Subscribe

Saturday 7 January 2012

Munculnya superhero wanita di China (5 gambar)

Macam-macam hal. Terbaharu, masyarakat internet kini mula memperkatakan tentang isu superhero wanita yang sejak akhir-akhir ini kelihatan berada di beberapa tempat di Beijing. Dia menggelarkan dirinya Chinese RedBud Woman. Muncul dengan imej berpakaian hitam dan bertopeng, wanita ini telah menarik perhatian masyarakat Beijing. Dikatakan beliau telah memberikan sumbangan kepada golongan jalanan seperti makanan, pakaian dan hadiah krismas. Kemunculan wanita misteri itu mendatangkan kontroversi kepada penduduk tempatan. Gambar-gambar imej beliau mula kelihatan di tempat-tempat awam seperti stesen keretapi bawah tanah, dinding kedai dan lain-lagi. Dia kini mempunyai 7, 000 follower di dalam talian. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.


0 comments:

Post a Comment