Subscribe

Wednesday, 30 November 2011

Keajaiban 'Pohon Kehidupan' di Bahrain (4 gambar)

Pohon ini digelar sebagai Tree Of Life yang terletak di tengah-tengah padang pasir di Bahrain. Tree of Life dianggap sebagai satu fenomena yang luar di dunia. Sila klik tajuk post untuk membaca isi sepenuhnya.



Pohon ini terletak 2 kilometer jauhnya dari Jebel Dukhan, terletak di atas bukit tinggi yang berpasir setinggi 25 meter dan hanya dikelilingi oleh saujana padang pasir. Apa yang menjadi persoalan sejak dulu lagi, bagaimana pohon Tree Of Life ini boleh hidup tunggal di situ. Ahli-ahli biologi dan ahli sains telah sama-sama mengkaji dan mengeluarkan beberapa teori. Pokok yang dijangka sudah berusia 400 tahun ini merupakan sejenis pokok Mesquite, di mana ia mempunyai struktur akar yang meluas menjalar di dalam tanah. Ia dikatakan mencapai sumber air di dalam tanah, namun sehingga kini mata air tersebut masih belum ditemui.

Apabila ditanya kepada penduduk tempatan sekitar, mereka mempercayai pohon Tree Of Life yang berusia 400 tahun ini adalah lokasi sebenar Taman Eden (Garden Of Eden). Manakala puak Badwi percaya pohon tersebut adalah pohon yang diberkati oleh Enki, iaitu mistikal Dewa Air. Orang Arab pula menggelarkannya sebagai Sharajat-Al-Hayat kerana sifatnya yang terus hidup selama 400 tahun.

Walaupun pohon ini merupakan salah satu tarikan pelancongan yang paling terkenl di Bahrain, pengunjung dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa gear dan memastikan kenderaan mereka tidak termasuk ke dalam pasir jerlus kerana lokasi pohon ini yang terletak di tengah-tengah padang pasir.




0 comments:

Post a Comment