Dekat twitter, dekat facebook, Blogpedia banyak melihat update-update tentang permainan Angry Bird. Bermacam-macam produk berteraskan Angry Bird, dari selipar sehinggalah ke pelapik kusyen kereta telah dipasarkan di seluruh dunia. Sehingga kini permainan ini telah mencatat sebanyak 500 juta download dari internet di seluruh dunia. Permainan ini dimajukan oleh Syarikat Rovia Mobile beribu pejabat di Finland. Pada mulanya permainan ini dikeluarkan oleh iOS Apple’s pada tahun 2009. Ianya boleh dibeli dari aplikasi Apple Store. Android juga telah memiliki permainan ini.
Sehingga kini, kumpulan Rovia sentiasa mengemaskini versi permainan ini secara berasingan mengikut sempena musim perayaan dan promosi. Permainan ini dicipta dengan menggabungkan elemen mampu milik berikutan harganya yang rendah, graphik yang menarik dan mampu membuat para pemain menjadi geram. Permainan ini dicipta untuk komputer peribadi, ipad, konsol permainan dan juga barangan yang menampilkan watak-watak setiapnya.
dapatan: Wiki AngryBirds
(KLIK UNTUK ENTRY SEPENUHNYA)
dapatan: Wiki AngryBirds
(KLIK UNTUK ENTRY SEPENUHNYA)