Dekat twitter, dekat facebook, Blogpedia banyak melihat update-update tentang permainan Angry Bird. Bermacam-macam produk berteraskan Angry Bird, dari selipar sehinggalah ke pelapik kusyen kereta telah dipasarkan di seluruh dunia. Sehingga kini permainan ini telah mencatat sebanyak 500 juta download dari internet di seluruh dunia. Permainan ini dimajukan oleh Syarikat Rovia Mobile beribu pejabat di Finland. Pada mulanya permainan ini dikeluarkan oleh iOS Apple’s pada tahun 2009. Ianya boleh dibeli dari aplikasi Apple Store. Android juga telah memiliki permainan ini.
Sehingga kini, kumpulan Rovia sentiasa mengemaskini versi permainan ini secara berasingan mengikut sempena musim perayaan dan promosi. Permainan ini dicipta dengan menggabungkan elemen mampu milik berikutan harganya yang rendah, graphik yang menarik dan mampu membuat para pemain menjadi geram. Permainan ini dicipta untuk komputer peribadi, ipad, konsol permainan dan juga barangan yang menampilkan watak-watak setiapnya.
dapatan: Wiki AngryBirds
(KLIK UNTUK ENTRY SEPENUHNYA)
dapatan: Wiki AngryBirds
(KLIK UNTUK ENTRY SEPENUHNYA)
Pada tahun 2010, Rovio mula memasukkan permainan ini ke dalam Facebook. Ini merupakan projek yang terbesar kerjasama antara Facebook dan Rovio. Kerjasama ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia menuntut komitmen yang tinggi selama hampir setahun. Angry Bird mempunyai beberapa episod permainan dan setiap episod mengandungi 15 tahap permainan.
Antara kejayaan AngryBird setakat ini:
- Februari 2010, Angry Birds dicalonkan untuk anguerah "Permainan Kasual Terbaik" di majlis Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa ke-6 di Barcelona, Sepanyol.
- September 2010, International Gaming Network telah menyebutkan Angry Birds sebagai permainan iPhone keempat terunggul sepanjang zaman.
- April 2011, Angry Birds meraih anugerah "Best Game App" dan "App of the Year" di Appy Awards di United Kingdom.
- Pada edisi ke-15 Webby Award, Angry Birds diberi anugerah "Permainan Terbaik untuk Peranti Pegang".
Jadi, karektor mana satu yang menyerupai korang? Jangan kerut sangat kening tu masa main game ni eh!
0 comments:
Post a Comment