Subscribe

Friday 9 December 2011

Angry Chicken bakal menyaingi Angry Bird




Apple baru sahaja mengeluarkan senarai mingguan aplikasi terlaris di UK untuk iPad dan iPhone bagi minggu yang berakhir pada 4 Disember 2011. 

Senarai aplikasi terlaris untuk iPhone ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu percuma dan berbayar. Dari senarai dibawah,Game Angry Chicken sPro dan Angry Chickens LITE kedua-duanya berada di tangga teratas.

Angry Chickens dibangunkan oleh Digital-Minds dan menjadi saingan kepada Angry Birds keluaran Rovio.

Berikut adalah senarai lengkap aplikasi terlaris di UK:

Aplikasi iPhone Teratas (berbayar):
1.) WhatsApp Messenger - WhatsApp Inc
2.) Angry Chickens Pro - Digital-Minds
3.) Angry Birds Seasons - Rovio Mobile Ltd.
4.) Angry Birds - Clickgamer.com
5.) Amazing Breaker - Dekovir, Inc
6.) Who Wants To Be A Millionaire? 2011 - 2waytraffic UK Rights Ltd
7.) Infinity Blade II - Chair Entertainment Group, LLC.
8.) Fruit Ninja - Halfbrick Studios
9.) Camera+ - tap tap tap
10.) Sonic the Hedgehog - SEGA

Aplikasi iPhone Teratas (percuma):
1.) Christmas Countdown 2011 - The Best 25 Free Apps - MagicSolver.com Ltd
2.) Angry Chickens LITE - Digital-Minds
3.) Eye Check by Boots Opticians - 3 Sided Cube
4.) The Merry Manor - AlphaWeb Plus LLP
5.) Christmas Advent Calendar: The Best 25 Free Apps - MagicSolver.com Ltd
6.) The Sims Medieval (World) - Electronic Arts Nederland B.V.
7.) Modern War - Finzio Inc.
8.) Free Music Download - Limit Point Software
9.) Need for Speed Shift (World) - Electronic Arts Nederland B.V.
10.) My Town 2 - Booyah, Inc.


Famous Office : Google di London (15 gambar)

Ini adalah pejabat Google gergasi yang terletak di Victoria, London. Meliputi bangunan tiga tingkat dan mempunyai kakitangan seramai 350 orang . Sangatlah bertuah kakitangan Google dekat London ni sebab dapat office cun macam ni. Selain dari ruang pejabat bersama dekorasi dalaman pejabat yang menarik, bangunan ini juga mempunyai beberapa restoren termasuklah kedai kopi yang mempunyai 19 jenis campuran kopi, bar sushi dan lain-lain lagi. Di sini, semua perkhidmatan adalah percuma. Selain daripada restoren, cawangan Google ini juga mempunya gimnasium, bilik muzik kalis bunyi, kelengkapan meja pool, konsol video dan set ruangan menonton televisyen yang serba canggih. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Lakaran muka teman lelaki dari masa depan, gegadis Rusia (10 gambar)

Ini mungkin pelik tetapi benar-benar terjadi. Di Russia, terdapat sekumpulan wanita muda dan masih single yang mencari teman lelaki mengikut  ciri-ciri yang mereka idamkan. Mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri kenapa itu-ini dan yang penting mereka juga mempunyai lukisan sketch lelaki idaman masing-masing. Sila klik tajuk post dan lihat keinginan ciri-ciri teman lelaki mereka yang datang dari masa depan.


Alisa Marushchak, 20.
‘There are almost no available men where I live. Even in high school there were 25 girls but just 5 boys. Then I entered university where I met a nice guy from Zimbabwe. We were going to get married, and I even bought a ticket to Zimbabwe, but a war broke out in his country so I didn’t go.’ Alisa’s ideal man is pictured in the above sketch. He would be between 27-33 years old and be a man of character and solid morals. A perfect scenario would be a Russian man with some American character traits. She thinks that Russian men are spoiled and do not appreciate the beauty of Russian girls. Besides, she believes they demand too much from a woman. They think a wife should look good, take care of the children, go to work and do housekeeping, but what do women get in return? Nothing.

Hiasan dalaman sebuah rumah idaman para SKATER (8 gambar + 1 video)

Kali ini Blogpedia berkongsi hiasan rumah dalaman idaman para skater. Agak unik dan mungkin pada masa lapang, gian nak main skateboard, rollerblade, beskal ke, bolehlah try buat design rumah macam ni. Agak-agak korang remaja tak bleh keluar rumah, hah! minta parent korang design macam ni. Tak ada la kena simbah asid kan? ok gurau :-|. Sila klik tajuk post untuk melihat entry keseluruhan.

gambar sakit sendi (klik)

Dia kata ' Yo Peace to ya all' (8 gambar)

Macam wajah Detective Scully dalam drama bersiri The X-File yang pernah ditayangkan dulu-dulu kan? Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Kampung atas air versi Afrika (25 gambar)

Kali ini say kongsikan lagi sebuah kampung atas air yang dihuni oleh orang Afrika. Gambar-gambar di bawah merupakan sebuah kampung yang dibina di atas sebuah tasik di Tasik Nokoue yang terletak di Republik Benin. Kampung Ganvie yang membawa maksud 'Kita Terselamat' mengingatkan peristiwa lama asal kampung tersebut kepada sebuah penubuhan kampung yang baru. Orang Tofinu Afrika percaya kampung ini sudah wujud selama 400 tahun dan penduduknya terdiri daripada Kaum Fon yang melarikan dari peperangan atas sebab tidak dapat berjuang kerana tidak pandai berenang. Huh ??

Sila klik tajuk post untuk melihat keadaan kampung yang unik ini.

X'Mas Special: Hiasan bertemakan warna putih (14 gambar)

Sekiranya anda gemarkan kelainan atau sukakan warna putih, sempena hari Natal ini, Blogpedia mencadangkan anda untuk mencuba hiasan dekorasi krismas berunsurkan musim sejuk atau salji dengan menggunakan hiasan perak dan putih. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh gambar-gambar yang bukan hanya hiasa pada hiasan meja atau pinggan mampu perak, tetapi anda juga boleh menghias bilik tidur anda bertemakan salju.

Blogpedia menyediakan entry khas sempena perayaan krismas ini. Sila klik label INI.

Haiwan albino yang comel-comel (8 gambar)

Biasa pernah nampak ular saja yang jadi albino. Semalam jumpa binatang-binatang ni pula. Comel pula dalam patern putih kan. Nak singa albino! Klik tajuk post untuk lihat gambar binatang yang lain.