Subscribe

Wednesday, 30 November 2011

Suasana Pusat Pemulihan Dadah di China (8 gambar)

Reuters.com adalah medium terbaik sekiranya korang hendak melihat gambar-gambar sesebuah masyarakat. Sememangnya bidang photojournalism banyak memberi jasa kepada manusia. Masa tengok gambar Pusat Pemulihan Dadah di Yunan ini, saya terdetik tertanya senario photojournalism di Malaysia ini sendiri. Memang payah nak jumpa gambar-gambar macam ni. Ada pun setakat gambar event atau berita semasa untuk surat khabar. Tapi untuk subjek seperti human interest, rasanya payah nak jumpa. Harap-harap di masa depan nanti ada pihak yang boleh buat macam organisasi seperti Reuters ni.

Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan suasana di dalam pusat pemulihan dadah di China ni. Ada pembaca komplen asik cerita oversea je pun. Bila nak dalam negara pula?? habis, dah kurang sumber maklumat. Hahaha.. Di pusat pemulihan dadah ini, pelatih akan diberikan jadual harian tertentu sebagai proses pemulihan. Contohnya seisi latihan fizikal pada gambar akhir yang bertujuan dapat membantu mengurangkan kemarahan kesan dari ketagihan. Ada juga sesi outdoor seperti pada gambar pertama ni, dorg tengah main helang menangkap ayam dekat padang. Maybe ada yang cakap macam budak-budak la pula, tapi sebenarnya ini semua melatih pelatih pusat pemulihan ini keluar dari zon ketagihan mereka. Tidak secara total, tapi langkah-langkah telah diambil. 

Saya kira di mana-mana pusat pemulihan pun ada melatih para penghuni pusat dengan beberapa kemahiran teknikal seperti membuat kraftangan, menjahit pakaian, menghasilkan perabot dan lain-lain lagi. Hasil dari kemahiran tersebut dijual kepada orang awam dan pelatih boleh mendapat upah atau mungkin elaun dari hasil jualan. 


0 comments:

Post a Comment