Terletak di Post Alley di bawah Market Place Park, Wall Gum telah diwujudkan pada seawal tahun 1990an. Ia bermula apabila rakyat jemu menunggu untuk mendapatkan tiket teater sehinggakan mereka mula buat perangai MELEKATKAN GULA GETAH di dinding bangunan berkenaan. Pada mulanya mereka melekatkan gula getah yang telah dikunyah dengan sekeping syiling sekali. Tetapi dalam masa yang sama, syiling-syiling tersebut telah dicuri dan tradisi melekatkan gula getah masih diteruskan.
Atendan kebersihan bangunan teater ini pernah membersihkan benda meloyakan ini, tetapi akhirnya menemui jalan buntu sebab masih ada yang bersikap demikian. AKhirnya pada tahun 1999, kawasan ini telah diperakui sebagai salah satu tarikan pelancongan di Seattle. Dinding di lorong ini dipenuhi dengan pelbagai jenis warna gula getah dn dalam masa yang sama juga terdapat pelbagai bentuk yang telah direka oleh mereka. Ada juga yang melabelkan kawasan ini sebagai kawasan ekspresi seni gula getah. Hah!
0 comments:
Post a Comment