Friday, 13 January 2012
Rumah Sangkar Untuk Manusia, Hongkong (10 gambar)
Keadaan seperti di dalam gambar di bawah sememangnya amat menyedihkan. DIanggarkan lebih 100, 000 penduduk Hongkong telah mendiami rumah sangkar sebegini kerana faktor kedaifan. Sebanyak USD 200 telah dikenakan oleh tuan rumah sangkar ini untuk setiap sangkar yang disewa. Setiap rumah boleh memuatkan sehingga 20 sangkar dan setinggi 3 tingkat pada setiap baris sangkar. Seperti rumah flat, sangkar pada tingkat bawah adalah lebih mahal sedikit sewanya berbanding di atas. Setiap sangkar hanya berukuran 6 kaki tinggi dan 2 kaki lebar. Hongkong merupakan antara metropolitan yang paling padat di dunia dengan hampir 16, 500 orang penduduk mendiami setiap kilometer persegi wilayah.
Dilaporkan, setiap penghuni terpaksa berkongsi tandas dan kebanyakan rumah pangsapuri yang mempunyai sangkar ini tidak mempunyai dapur. Ini memaksa penduduk miskin ini terpaksa memasak makanan atau membeli makanan di luar. Sebenarnya tempat tinggal rumah sangkar ini sudah semakin meningkat selama beberapa dekad. Sila klik tajuk post untuk melihat kedaifan rakyat metropolitan ini.

Labels:
People Of
Tuesday, 10 January 2012
Pesta memancing ikan di dalam sungai beku, Korea Utara (8 gambar)
Hwacheon merupakan kawasan utama beku di Korea Utara di mana sungai yang beku boleh menjadi setebal 16 inci ketika bulan Januari. Semasa inilah, penduduk di kawasan ini akan keluar beramai-ramai untuk menangkap ikan trout. Hwacheon Sancheoneo Ice Festival merupakan acara tahunan yang disambut ketika musim sejuk dan mampu menarik 1 juta pengunjung setiap tahun. Untuk mempromosikan acara tahunan terbesar ini, pihak pennganjur akan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik tetapi acara memancing ikan di dalam Sungai Bukhangang yang membeku adalah yang paling digemari sekali. Prosesnya adalah muda, peserta hanya perlu membeli pelampung kecil dan mencari lubang di atas sungai beku dan mulakan memancing. Hampir 11, 000 lubang ais sungai beku ditemui setiap kali acara tahunan ini. Manakala 32 tan ikan trout telah dilepaskan ke dalam sungai untuk kemeriahan ini. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
Kerajaan Binatang,
People Of
Hari Tanpa Seluar Setiap Januari, seluruh dunia (10 gambar)
It's okay kalau kita berpeluang melihat cara hidup orang lain di negara luar. Pandai-pandai korang nak nilai yang buruk dan sebaliknya. Macam dalam post kali ni, kalau korang dekat New York dan tak baca internet or something mesti terkejut kenapa ada pula tiba-tiba korang nampak orang hanya pakai pakaian kecik dekat badan. Improv Everywhere merupakan sebuah kumpulan yang bertanggungjawab mengadakan event annual The No Pants Subway Ride pada setiap Januari di Kota New York. Sebenarnya misi ini dimulakan oleh 7 orang lelaki yang telah banyak pengalaman mengikuti perayaan gila-tak-masuk akal di seluruh dunia. Idea di sebalik event ini adalah mudah; di mana setiap peserta dikehendaki berada di dalam subway ketika pertengahan musim sejuk tanpa memakai seluar panjang dan sekurang-kurangnya seluar kecil seperti seluar dalam. Peserta juga dikehendaki berlagak seperti biasa dan dibenarkan memakai baju kot sejuk, topi, sarung tangan mahupun skarf. Event ini memang nampak gila, tetapi mendapat sambutan hangat di seluruh dunia apabila beberapa buah negara juga turut serta. Sila klik tajuk post untuk melihat full entry.
Labels:
People Of
Tinggal sekeluarga di dalam gua (10 gambar)
Tajuk post mungkin nampak cam biasa. Manusia tinggal di dalam gua berlaku sejak zaman dahulu kala. Tetapi zaman sekarang pun masih ada yang sanggup tinggal di dalam gua. Seperti kelurga The Sleeper ini, Curtis, Deborah dan 3 orang anaknya tinggal di dalam gua tetapi di dalam keadaan serba moden dan legkap. Gua yang terletak di Missouri ini mempunyai ruang tinggal 17, 000 kaki persegi luasnya. Sila klik tajuk post untuk entry lengkap.
Labels:
People Of
Sunday, 8 January 2012
Saturday, 7 January 2012
Munculnya superhero wanita di China (5 gambar)
Macam-macam hal. Terbaharu, masyarakat internet kini mula memperkatakan tentang isu superhero wanita yang sejak akhir-akhir ini kelihatan berada di beberapa tempat di Beijing. Dia menggelarkan dirinya Chinese RedBud Woman. Muncul dengan imej berpakaian hitam dan bertopeng, wanita ini telah menarik perhatian masyarakat Beijing. Dikatakan beliau telah memberikan sumbangan kepada golongan jalanan seperti makanan, pakaian dan hadiah krismas. Kemunculan wanita misteri itu mendatangkan kontroversi kepada penduduk tempatan. Gambar-gambar imej beliau mula kelihatan di tempat-tempat awam seperti stesen keretapi bawah tanah, dinding kedai dan lain-lagi. Dia kini mempunyai 7, 000 follower di dalam talian. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
People Of,
Perkara Hebat
Friday, 6 January 2012
Perusahaan garam dan kesannya kepada pekerja, Uganda (10 gambar)
Beberapa dekad yang lepas, pengekstrakan garam merupakan punca pendapatan ekonomi yang utama di negara Uganda, namun beberapa tahun kebelakangan ini para pekerja berada di dalam keadaan yang sedikit membimbangkan.Pelombong gara di Lake Katwe, barat Uganda memperolehi USD$30 untuk seminggu. Permintaan pasaran terhadap pasaran garam begitu mendadak menjadikan para pekerja terpaksa bekerja lebih untuk memenuhi permintaan. Walaubagaimanapun, kerja-kerja pengekstrakan ini sememangnya memberikan kesan risiko terhadap tahap kesihatan pekerja. Untuk pengetahuan pembaca The Blogpedia, proses pengekstrakan garam ini dilakukan sepenuhnya oleh tenaga manusia. Pekerja lelaki dan perempuan terpaksa menggunakan tangan untuk mengeluarkan garam dari kolam garam dan mereka juga terpaksa berdiri berjam-jam di dalam air separas dada.
Menurut laporan, para pekerja tahu pekerjaan ini memberikan kesan buruk terhadap mereka tetapi mereka sendiri tidak mampu untuk membeli pakaian perlindungan. Ramai pekerja mengalami penyakit alat kelamin dan jangkitan kulit disebabkan terpaksa berendam berjam lama-lamanya di dalam air garam. Pekerja lelaki terpaksa mengikatkan plastik di sekitar alat kelamin mereka ataupun memakai kondom di dalam usaha untuk mengelakkan kesan yang melampau desiccating air garam. Sesetengah wanita pula akan meletakkan teppung di dalam kawasan faraj mereka sebagai penghalang kepada air toksik untuk masuk ke dalam badan. Secara umumnya, pekerjaan ini memberi kesan buruk kepada masalah kesihatan seksual para pekerja. Selain daripada itu, mereka juga terdedah kepada udara kotor yang busuk dan berbau seperti telur buruk yang berpunca daripada bahan hidrogen sulfida yang bercampur dengan ammonia. Mereka juga terdedah kepada bahaya bahan kimia toksik.
Di dalam masa yang sama saintis cuaca meramalkan pola cuaca di Uganda akan mengalami perubahan akibat pemanasan global. Ini akan menyebabkan hujan yang banyak dan mengakibatkan proses penyejatan tidak sesuai untuk menghasilkan garam yang banyak. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Gambar bilik tidur remaja perempuan di seluruh dunia (20 gambar)
Gambar-gambar di bawah merupakan sebahagian daripada ekspresi projek fotografi 'A Girl And Her Room' oleh Rania Matar. Rania Matar merupakan seorang jurugambar yang seringkali mempamerkan karya fotografi tentang wanita, remaja perempuan dan juga kanak-kanak. A Girl And Her Room merupakan idea berinspirasikan kehidupan anak perempuannya sendiri. Pemerhatian tumbesaran bermula dari zaman kanak-kanak sehingga remaja melalui bilik tidur membuatkan Rania Matar menghasilkan gambar-gambar bertemakan sedemikian. Setakat ini Rania Matar berjaya mengumpul 125 buah gambar bilik anak gadis yang berlainan dari seluruh dunia. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.
Labels:
People Of
Thursday, 5 January 2012
Keadaan selepas serangan bom atom ke atas Hiroshima & Nagasaki (20 gambar)
Jepun telah mengadakan ulangtahun ke 65 untuk tragedi bom atom tentera Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Rasa gerun tengok gambar-gambar selepas kedua-dua bandar utama itu telah dibom. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Pada 6 Ogos 1945 semasa Perang Dunia Kedua, pihak tentera Amerika Syarikat telah menjatuhkan bom atom ke atas bandar Hiroshima, Jepun. Dianggarkan sebanyak 140, 000 orang telah terbunuh sepanjang sebulan tersebut selepas pesawat pejuang American B-29 Enola Gay telah mengebom kawasan bandar padat tersbeut. 3 hari kemudian, 80, 000 nyawa terkorban apabila tentera Amerika Syarikat juga mengebom bandar Nagasaki juga. Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Semenjak tragedi bom atom tersebut, semua senjata nuklear telah diharamkan di seluruh dunia.

Bila ahli politik bergaduh di dalam parlimen (10 gambar)
Inilah yang akan terjadi bila ahli politik tak berapa matching pendapat sesama mereka. Ingat budak-budak je boleh gaduh. Ini belum lagi kalau 'top-top perang' yang masuk campur. Hahaha. Ok guys, no harm. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.
Labels:
People Of
Festival Seni Gothik, Jerman (10 gambar)
Ada sesapa reader sini peminat dunia gothik tak? Saya minta maaf kalau frasa yang digunakan dalam entry ni adalah tidak tepat. Kurang pasti pasal dunia gothik ni. Apapun saya nak kongsikan sebuah festival seni gothik yang dipanggi Wave Gotik Treffen Festival yang diadakan setiap tahun di Jerman. Festival seni ini merupakan sebahagian daripada intipati muzik 'gelap' dan merupakan acara terbesar di dunia dari majoriti Goth. Beratus band dan artis dari pelbagai latarbelakang akan mengambil bahagian menyertai festival ini pada setiap tahun. Selain daripada konsert nyanyian, festival ini juga mengadakan pameran seperti barangan dari zaman pertengahan, konsep gothik serta kebudayaan masyarakat itu sendiri. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Sekolah Elit Sukan di China (15 gambar)
Terdapat banyak benda yang menarik dari negara China yang telah dilaporkan di The Blogpedia kan? Teringin juga saya hendak kongsikan dari negara yang lain. Rata-rata rujukan saya juga mempamerkan banyak paparan dari negara China. Kali ini mari kita tinjau sekolah sukan elit di negara besar itu. Difahamkan sukan merupakan 'perniagaan' yang sangat diambil kira. Salah sebuah sekolah elit tersebut adalah Sekolah Shichahai yang melatih lebih dari 300 elit. Terdapat kontroversi yang mengatakan sejumlah peruntukan khas telah disediakan oleh kerajaan negara China untuk melahirkan atlit elit bertaraf sukan Olimpik.
Latihan sukan bermula pada usia yang muda. Ibubapa mula menghantar anak mereka di antara 6 hingga 18 tahun ke sekolah-sekolah sukan khas ini. Walaubagaimanapan saringan akan dibuat untuk mengambil bakal pelajar yang benar-benar diyakini boleh mencapai sasaran yang digariskan. Di seluruh negara, China telah mencatatkan seramai 600 orang pelatih yang berusia antara 6 hingga 18 tahun. Pada sebelah pagi mereka akan melalui sekolah harian biasa, manakala 4 jam di sebelah petang akan diperuntukkan untuk latihan sukan. Ibubapa juga hanya dibenarkan melawat anak-anak mereka pada setiap hujung minggu, tetapi ada juga yang sanggup berpisah jauh semata-mata ingin melihat anak mereka berjaya di dalam sukan Olimpik di samping mengaut ganjaran mewah sekiranya memenangi sebarang pertandingan. Yang menariknya, ibu bapa para atlit yang sangat berpotensi dan miskin akan diberikan sebuah rumah yang dibina di kapung halaman mereka. Ini telah menjadi tanggungjawab oleh Biro Sukan Tempatan sebagai sokongan moral kepada atlit.
Sila klik tajuk post untuk melihat bagaimana latihan mereka dilakukan.

Melawat ke penjara negara Norway (10 gambar)
Dikatakan, kebanyakan penjara di negara-negara Eropah tidak melaksanakan hukuman mati. Seperti contoh seorang penjenayah bernama Anders Behring Breivik (32 tahun) telah disabitkan kesalahan membunuh ke atas 100 nyawa di Norway hanya akan menjalani hukuman penjara maksimum selama 21 tahun dan akan dibebaskan selepas itu. Ini bermakna dia akan berusia 53 tahun ketika selesai menjalani hukuman maksimum tersebut. Di Norway, penjara maksimum adalah selama 21 tahun SAHAJA.Walaubagaimanapun, mengikut sumber terbaharu, hukuman penjara tersebut boleh dipanjangkan lagi mengikut keadaan semasa banduan terbabit. Contohnya sekiranya banduan tersebut mempunyai masalah mental dan mendatangkan risiko selepas dibebaskan, banduan tersebut akan dihantar ke sebuah institusi penjara yang lain.
Menurut kajian, rakyat Norway mempunyai jangka hayat purata 81 tahun. Ini bermakna, Anders mungkin mempunyai 30 tahun lagi untuk hidup bebas di luar. Yang buat seronoknya ialah fasilitis yang terdapat di dalam penjara. Korang tengok sendiri dengan menekan tajuk post. Seperti sebuah bilik asrama universiti!

Tuesday, 3 January 2012
Dirantai sudah hampir 23 tahun oleh ibu, China (5 gambar)
Memanglah agak menyedihkan bila tengok keadaan lelaki di bawah. Beliau kini sudah berusia 40 tahun dan telah dirantai oleh ibunya sejak berumur 17 tahun. Menurut wanita tersebut, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul kerana dia tidak mampu untuk menghantar anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak lelakinya telah dirantai di dalam sebuah ruang di rumah mereka selepas sering membuang pakaian yang dipakainya dan bertindak kelakuan luar jangka yang membahayakan dirinya sendiri. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.
Labels:
People Of
Monday, 2 January 2012
Copy Paste 100% : Japanese emperor dynasty has not been interrupted since 660 BC
Japan’s monarchy is the oldest continuous hereditary monarchy in the world. It is also the last country in the world that is still formally an empire. The imperial dynasty started with emperor Jimmu in 660 BC and continues today with the current emperor, Akihito. You can find both of these emperors locking the Japanese emperors family tree. Japanese passport shows the Imperial Seal on the front cover, the symbol used by the Japanese Imperial family from the early days of the dynasty.
Sumber
Labels:
People Of
Copy Paste 100%: In some parts of Spain, prostitutes must wear reflective vests by law
Under the penalty of 40€, prostitutes working on the highway in Els Alamus, a town in Catalonia, must wear reflective vests for their own safety.
sumber
Labels:
People Of
Sunday, 1 January 2012
Malam Tahun Baru di Ecuador (10 gambar)
Uniknya budaya menyambut Tahun Baru di Ecuador. Kat tempat lain, mungkin family akan gathering, buat makan besar dan pasang bunga api. Tetapi dekat Ecuador, mereka akan mencipta replika superhero dari binaan kertas. Menurut mereka, replika besar yang diperbuat dari kertas dan kayu yang dikenali sebagai 'viejos anos' akan dibakar sebagai tanda berakhirnya 365 hari yang lepas, pada malam tahun baru. Antara replika superhero ini ialah X-Men, Incredible Hulk, SuperSonic dan watak lain seperti Chucky. Amat menarik. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.
Labels:
People Of
Gambar terbaik 2011 (15 gambar)
- USING HIS LOAF: An opposition supporter with pieces of bread taped onto his head shouts slogans during an anti-government protest in Sanaa, Yemen, on February 3
- TOO MANY TO BE IGNORED: Hundreds of thousands of anti-government demonstrators crowd Cairo's Tahrir square on February 8
Labels:
People Of,
Photography
Saturday, 31 December 2011
Kesan buruk radiasi nuklear sejak 60 tahun yang lepas, Kazakhstan (12 gambar)
Lebih 60 tahun yang lepas, Kesatuan Soviet telah meletupkan senjata nuklear mereka yang pertama dipanggil First Lightning, di sebuah kawasan fasiliti nuklear di utara Kazakhstan (pernah dikenali sebagai Kazakh SRR. Kawasan ujian yang dikenali sebagai Semipalatinsk Polygon telah menjalani 456 buah siri letupan selama 40 tahun kewujudannya. Kesannya, penduduk yang tinggal di kawasan sekitar telah mengalami kesan buruk sehingga ke akhir hayat mereka. Kesan radiasi nuklear telah memusnahkan 3 generasi penduduk di kawasan sekitar pusat ujian tersebut. Dilaporkan lebih 1 juta penduduk telah dijangkiti kesan radiasi tersebut yang mewujudkan masalah kesihatan seperti penyakit tiroid, kanser, kecacatan pada janin, penuaan pra-matang dan penyakit kardiovaskular. Jangka hayat penduduk di kawasan tercemar ini juga adalah tujuh tahun kurag daripada purata kebangsaan negara Kazakhstan. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
Labels:
People Of
Subscribe to:
Posts (Atom)