Subscribe

Wednesday 30 November 2011

X'Mas Special: Hiasan bertemakan warna merah (10 gambar)

Nowadays, warna merah bukan saja menjadi pilihan bagi orang Cina untuk menghias rumah mereka. Gaya urban atau sederhana selalu memilih warna merah untuk warna dominasi di dalam sesebuah ruang yang ingin dihiaskan. Warna merah juga merupakan salah satu warna yang sering dikaitkan dengan perayaan Krismas, pertama sekali sebab ia sinonim dengan warna pakaian Santa Claus. Kedua, ia merupakan warna yang terang dan meriah dan boleh menambahkan kenyamanan di mana-mana ruang pun.

Bukan saja pokok krismas, malah merah juga boleh dipadankan pada dinding, meja, mangkuk merah, mini stokin untuk mengisi gula-gula marshmellow, baubles dan lain-lain lagi. Selain ruang makan, anda juga boleh menggunakan kain penutup tempat tidur atau kusyen dengan warna merah. Sila klik tajuk post untuk melihat cadangan hiasan bertemakan warna merah semasa perayaan krismas yang akan menjelang tiba.

Post ini diletakkan di bawah label 'Untuk Hari Natal'. Sila klik DI SINI untuk melihat post yang lain.


0 comments:

Post a Comment