Subscribe

Friday, 18 November 2011

Virgin Eggs, Chinese Traditional Eggs. (4 gambar)

Telur Virgin atau Virgin Eggs, makannan bizarre berasal dari negara China. Pembekal virgin eggs ini memberitahu bahawa virgin eggs ini dapat membantu mencegah mengantuk pada musim bunga dan demam panas pada musim panas. Walaubagaimanapun, cara penghasilan virgin eggs ini tidak mudah.

Ia perlu direbus di dalam air kencing kanak-kanak lelaki yang kurang dari usia 10 tahun. Serius. (klik)

Pada mula resipi ini mendapat pandangan yang tidak selesa dari masyarakat sekitar, tetapi lama kelamaan ia boleh diterima dan mendapat tempat di pasaran utama negara China. Setiapnya dijual pada harga 1.5 yuan atau lebih kurang RM 0.75. Setiap kali musim panas tiba, pelajar kanak-kanak lelaki di bandar Dongyang akan diarahkan untuk membuang air kecil ke dalam tong plastik yang disediakan di luar bilik darjah mereka. Kemudian tong-tong plastik ini akan dikutip oleh peniaga Virgin Eggs ini. Walaubagaimanapun, pelajar kanak-kanak lelaki ini tidak perlu membuang air kecil sekiranya mereka sedang sakit.

Bagi masyarakat tempatan, mereka percaya virgin eggs ini adalah tonik yang dapat membantu mengurangkan rasa demam ketika musim panas. Manakala sebuah pusat rawatan tradisional di Dongyang berpendapat, air kencing sebenarnya mengandungi sejenis kristal yang boleh 'mengurangkan haba dalaman di dalam badan manusia dan dapat menghentikan pendarahan.

Semasa menemui artikel ini, saya juga kurang percaya. Tapi Google.com ada segalanya, dan ini bukan fake things.


sumber : (link)

0 comments:

Post a Comment