Subscribe

Wednesday, 30 November 2011

Cara pengkebumian yang unik dari Toraja, Indonesia (6 gambar)

Suku kaum Toraja yang berasal dari Sulawesi Selatan (Indonesia) mempunyai cara pengkebumian jenazah yang unik. Suku kaum ini berpegang teguh pada adat tradisi dan yang paling ketara bila tiba musim perayaan dan adat pengebumian jenazah. Mereka akan mengorbankan berpuluh-puluh kerbau dan babi semasa perayaan tersebut untuk dinikmati oleh masyarakat sekitar. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh entry.



Setiap ahli suku Toraja hendaklah memastikan mereka mempunyai wang yang mencukupi sebelum meninggal dunia. Jika berlaku, jasad si mati akan di simpan di bawah rumah mereka selama bertahun-tahun sehinggalah semua ahli keluarga akan dapat berkumpul untuk menyaksikan pengebumian si mati. Oleh yang demikian, semua saudara mara akan mengumpulkan wang untuk pengebumian sebenar yang biasanya akan dihadiri oleh ratusan tetamu. Si mati akan diletakkan ke dalam kubur yang mana kubur tersebut merupakan lubang pada tebing-tebing  bukit batu. Ada juga yang diletakkan di dalam keranda kayu kemudian digantungkan di tepi tebing bukit.

Yang menariknya setiap kawasan si mati akan diletakkan pula mini balkoni dan replika patung kayu yang dibuat menyerupai saiz si mati. Ini sebagai simbol seperti semangat roh si mati dapat memerhatikan generasi keluarganya di masa akan datang. Malangnya, replika patung kayu ini kerapkali dicuri dan dijual kepada pelancong. Di masa yang sama, sekiranya ahli Toraja yang meninggal ketika masih bayi, jasadnya akan disimpan di dalam bahagian pokok yang telah dilubangkan. Pohon-pohon ini dinamakan sebagai Pohonan Bayi.

0 comments:

Post a Comment