Subscribe

Sunday 18 December 2011

Melawat ke kilang pembuatan Barbie (20 gambar)

Hari ini Sekolah Blogpedia akan berkongsikan maklumat serba sedikit sejarah Barbie dan gambar-gambar editorial kepada pembaca, terutama sekali yang meminati Barbie. Ternyata penghasilan patung-patung kegemaran di seluruh dunia ini memerlukan komitmen yang tinggi. Tak hairanlah kalau harganya mahal. Terdapat banyak produk telah dihasilkan berteraskan Barbie seperti buku, filem, kosmetik, pakaian dan lain-lain lagi. Manakala pelanggan bukan saja di kalangan kanak-kanak tetapi terdapat juga orang dewasa yang obses dengan Barbie. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.



Anak patung Barbie mula dipasarkan sejak tahun 1959. Tahun ini merupakan ulangtahun Barbie yang ke 50 tahun. Secara keseluruhan, saiz tubuh patung ini adalah 11.5 inci ketinggian. Terdapat versi Barbie Supersize yang setinggi kanak-kanak kecil. Barbie mempunyai beberapa kawan-kawan lain seperti Ken, Francie dan Casey. Hampir semua anak patung Barbie diperbuat daripada vinyl yang lembut. Rambut pada anak patung adalah terdiri daripada bahan gentian sintetik.

Ruth Handler adalah pencipta Barbie. Inspirasi beliau adalah melalui anak beliau yang bernama Barbara yang kerap bermain dengan anak patung kertas. Kemudian Barbie telah dihasilkan pada unsur 3D dengan pelbagai jenis fesyen pakaian, aksesori, rumah dan lain-lain lagi. Mattel merupakan syarikat pengusaha Barbie.

0 comments:

Post a Comment