Subscribe

Tuesday 29 November 2011

Obsesi memakai pakaian seperti zaman Victoria (4 gambar)

Kali ni kita melihat obsesi seorang wanita berumur 49 tahun pula. Lyn Marie Cunliffe mengalami obsesi dengan berpakaian seperti Charlotte Bronte. Lyn Marie adalah seorang penggemar novel sastera romantik penulisan Charlotte Bronte. Obsesi terhadap Charlotte Bronte telah membuatkan beliau memakai pakaian seperti zaman Victoria atau pun yang lebih jelas seperti kostum di dalam Donwtown Abbey, sejak tiga tahun lepas. Klik tajuk post untuk melihat entry penuh.


Yang menariknya, Lyn Marie sendiri yang telah menghasilkan atau menjahit pakaian tersebut. Sehingga kini, beliau telah menghabiskan kira-kira 4 ribu poun dengan menghasilkan 50 helai kostum tersebut. Bukan sahaja pakaian, malah tatarias rambut pun turut diambil kira. Beliau juga tidak ralat untuk ke mana-mana dengan berpakaian seperti ini. Obsesi ini disokong oleh suami dan seluruh keluarga beliau. Bukan itu saja, malah Lyn Marie juga diberi peluang untuk mengadakan pameran kostum beliau pada 17 Disember ini di Ferndean Manor di Haworth.



sumber

0 comments:

Post a Comment