Subscribe

Tuesday 27 December 2011

Hadiah istimewa sempena krismas semasa perang dunia kedua oleh tentera Perancis (3 gambar)

Semasa Perang Dunia Kedua, juruterbang tentera Perancis telah menghasilkan beratus-ratus hadiah krismas berupa permainan kanak-kanak dalam masa tempoh 3 hari untuk diberikan kepada kanak-kanak British. Hal ini telah ditemui oleh penyelidik Muzium Udara Yorkshire melalui gambar-gambar yang telah ditemui. Pada Disember 1944, Lt Lemarchand yang berkhidmat dengan bahagian mekanik Skuadrom Perancis yang berpangkalan di RAF Elvinton, North Yorkshire yang telah mencetuskan idea ini selepas melihat sebuah pokok krismas besar yang telah didirikan di Stesen Keretapi York. Lt Lemarchand dan beberapa orang yang lain telah menghasil mainan buatan tangan sebanyak 204 buah dalam masa kurang daripada 3 hari. Menggunakan alatan minimal seperti pisau cukur, mereka telah bekerja siang dan malam untuk menghasilkan permainan ini untuk diberikan kepada sebuah rumah sakit kanak-kanak York yang terletak hanya beberapa batu dari pengkalan mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.



Mereka telah menciptakan beberapa hadiah seperti replika jip dan trak untuk binatang, anak patung dan rumah mini anak patung. Hadiah ini disampaikan oleh dua orang skuadron Perancis ke York Mansion House pada malam krismas. Ian Richardson dari Muzium Udara Yorkshire berkata, seorang pegawai pangkat rendah yang telah mencetuskan idea ini selepas melalui stesen keretapi York dan meihat pokok amal krismas dan telah memujuk rakan-rakannya untuk menghasilkan permainan khas bagi kanak-kanak yang sakit di rumah sakit York. Perihal yang baik hati ini telah menarik perhatian pelbagai pihak tentang isu kemanusiaan sesama manusia.

0 comments:

Post a Comment