Ini boleh dipanggil fenomena? Hehehe..mula-mula saya agak tertanya, apa pula line merah dekat baju pelari? Adakah ianya baju trend semasa. Korang kena tekan tajuk post dan baca keseluruhan fakta tentang fenomena ini.
Sekiranya anda adalah seorang pelari atau mungkin juga pelari marathon, anda mungkin maklum tentang isu pendarahan puting bagi orang lelaki. Ok jangan gelak kalau belum tahu. Biasanya isu ini terjadi kepada pelari lelaki. Kenapa bukan perempuan? Sebab perempuan pakai bra. hhahahha. OK serius, rupa-rupanya kapas dan peluh tidak dapat bekerjasama dengan baik untuk acara jarak jauh. Pengamatan mendapati selepas seorang pelari beberapa kilomoter, pelari akan mula berpeluh dengan banyak dan kapas atau baju yang menyerap peluh tidak lagi dapat menampung peluh yang ada. Jadi kain baju ini akan mula bertindak seperti 'kertas pasir' terhadap puting anda. Pegawai perubatan menasihatkan agar memakai pakaian yang lebih ringan dari kapas seperti t-shirt Coolmax.
Ada juga pendapat anda juga boleh menyapukan Vaselin atau pelincir pada bahagian tersebut. Atau, bra? Sila lihat kengerian kesan dari fenomena ini.
0 comments:
Post a Comment