Subscribe

Wednesday 30 November 2011

Kali pertama terkena cahaya matahari, operasi menyelamat (4 gambar + 1 video)

Kali ini berita pasal haiwan anjing pula. Gambar-gambar di bawah merupakan saat-saat sejumlah anjing jenis baka Beagles dilepaskan dari sangkar mereka buat kali pertamanya. Perkara ini telah mengambil perhatian masyarakat yang sayangkan haiwan peliharaan. Anjing-anjing ini sebenarnya adalah digunakan untuk tujuan ujian makmal di Sepanyol.  Sila tekan tajuk post untuk melihat seluruh isi berita.



Sebanyak 72 ekor anjing telah diselamatkan oleh ahli-ahli Animal Rescue Media Education (ARME)semasa operasi ini. Dan yang lebih menyayat hati, hampir semua anjing ini tidak pernah berada di luar sangkar mereka. Anjing-anjing ini seperti agak takut dan teragak-agak apabila berada di luar sangkar mereka. Mata terpisat-pisat seperti tidak selesa terkena sinaran cahaya matahari. Menurut jurucakap ARME, anjing-anjing ini ditempatkan pada setiap sangkar yang menyimpan 10 ekor anjing.

Operasi menyelamat ini telah diadakan semenjak bulan Jun yang lepas setelah sebuah video mengenai isu ini telah dimuatnaik ke laman Youtube. Sebahagian besar anjing-anjing ini telah diserahkan kepada individu yang berbesar hati memeliharanya. Untuk maklumat, anjing jenis beagles sering digunakan di dalam ujian makmal produk termasuk kosmetik serta produk-produk lain.




0 comments:

Post a Comment