Subscribe

Sunday, 18 December 2011

Street Photography: Vivian Maier hanya seorang bibik

Gambar-gambar jalanan di bawah merupakan karya Vivian Maier semasa di zaman mudanya. Dia bekerja sebagai pengasuh dan pembersih rumah ketika melakukan hobi merakam gambar jalanan di Chicago. Maier menghabiskan hidupnya mengembara di jalan-jalan di Chicago dengan kamera Rolleflex yang digantungkan di leher dengan subjek-subjek yang menggambarkan bahagian bandar yang berbeza serta cara hidup di Amerika secara umumnya. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.


Maier telah meninggal dunia pada tahun 2009. Bakat fotografinya hanya diiktiraf selepas sejumlah gambar hasil ketikan kameranya telah ditemui oleh John Maloof, seorang ejen hartanah yang telah menemui negatif filem di sebuah rumah lelongan di Chicago. Howard Greenberg ejen perniagaan fotografi berkata, Maeir mungkin tidak pernah menunjukkan kepada sesiapa gambar-gambar ini. Terkini, Howard Greenberg telah mengadakan pameran  fotografi untuk menghargai hasil karya Maeir kepada orang luar.

Maier telah meninggal dunia pada usia 83 tahun . Beliau mempunyai negatif lebih dari 100, 000 keping dan dijangkakan adalah koleksi yang terbesar pernah ditemui.

0 comments:

Post a Comment