Subscribe

Showing posts with label Travel Tour. Show all posts
Showing posts with label Travel Tour. Show all posts

Friday, 25 May 2012

Pulau Bora-Bora, Tahiti (10 gambar)


Pulau Bora-Bora, Satu Lagi Pulau Anda Pasti Jatuh Cinta Dengan.
Pulau ini terletak di Tahiti dan merupakan destinasi yang sangat terkenal untuk pasangan.
Kalau nak tahu kenapa ramai orang nak ke sini? Gambar di bawah ini akan menerangkan segalanya.


Thursday, 5 January 2012

Copy Paste : Fountain bridge in Seoul


Tuesday, 3 January 2012

Kota Dinasour di sempadan China dan Mongolia (6 gambar)

Mungkinkah ia adalah skulptur atau binaan ukiran yang terhebat? Kawasan ini ialah sebuah kawasan yang terletak di sempadan China -Mongolia dan mempunyai kira-kira 20, 000 orang penduduk daerah Erlian. Kawasan ini dibina sebagai tapak reputasi untuk penemuan rangka fosil antara yang terbesar di dunia. Ia juga kelihatan seperti taman binatang di atas padang pasir yang mempunyai pelbagai rangka model dinasour. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Friday, 16 December 2011

Melancong ke angkasa menjelang 2016, Rusia. (6 gambar)

Kalau korang pernah bercita-cita hendak menjadi angkasawan tapi tak dapat, korang ada peluang kedua lagi untuk bermimpi tinggi di awanan. Ehem..Beberapa hari yang lepas, Rusia telah mengumumkan rancangan untuk membina hotel di angkasa sejauh 217 kilometer dari paras bumi. Hotel angkasa ini akan menempatkan 7 tetamu di dalam empat kabin di dalam satu masa dan kabin ini juga mempunyai tingkap yang besar untuk melihat pemandangan Bumi. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Thursday, 15 December 2011

Memanjat dinding Yosemite tanpa bantuan gajet canggih

Blogpedia pernah menyiarkan tentang projek seni underwater yang sangat indah di SINI. Kemudian Blogpedia juga penah mempamerkan gambar-gambar indah di bawah gulungan ombak yang besar di SINI. Kali ini Blogpedia berkongsi pula aktiviti ekstrem wall climbing yang sangat nak buat orang lain gerun bertahun-tahun nak tengok. Saya tak rasa sukan ekstrem yang bahaya ini boleh dilakukan dengan mudah. Ia memerlukan daya mental dan FIZIKAL yang double up tinggi ketika berada di lokasi. Tapi tak apa, walaupun kita tak dapat nak join panjat memanjat dinding natural di Taman Negara Yosemite, hanya gambar yang menjadi penawar!

Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Tuesday, 13 December 2011

Hotel Marina Bay Sands, Singapura (12 gambar)

Biasanya kita melihat pemandangan hotel yang unik ini pada waktu malam. Sekarang Blogpedia berkongsi beberapa gambar pemandangan dalaman dan luaran hotel serta rekabentuknya pada waktu siang dan sekeping saja pada waktu malam. Sangat unik dan menarik. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Dapatkan IPhone 4S yang baru dilancarkan DI SINI.

Monday, 12 December 2011

Urutan badan cara Thai (8 gambar)

Wuhai! Siap buat aksi akrobatik lagi. Dekat Malaysia banyak juga pusat-pusat urut yang mengamalkan cara Thai untuk perkhidmatan mengurut mereka. Harga yang ditawarkan pun agak berpatutan, tetapi terpulang kepada kemampuan tukang urut untuk memberi hasil urutan yang berbaloi. Ahaks! Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.



Taman Negara Erawan, Thailand. (4 gambar)

Taman Negara Erawan ini terletak di Kanchanaburi, barat negara Thailand. Taman negara ini meliputi 550 kilometer persegi gunung ganang dan lembah. Erawan mempunyai air terjun yang bertingkat-tingkat dan merupakan antara air terjun yang tercantik di Asia Tenggara. Erawan bermaksud gajah putih berkepala tiga mengikut mitos Hindu. Uniknya, pada musim panas kawasan ini akan berkeadaan sejuk di antara bulan November sehingga Febuari. Selain tarikan air terjun, di sini juga terdapat 4 buah gua iaitu Gua Mi, Gua Rua, Gua Wang Bahdan dan Gua Phartat. Kawasan taman negara ini juga mempunai pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang ditemui di kawasan lain. SIla klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

KLIK DI SINI.


Friday, 2 December 2011

Meluncur pasir di Huacachina, Oasis Amerika (7 gambar)

Tempat yang mengkagumkan ini dibina di tengah-tengah sebuah padang pasir yang terletak di daerah Ica. Kawasan ini digelar Huacachina atau sebagai kawasan oasis Amerika. Ramai pelancong datang setiap hari sama ada untuk berehat mahupun melakukan luncuran pasir (sand surfing). Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar keindahan oasis Amerika ini.

Derma Klik untuk iklan ini. (KLIK)

Thursday, 1 December 2011

Keindahan Pulau Flores, Indonesia (20 gambar)

Melihat pada gambar pertama sememangnya hati sudah terpaut dengan Flores yang terletak di Indonesia. Flores dikatakan merupakan sebuah pulau yang mempunyai pelbagai hal kepercayaan mistik, budaya yang yang unik serta asal usul penduduk kepulauan itu sendiri. Tanah kepulauan itu juga dipercayai mengalami peningkatan tanah setiap tahun. Mungkin kesan dari gerakan plat-plat bumi yang sememangnya Indonesia berada di dalam Lingkaran Api Pasifik. Pegangan agama yang utama di sini ialah Kristian Katolik dan juga kepercayaan Pagan.


Pulau yang mempunyai kepanjangan 350 kilometer dan 40 kilometer lebar ini sememangnya amat menarik untuk dilawati. Saya pernah mengeluarkan entry pasal aktiviti menangkap ikan paus tahunan di sini. Ok! klik pda tajuk post dan melihat semua gambar Pulau Flores ini!
  • One of the highlights in Ende is the multihued Kelimutu Lakes. Two of the adjacent lakes display turquoise water during this season, as the other one is dark brown.

Monday, 28 November 2011

Tasik Huron, Amerika Utara (5 gambar)

Di bahagian timur Amerika Utara, berdekatan dengan sempadan di antara Kanada dan Amerika Syarikat terdapat sekelompok lima buah tasik yang besar yang digelar Great Lakes iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior ataupun ringkasnya H.O.M.E.S. Great Lakes membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia dan adakalanya ia dianggap sebagai laut pedalaman.


Tasik Huron memiliki isipadu air ketiga terbesar dan luas permukaan kedua terbesar (seluas 59,596 km²) di kalangan kumpulan Great Lakes. Nama tasik ini diberikan oleh seorang penjelajah Perancis bernama Louis Jolliet bersempena dengan puak asli Huron yang menetap di sekitar persisiran tasik ini. Huron memiliki panjang 332 km, lebar 245 km dan kedalaman maksimum mencecah 230 m. 


Namba Parks yang unik, Jepun (4 gambar)

Namba Parks terletak di Osaka, Jepun. Bangunan 30 tingkat ini merangkui pusat membeli belah yang dikelilingi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan serta hiasan luarannya yang mementingkan aspek keindahan semulajadi. Terdapat air terjun, sungai dan kolam air yang dibina oleh manusia. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar yang lain.

Sunday, 27 November 2011

Batu bongkah semulajadi di Tawau

TAWAU: Bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia 27,000 tahun di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung boleh menjadi produk pelancongan yang unik untuk memajukan kawasan tersebut, menurut penduduk Kampung Cocos di situ.

Shamsuri Samat, 29, berkata beliau yakin sekiranya kawasan itu dimajukan dengan baik ia mampu menjadikan Balung sebagai salah satu destinasi pelancongan bercirikan ekopelancongan di bahagian pantai timur Sabah.


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (Korporat dan Ekonomi Mineral) Dr Mustapah Mohd Lip (kiri) bersama kakitangannya meninjau bongkah batuan volkanik jenis ‘basalt’ yang tersusun rapi di tebing Sungai Balung, Tawau, -Foto BERNAMA


“Kawasan ini kami panggil “batu bersusun” kerana selain semua bongkah batu di sini berbentuk segi enam atau segi lima dan seragam, bongkah batu itu juga hampir kesemuanya sama saiz, seolah-olah disusun oleh manusia meskipun sebenarnya ia terbentuk secara semulajadi,” kata Shamsuri.

Menurutnya, kawasan bongkah batu volkanik berkenaan sudah lama mereka ketahui namun disebabkan kurangnya perhatian, keunikan kejadian semulajadi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Korporat dan Ekonomi Mineral) Dr. Mustapha Mohd Lip berkata, bongkah batu berkenaan terbentuk hasil penyejukan magma dari perut bumi ketika muncul di permukaan bumi.


“Batu volkanik ini tidak melebihi 27,000 tahun berdasarkan usia Gunung Maria (batuan volkanik “dacite”), yang setinggi 3,550 kaki (1,082.04m) dan berumur 27,000 tahun,” kata Dr Mustapha.
Batuan basalt itu terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu antara gunung tertinggi di Tawau yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini.
“Lebih penting, batuan volkanik ini cuma terdapat di sini sahaja. Tempat-tempat lain di Sabah malah di Malaysia tidak ada bongkah batuan unik seperti ini,” kata Dr Mustapha.
Seorang lagi penduduk di situ, Takun Austin, 58, berkata bongkah batu volkanik berkenaan boleh dijadikan salah satu produk dalam pakej pelancongan berkonsepkan Inap Desa (Homestay) yang sedang dirancang penduduk Kampung Cocos.

Saturday, 26 November 2011

Tasik Bercahaya Biru Di Australia (6 gambar)

Cantikkan tasik ni. Korang boleh try pada sotong juga. Masa bersihkan sotong, ada satu bahagian dekat 'tabung ink' itu seperti jelly. Jelly tu mempunyai sifat seperti luminisescence ni la. Tasik ini dinamakan Tasik Gipssland yang terletak di Australia. Keunikan seperti lampu kebiru-biruan ini adalah berpunca dari mikroorganisma yang dapat menghasilkan 'lampu' glow in the dark ini. Keunikan ini merupakan salah satu punca pelancong untuk datang melancong ke sini. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Post ini dilabelkan di bawah label Travel Tour . Sila klik DI SINI untuk melihat tempat-tempat menarik yang lain. Derma satu klik untuk iklan ini.

Thursday, 24 November 2011

Hotel yang awesome (10 gambar)

Wednesday, 23 November 2011

Dikejar gelombang ombak setinggi 30 kaki, Britain (5 gambar)

Seorang pemuda Richarf Sills secara tidak sedar terdapat sebuah ombak massive sedang meluruh ke arah semasa beliau sedang mendayung untuk menanti ombak seterusnya. Kejadian ini berlaku di Pantai Fistral, Newquay. Ombak pada gambar pertama dikatakan ombak gelombang yang terbesar dan paling berbahaya pernah dicatatkan. Ia digelar sebagai The Widow Maker dan dianggarkan ketinggian sehingga 30 kaki.

Fenomena The Widow Maker hanya berlaku beberapa semasa musim sejuk di antara bulan April dan September setiap tahun. Seorang jurugambar amatur telah berjaya merakam dan mengambil gambar saat-saat Richard Sills, seorang peluncur profesional, dikejar oleh gelombang ombak yang sungguh besar itu. The Widow Maker dianggap sebagai gelombang terbesar di United Kingdom, terkenal dengan keganasan ombaknya dan hanya peluncur air bertaraf profesional saja yang mampu menawannya.
sumber
KLIK TAJUK POST UNTUK ENTRY LENGKAP.


Monday, 21 November 2011

Ubud Hanging Garden Hotels, Bali (6 gambar)

Binaan kolam setinggi 2 tingkat yang indah menghadap ke hutan tebal ini terletak di Ubud Hanging Garden Hotels, Ubud (Bali). Cantik sungguh senibina hotel ini dan kawasan persekitarannya. Bali seperti yang kita ketahui masih popular dengan keindahan alam semulajadi yang tersendiri. (KLIK)


Saturday, 19 November 2011

Tiang-tiang bumi di China (8 gambar)

Bila tengok tiang-tiang semula jadi ni, teringat kat satu scene dekat movie Avatar. Dalam Avatar ianya dipanggil sebagai monoliths terapung. Kawasan yang indah ini terletak di Taman Negara Hutan Zhangjiajie, China. UNESCO telah mengikhtiraf kawasan hutan yang indah ini sebagai Tapak Warisan Dunia. Taman ini mempunyai cuaca sub-tropika, mampu menarik ribuan pelancong sepanjang tahun. Ada juga direktor filem yang datang ke sini untuk membuat shot-shot filem mereka. Menurut sumber, tiang-tiang natural ini wujud dari hakisan yang berlaku semasa musim salji mencair sejak bertahun-tahun lamanya. Direkodkan tiang yang telah diukur boleh mencapai sehingga 3, 544 kaki ketinggian. Indah sungguh ciptaan Allah ni.

Friday, 18 November 2011

Wilayah Huanlun, kawasan naga kuning (6 keping gambar)

Huanlun di China ialah sebuah lembah gunung-ganang dan telah dianggap antara salah tempat paling indah di planet kita. Alam semulajadi di Huanlun seolah-olah merekacipta kawasan indah ini dengan begitu tersusun. Ianya seperti sebuah karya seni yang hebat. Kalau diamati, Hualun ini adalah seolah-olah seperti sisik naga emas. Terdapat berpuluh-puluh rangkaian tasik. Kawasan ini juga digelar sebagai kawasan 'naga kuning'. Air kelihatan mengalir ke bawah lereng gunung dan kemudian melalui kolam-kolam berbentuk corak arka, mengalir dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Menurut kajian, pelbagai jenis galian di dalam air telah ditemui.

Huanlun merupakan kawasan khazanah terpenting di daerah itu. Pada masanya kawasan ini menjadi lebih unik ketika pada musim sejuk. Di dalam kawasan ini juga mempunyai beberapa spesis binatang eksotik seperti panda dan harimau bintang. Hualun telah diisytiharkan sebagai sebuah kawasan rizab alam semulajadi dan telah dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan. Pelbagai langkah keselamatan diambil untuk memastikan kawasan Huanlun ini tidak mengalami kerosakan. (klik)




Melancong ke Antartika (7 gambar)

Malaysia masih dalam mode cuti-cuti sekolah. Yang ambil SPM atau STPM tu kenalah attend sekolah dulu. Jawab exam dengan cemerlang, dapat kerja yang bagus kemudian bolehlah bawa diri ke tempat ni. Marilah kita melihat gambar-gambar dari negara Finland. Ini ialah kawasan Hotel Kakslauttanen yang terletak di Bulatan Antartika. Berdekatan dengan Taman Negara Urho Kekkonen. Pada musim sejuk, kampung ini menawarkan pakej penginapan yang unik, di mana pelancong boleh merasa sendiri pengalaman tinggal di dalam rumah igloo yang telah diubahsuai. Rasa macam best, kalau ada rezeki pasti sampai ke sana. (klik)