Subscribe

Wednesday 9 November 2011

Most Beautiful In TheWorld - 10 Buah Bangunan

Sekarang Blogpedia menghidangkan 10 buah bangunan yang dikatakan antara yang tercantik di dunia. Masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Let survey.




1. Mezquita de Cordoba, Kordoba, (Sepanyol).
Masjid Cordoba yang terletak di Cordoba, Sepanyol merupakan sebuah ereja yang besar yang sebelum ini adalah merupakan sebuah masjid. Pembinaan gereja ini telah mengambil masa selama 2 abad untuk disiapkan. Faktor yang menarik di sebalik binaan ini adalah tiangnya yang melengkung serta berwarna warni, seperti berbelang dan penggunaan bahan mozaik yang pelbagai bentuk serta terdapat barisan hiasan yang menarik diperbuat daripada batu marmar dan bahan onyx.

2. Hoover Dam, Black Canyon (Colorado River, Amerika Syarikat).
Binaan empangan ini dikatakan merupakan salah satu keajaiban seni moden yang paling cantik di dunia. Empangan ini terletak di antara negeri Arizona dan Nevada. Binaan empangan ini terkenal dengan reka bentuk seni  dan menekankan  kesederhanaan. Bukan sahaja rekaan dalaman yang cantik tetapi juga bahagian luar adalah sangat menarik kerana diperbuat daripada marmar bercorak terazo yang diimport dari negara India.



3. Shwedagon Pagoda (Yangoon, Myanmar).

Di negara Myanmar suatu ketika dahulu mempunyai tradisi menderma emas kepada pihak pagoda. Ini berlaku sekitar kurun ke 15. Oleh yang itu, pagoda ini telah dibina sebagai tempat ritual penduduk beragama Buddha. Binaan ini dihiasi dengan ribuan batu berlian dan delima dan dikatakan binaan di bahagian luar pagoda ini mempunyai hasil-hasil karya seni yang tidak mampu ditandingi setakat ini. Rekabentuk dalaman siling adalah sangat bagus dan terdapat juga perhiasan-perhiasan relik Buddha purba.


4. Majolica House (Vienna, Austria).
Rumah Majolica ini terletak di Vienna, Austria. Ia telah diberikan gelaran antara bangunan yang tercantik di dunia kerana keadaannya yang pelik, menarik dan benar-benar menakjubkan. Binaan ini direka oleh  Otto Wagner dan Rumah Majolica adalah salah satu daripada karya-karya  gerakan Seni Nouveau.



 5. Opera de Arame, Curitiba, Brazil
Bangunan teater yang terletak di negara Brazil tidaklah seperti binaan teater terkenal yang lain. Binaan ini dikelilingi tiang keluli yang bersifat transparen. Pusat seni teater ini seringkali menjadi tumpuan para karyawan teater ulung dari serata dunia. Dikatakan kawasan ini lebih menarik pada waktu malam kerana disirami limpahan cahaya lampu yang berwarna-warni.


6.  St Mary Axe (London, United Kingdom).
Bangunan pencakar langit moden ini terletak di City of London, England yang berbentuk seperti peluru berpandu ataupun sebiji timun. Terdapat sesetengah yang mencemuh senibina ini. Dikatakan senibina ini mempunyai saiz 3 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara Falls. Bangunan ini juga dikenali sebagai Gherkin dan tidak sesuai untuk pengunjung yang mempunyai masalah gayat pada ketinggian.



7.Jantar Mantar, Jaipur (Rajasthan, India)

Binaan ini merupakan sebuah planeterium yang dibina pada abad ke 17.  Bangunan ini merupakan sebuah pusat kajian rawalan astronomi dan meteorologi pada masa itu. Terdapat satu kawasan yang menakjubkan yang dipanggil sebagai Samrat Yantra merupakan sebuah alat jam matahari purba.


 8.Golden Pavilion, Kyoto, Pulau Honshu, Jepun
Apa yang menarik tentang binaan ini adalah kesan reflextion airnya. Kita boleh melihat kesan dramatik daun berwarna emas di sekitar dari kolam air yang mengelilingi pavilion. Kesan dari reflection air ini, kolam ini dipanggil sebagai Pond of Mirror. Suasana ini telah menjadikan persekitaran yang nyaman dan tenang.




9.Perpustakaan Wiblingen Abbey (Ulm, Jerman)

Binaan ini merupakan sebuah perpustakaan. Perpustakaan ini dilabelkan sebagai antara bangunan yang paling cantik di dunia kerana sifat  kemegahan dan kemewahan bangunan gaya seni Rococo di dalamnya. Perpustakaan ini dikritik sebagai tempat yang sunyi tetapi ‘meriah’.





10.Lapangan Terbang John F. Kennedy, Queens (New York, Amerika Syarikat).

Binaan lapangan terbang yang bersifat futuristik ini telah dibina oleh jurutera Eero Saarinen. Binaan yang sangat terperinci ini mengingatkan kita kepada kartun The Jetsons. Lapangan terbang ini merupakan salah sebuah lapangan terbang yang terkenal di Amerika Syarikat dan pernah menjadi lokasi penggambaran adegan filem arahan Steven Spielberg yang bertajuk ‘Catch Me If You Can’.



0 comments:

Post a Comment