Subscribe

Friday 11 November 2011

Most Natural In The World : 7 Wonders Natural (10 gambar)


  • Rakyat jelata Australia telah berbangga kerana kawasan terumbu karang Great Barrier Reef telah dianugerahkan sebagai kawasan terumbu karang yang terbesar sekali dunia. Ianya boleh dilihat dari angkasa lepas dan dipercayai menjadi struktur tunggal yang terbesar dan terhasil daripada organisma hidup. Inya terdiri daripada 3,000 terumbu tunggal, 900 buah pulau dan berkeluasan 1, 616 kilometer. Ianya sudah dinobatkan menjadi sebuah Tapak Warisan Dunia dan dianggarkan akan menjana $1 billion setahun, hasil dari sektor pelancongan.




  • Walaupun dikatakan terdapat aktiviti penebangan hutan secara berleluasa di Hutan Amazon, tetapi ianya masih mempunyai kawasan seluas 2.7 juta kilometer persegi dan terletak rentasan di antara 9 buah negara. Ia juga mewakili lebih separuh daripada kawasan hutan hujan yang ada di planet ini. Hutan Amazon disaliri oleh sungai Amazon yang mana merupakan sungai yang terbesar di dunia dan dinobatkan sebagai kawasan lembangan saliran yang paling besar di dunia.
  • Gunung Table (Table Mountain) ini merupakan ikon bagi negara-negara di kawasan Afrika Selatan. Gunung ini adalah unik kerana mempunyai puncak gunung yang rata serta mampu menahan hakisan tanah sejak 6 juta tahun yang lepas. Kawasan ini mempunya lebih daripada 1, 460 spesis tumbuh-tumbahan. Table Mountain dilabelkan sebagai pintu masuk ke Afrika dan puncaknya dicatatkan pada ketertinggian 1, 086 meter di atas paras laut.
  • Kawasan ini amat terkenal, salah satu sebabnya kerana ia menjadi tempat sumber inspirasi untuk teori evolusi Darwin. Kepulauan Galapagos merupakan gugusan kepulauan gunung berapi yang terletak 600 kilometer ke barat Ecuador, berdekatan dengan Lautan Pasifik. Kepulauan ini terkenal kerana memiliki sejumlah besar spesies endemik dan diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Sehingga ke hari ini, kawasan ini telah dikawal ketat untuk kegiatan pelancongan, walaubagaimanapun jumlah pengunjung telah meningkat dari 41ribu org (1991) sehingga mencatat lebih 180ribu orang pada sehingga kini.

  • Kawasan Grand Canyon ini dikatakan tempat yang menjadi kegemaran bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke 26, Theodore 'Teddy' Roosevelt untuk berburu. Grand Canyon merupakan hasil daripada Sungai Colorado sepanjang tempoh 6 juta yang lepas. Mempunyai kepanjangan sehingga 277 batu, lebar bermula 3.7 hingga 18 batu dan mempunyai ruang kedalaman sehingga 1 kilometer. Kawasan ini dulunya diduduki oleh orang asli Amerika yang banyak membuat petempatan di gunung dan di kawasan gaung. 
  • Gunung berapi Vesuvius terletak di bahagian timur gunung berapi Naples. Ianya merupakan gunung berapi di Eropah yang telah meletus pada 100 tahun lepas. Gunung berapi ini amat terkenal kerana pernah membawa kemusnahan kepada kota-kota Rom seperti Pompei dan Herculaneum pada abad ke 7. Sehingga kini, rakyat Eropah sentiasa berhati-hati kerana ianya merupakan salah sebuah gunung berapi yang aktif dan berbahaya di dunia.

  • Sundarbans, yang bermaksud 'hutan yang indah' di dalam Bahasa Benggali, merupakan kawasan hutan paya bakau yang terbesar di dunia. Walaubagaimanapun sehingga kini masih belum pernah mendapat pengikhtirafan yang sewajarnya. Ianya merupakan kawasan delta di muara Sungai Ganges dan tersalir keluar ke seluruh bahagian Bangladesh dan Barat Bengal di India. Kawasan hutan paya bakau ini mempunya rangkaian laluan air yang kompleks, mempunyai dataran lumpur untuk pasang surut dan terdapat pulau-pulau kecil di dalamnya.  Kawasan ini juga mempunyai pelbagai jenis haiwan fauna, termasuklah harimau Royal Bengal yang sangat terkenal.

  • Kawasan Laut Mati ini merupakan kawasan yang mempunyai titik paling rendah di permukaan planet Bumi. Ia dicatatkan mempunyai tahap kemasinan air laut 9 kali ganda dari kawasan laut yang lain. Disebabkan capaian tahap kemasinannya yang tinggi, adalah amat mustahil untuk sebarang hidupan boleh hidup di dalam airnya. Tetapi sebenarnya ianya tidak benar-benar 'mati', dicatatkan beberapa jenis bakteria yang boleh hidup di dalamnya.

  • Kepulauan Maldives layak diiktiraf sebagai kawasan yang paling menarik di dunia. Ia merupakan pulau yang indah tetapi terletak di bawah paras laut. Dikatakan kenaikan paras laut yang meningkat saban tahun, meramalkan pulau Maldives ini akan tenggelam. Kepulauan ini mempunyai 1,192 buah pulau kecil dan dihiasi dengan kawasan terumbu karang yang indah. Ianya merentasi Lautan Hindi sejauh 435 km ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 200 buah pulau yang telah didiami dan 90% daripada pendapatan utama penduduk di sini adalah berpunca dari sektor pelancongan Maldives.


  • Yushan atau Gunung Jade adalah banjaran gunung yang utama di negara Taiwan. Ia terletak pada julat 3952 meter di atas paras laut dan merupakan sebahagian daripada Taman Negara Yushan. Kawasan ini terkenal dengan pelbagai jenis spesis hidupan liar dan ekologinya yang tersendiri. 


Sumber : Guardian.co

0 comments:

Post a Comment