Subscribe

Wednesday, 30 November 2011

Produk terbaru dari Dumex. Baby tahun 80an mesti familiar dgn Dumex ni!


2-3 hari ni mata asyik tekelip-kelip pandang papan iklan Nuffnang dekat header dan tepi bar blog ni. Kebetulan pula dalam 2-3 bulan ada kawan dan saudara saya yang baru dapat baby baru dalam keluarga diorang. Kadang-kadang bila ada masa senggang, saling tanya khabar dengan ibu dan baby baru tu. Macam-macam jugalah info yang dapat kongsi. Walaupun belum punyai anak, saya rasa tak salah nak bertanya pada orang yang dah punya pengalaman menguruskan anak ni. Dulu saya tak berpeluang nak jaga adik pun, sebab kakak saya yang jaga adik-adik kecil. Masa tu saya umur 6 tahun, dah pandai mengeja pun haha. Tapi hal adik-adik yang usia 2 tahun, 1 tahun dan yang baru berapa bulan tu, kakak-kakak dan mak saya yang uruskan. So sekarang ni, dapat kongsi pula tips dengan kawan dan saudara, rasanya tak ralat kalau jadi baby sitter ke pemilik bayi pula kan??

Seingat saya la, Dumex ni dah lama berada dalam pasaran. Dulu masa kecik pun saya penah diberi minum susu jenis Dumex ni. Tu bermakna Dumex ni memang sentiasa mendapat tempat di dalam pasaran susu tin untuk bayi di Malaysia. Sekarang ni pula ada kandungan ekstrak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dari Dumex Dugro. Macam biasalah, setiap produk Dumex pasti mempunyai usia tertentu yang kena sesuaikan dengan bayi dan kanak-kanak. Yang saya pernah dengar, ada juga bayi yang awal berhenti menyusu badan dari ibunya. So oleh kerana masih belum boleh menerima makanan pepejal sepenuhnya, bolehlah diganti dan selang selikan dengan susu tin seperti Dumex Dugro ni.

Korang boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dumex Dugro ini di laman web official mereka di SINI. Kalau nak info lebih cepat, tekan LIKES pada laman fanpage Dumex Dugro ini di SINI. Jangan tunggu nak jadi mak-mak baru nak belajar pasal susu bayi ni.

*pernah makan mentah serbuk susu Dumex adik-adik punya. campur milo. EPIC WIN.

0 comments:

Post a Comment