Subscribe

Wednesday 30 November 2011

Mengembalikan duit yang dicuri selepas 60 tahun (3 gambar)

Mungkin disebabkan rasa bersalah, seorang lelaki berusia telah 'menghantar' semula wang yang pernah dicurinya dari sebuah kedai kira-kira 60 tahun yang lepas. Sepucuk sampul surat berisi not $ 100 dan nota ringkas telah dihantar ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Sila klik tajuk post untuk membaca entry sepenuhnya.


Di dalam nota ringkas itu, lelaki pesara itu telah mengatakan bahawa dia telah mencuri wang daripada daftar tunai dalam jumlah $20 hingga ke $30 dan hendak mengembalikan wang itu semula. Dia telah membayar sebanyak $100. Walaubagaimanapun lelaki itu tidak memberitahu punca beliau mencuri wang itu. Menurut pengurus kedai itu, lelaki tua itu berjaya dikesan melalui rakaman litar cctv tetapi tidak mengenali siapakah lelaki itu. Pihak pengurusan juga tidak bercadang untuk menyebarkan rakaman itu kepada umumdan merancang untuk memberikan wang itu kepada orang yang lebih memerlukan.

0 comments:

Post a Comment