Subscribe

Tuesday, 29 November 2011

Pertarungan dengan binatang. (5 gambar)

Kengkadang tertanya juga apa tujuan individu tersebut sanggup pertaruhkan nyawa dalam bidang yang dia ceburi? Untuk nama? Walaupun mati itu pasti, tapi bertaruh nyawa itu satu kerugian. Haizzz...entry ngeri kedua selepas kejadian 13 pound yang mengerikan sebelum ini. Seorang matador Sepanyol baru saja kehilangan sebelah mata kirinya setelah 'bertarung' dengan eekor lembu jantan.
'Saya tidak mahu peminat berasa kesian untuk saya. Saya akan berjuang lagi dengan memakai pakaian matador ini untuk 'bertarung' dengan lembu jantan kerana ini adalah impian saya untuk bertemu dengan peminat', kata beliau. 

klik tajuk untuk melihat seluruh entry penuh

 Oh! Agak menghairankan di situ. Beliau telah menjalani pembedahan selama 5 jam untuk membaikan kerosakan teruk pada mata, tulang, otot dan kulit. Semasa persembahan matador beliau di Fiestas Zaragoza Del Pilar, seekor lembu jantan telah menusuk rahang dan telah mengakibatkan soket mata kirinya rosak sama sekali. Lihat saja gambar persembahan beliau di bawah. Mata terkeluar wei! 

Juan Jose Padilla akan menghadapi beberapa proses pemulihan dalam beberapa jangka masa tertentu sebelum kembali ke gelanggang perlawanan semula. Ini bukanlah kali pertama matador-matador mengalami kecelakaan ketika bertarung. Apapun, pekerjaan ini memang mengerikan! *pitam*



sumber

0 comments:

Post a Comment