Subscribe

Monday 14 November 2011

Kieron Williamson: 106k berjaya diraih dalam masa kurang dari 11 minit (6 gambar)

Pada satu pagi, Kieron diberi pelepasan untuk tidak menghadiri seisi persekolahan kerana menghadiri majlis penjualan hasil karyanya sendiri di Picturecraft, Holt. Beliau seorang kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun disifatkan sebagai seorang yang genius oleh sesetengah pihak kerana hasil karya beliau begitu laris. Beliau telah berjaya menjual beberapa lukisan lanskap dalam masa 10 minit 50 saat dengan berjumlah sebanyak 
 £ 106,260. 00 (RM 532, 362. 20). 

Pembeli lukisan karya beliau bukan hanya dari orang perseorangan masyarakat setempat, malah urusan penjualan juga dilakukan melalui talian. Dilaporkan pada hari itu talian di Picturecraft amat sibuk dengan panggilan dari penggemar lukisan beliau seperti dari China dan Amerika Syarikat. Sila lihat gambar seterusnya: 



Kieron begitu gembira di samping hasil karya yang telah mencatat jualan £ 106,260. 00 kurang dari 11 minit.
 
  Para penggemar lukisan beliau sedang menanti di luar pusat galeri Picturecraft sebelum majlis bermula. 

Masterpiece : Taking Home 

 Masterpiece: Frost Reed, Thornage (£12,500 / RM 62, 625.00)

0 comments:

Post a Comment