Subscribe

Sunday, 18 December 2011

Ladang anggur yang pelik di Sepanyol. (6 gambar)

Melihat pada gambar pertama secara kasar, saya ingatkan kawasan ini ialah kawasan kubur.Susun atur yang selari dan keadaan tanah yang buat kawasan ladang ini nampak pelik. Pulau Lanzarote adalah sebuah pulau yang terletak kira-kira 125km dari pantai Afrika dan 1, 000km dari Semenanjung Iberia. Pulau ini telah dibentuk oleh letusan gunung berapi kira-kira 15 juta tahun yang lepas. Seluruh pulau terdiri daripada batu gunung berapi dan pasir. Cuaca di sini adalah panas dan kering sepanjang tahun dan hanya purata kurang dari 16 hari hujan pada setiap tahun. SIla klik tajuk post untuk entry penuh.



Bagaimanakah ianya ditanam? Setiap anggur adalah ditanam secara tunggal di pangkal lubang kira-kira tiga kaki dalam dan lebar 4-5 meter serta dikelilingi dinding batu separuh bulat yang dipanggil Zocos. Dinding batu ini dibuat bertujuan melindungi tumbuhan daripada angin kencang dan mengekalkn kelembapan luar biasa pada tanah gunung berapi  serta menarik kelembapan dari awan.

0 comments:

Post a Comment