Subscribe

Wednesday 30 November 2011

Binaan sekolah dari bahan semulajadi, Pakistan

Nama sekolah ini ialah Sekolah Tipu Sultan Merkez Gili yang terletak di Jar of Maulwi, Pakistan. Sekolah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi ini merupakan cedokan ilmu kejuruteraan 'Ziegert Roswag Seiler Achictekten Ingeniure', sebuah institusi kejuruteraan yang baru menerima Anugerah Holcim pada tahun ini.

Pada fasa pertama, bangunan dua tingkat dibina dengan bongkah dinding yang dihasilkan dari tanah liat, pasir, jerami padi, air dan tanah biasa. Selain daripada itu, keistimewaan bangunan ini ialah mempunyai ruangan dalaman yang dilindungi oleg faktor kelembapan dari tanah atau pun limpahan air hujan. Pada bahagian atas binaan ini merupakan kerangka-kerangka buluh yang dipenuhi dengan campuran yang dipanggil campuran Gili.

Hasil gabungan struktur bahan-bahan semulajadi ini mampu menyerap kelembapan, manakala dinding yang dilapik dengan struktur tanah mampu mengurangkan suhu ruang dalaman sebanyak 8 darjah celsius semasa musim panas yang biasanya mencatat sehingga 40 darjah celsius. Idea binaan dari Jerman ini mampu memberi panduan teknikal kepada penduduk kampung untuk teknologi pembinaan yang sesuai dengan faktor sekeliling. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan proses membina sekolah dari bahan-bahan semulajadi ini.


0 comments:

Post a Comment