Subscribe

Tuesday 20 December 2011

Arca seni pelik dari cantuman bahagian badan haiwan (8 gambar)

Kata orang, kalau hendak melakukan sesebuah kerja seni biarlah bertempat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Seorang artis skulpter, Enrique Gomes De Molina telah dihukum penjara selama 5 tahun dan didenda sebanyak $ 250, 000 selepas disabitkan di atas kesalahan mengimport sebahagian dari spesis terancam seperti bahagian-bahagian badan haiwan, haiwan eksotik; ular kobra, pangolins, burung enggang, tengkorak babirusa dan orang utan dari seluruh dunia termasuklah Bali, Indonesia, Thailand, Filipina dan China. Dia juga dikenakan denda di atas kesalahan memiliki kulit burung raja udang Jawa, raja udang Collred, burung hud-hud, beberapa jenis helang dan lain-lain lagi. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Sebenarnya beliau tidak mempunyai sebarang permit untuk mengimport bahagian-bahagian badan hawian ini walaupun dia sendiri mengetahui tentang kepentingan permit ini. Walaubagaimanapun, De Molina telah menghasilkan arca skulpter dengan menggabungkan bahagian-bahagian badan haiwan tertentu. Pada sesetengah pendapat, De Molina adalah seorang artis yang pelik dan sedikit menakutkan. Biarpun beliau dijatuhkan hukuman penjara, hasil kerja De Molina telah dipamerkan di dalam Scope Art Fair. Beliau juga menawarkan beberapa hasil karya untuk dijual melalui galeri dan pasaran internet.

0 comments:

Post a Comment