Subscribe

Wednesday 30 November 2011

Pemilik kamera Canon 1000D sudah ditemui

Heboh sepanjang minggu ni pasal kamera dslr Canon 1000D yang telah dijumpai di dalam laut. Kamera itu dipercayai telah terjatuh ke dalam laut. Sudah pasti kamera itu tidak boleh lagi digunakan tetapi yang menariknya gambar-gambar di dalam memory card kamera itu tidak musnah. Terdapat lebih 50 keping gambar digital di dalamnya. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Seorang jurugambar hidupan liar, Markus Thompson merupakan orang yang telah menemui kamera tersebut ketika sedang menyelam di perairan Vancouver, British Columbia. Kamera tersebut dipercayai sudah setahun berada dasar perairan tersebut. Beliau kemudian telah memindahkan gambar-gambar yang merupakan percutian keluarga dan memuat naikkan ke laman Google+, kemudian meletakkan mesej meminta sesiapa yang berkenan untuk mengambil semula kamera dan gambar-gambar tersebut. 

Dan pemilik tersebut telah dikenal pasti merupakan seorang anggota bomba dari British Columbia. Anggota bomba tersebut telah datang bercuti ke perairan tersebut bersama-sama ahli keluarganya. Nampaknya laman jaringan sosial juga telah berfungsi untuk kerja-kerja detektif. Haha.


0 comments:

Post a Comment