Pada tahun 2006, akhirnya dunia mengetahui hal sebenar dari mana bongkah-bongkah batu yang bersudut dan berat yang seragam itu berasal. Menurut kajian, piramid dibina dari adunan tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras. Yang lebih menarik, hal penemuan saintifik ini sebenarnya sudah disebut di dalam AL-Quran 1400 tahun sebelum itu. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu.
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)Tidak dapat dinafikan pada zaman Mesir kuno, firaun dan rakyatnya mempunyai pelbagai jenis kepakaran. Seperti yang kita dapat lihat di dalam entry ini. Dilaporkan Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi kerana tidak mungkin bagi seseorang itu dapat mengangkat batu seberat ribuan kilogram. Mereka menggunakan batu semulajadi pada bahagian dasar piramid. Lumpur dicampurkan dengan kapur dan kemudian dipanaskan dengan wap air garam. Kemudian olahan tanah lit yang terhasil akan dituangkan di dalam acuan yang sudah disediakan.
Yang masih menjadi misteri, wahyu mengenai tanah liat ini diturunkan kepada Rasulullah sedangkan Rasulullah sendiri dicatatkan belum pernah ke Mesir melihat sendiri tamadun Mesir ini. Jelas Al-Quran merupakan kunci pengetahuan kepada semua yang terjadi di seluruh semesta. Allah Maha Mengetahui.
0 comments:
Post a Comment