Subscribe

Friday 18 November 2011

Wilayah Huanlun, kawasan naga kuning (6 keping gambar)

Huanlun di China ialah sebuah lembah gunung-ganang dan telah dianggap antara salah tempat paling indah di planet kita. Alam semulajadi di Huanlun seolah-olah merekacipta kawasan indah ini dengan begitu tersusun. Ianya seperti sebuah karya seni yang hebat. Kalau diamati, Hualun ini adalah seolah-olah seperti sisik naga emas. Terdapat berpuluh-puluh rangkaian tasik. Kawasan ini juga digelar sebagai kawasan 'naga kuning'. Air kelihatan mengalir ke bawah lereng gunung dan kemudian melalui kolam-kolam berbentuk corak arka, mengalir dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Menurut kajian, pelbagai jenis galian di dalam air telah ditemui.

Huanlun merupakan kawasan khazanah terpenting di daerah itu. Pada masanya kawasan ini menjadi lebih unik ketika pada musim sejuk. Di dalam kawasan ini juga mempunyai beberapa spesis binatang eksotik seperti panda dan harimau bintang. Hualun telah diisytiharkan sebagai sebuah kawasan rizab alam semulajadi dan telah dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan. Pelbagai langkah keselamatan diambil untuk memastikan kawasan Huanlun ini tidak mengalami kerosakan. (klik)




0 comments:

Post a Comment